Ini di stadium padang bola.
Cuba kita bayangkan jika Anwar Ibrahim di dlm bilik bersama Saiful? Cuba bayangkan kalo PKR memerintah?
Adakah kita akan melihat perkara seperti gambar di atas akan berlaku di Stadium Shah Alam? Atau Stadim Hang Jebat?
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Monday, April 19, 2010
Cuba Bayangkan!!!!
Selangor Bayar Suku Juta Kepada Malik Imtiaz
Tan Sri Khalid Ibrahim perlu jelaskan mengapa kerajaan negeri Selangor membayar Malik Imtiaz sebanyak lebih RM 250 ribu atas kapasiti beliau sebagai peguam pemerhati Teoh Beng Hock.
Menurut seorang peguam, bayaran tersebut merupakan satu bayaran yang sangat mahal dan tidak masuk akal.
Peguam tersebut juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh membiayai kos guaman teoh beng hock. Apakah ini bermakna kerajaan negeri akan membiayai kos guaman semua kakitanganya yang menghadapi isu undang2?
Kami difahamkan pakar forensik, Dr Pornthip juga menerima bayaran yang hampir sama. Ini bermakna kerajaan negeri telah membelanjakan setengah juta untuk kes pembantu exco ini. Wajarkah wang rakyat dihabiskan?
Peminat KUDA!!!!
Pada 28hb Januari 2009, Zaid Ibrahim telah bertaruh sebanyak USD$7,847.00 untuk perlumbaan kuda di New Zealand. Rupanya, selain alkohol, Zaid juga mempunyai hobi untuk bertaruh menggunakan kuda.
Zaid Ibrahim telah membelanjakan sejumlah $NZ135,000.00 untuk membeli seekor kuda bernama "Kelantan". Kuda milik Zaid ini tidak disimpan di Kota Bharu, Kelantan tetapi dijaga di Singapura untuk tujuan perjudian. Kaki-kaki pertaruhan di Singapura amat kenal dengan kuda "Kelantan" yang dianggap sebagai kuda yang handal dan sering menang di Singapura. Malah, pada 25 Ogos 2006, kuda "Kelantan" ini telah menang pertaruhan bernilai US$450,000.00.
Apa yang pasti, hobi bertaruh ini tidak pernah diakui oleh Zaid secara berdepan dengan pengundi di Hulu Selangor. Zaid berkata orang lain hipokrit, tetapi ianya akan menjadi lebih hipokrit kalau menipu rakyat hanya untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Calon anak tempatan lebih sesuai untuk menjaga orang Hulu Selangor berbanding Zaid yang sibuk dengan kuda dan "hobi-hobi" yang lain. Apa pula komen Nik Aziz tentang isu kuda ini? Mesti Nik Aziz bela Zaid habis-habisan nanti.
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, maka wujudlah laman web UMNO Bahagian Sabak Bernam seperti ini. Kepesatan era Teknologi maklumat ICT yang pantas berkembang harus dimanfaat oleh setiap golongan ahli UMNO, agar ia dapat melahirkan generasi yang bermodal insan yang tinggi.
Justeru itu, sebagai parti politik tulang belakang negara, rakyat ingin mengetahui setiap aktiviti dan agenda yang dijalankan. Kini hebahan maklumat bukan sahaja melalui ceramah atau surat khabar, malah teknologi internet telah membolehkan maklumat dihantar dengan begitu pantas. Oleh yang demikian, dengan adanya laman web ini, saya percaya segala aktiviti yang dijalankan di Bahagian Sabak Bernam termasuk rancangan pembangunan dapat dilayari oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Di sini, saya menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara, agar bekerja bersungguh-sungguh demi memartabatkan agenda perjuangan parti. Sabda rasul yang berbunyi; Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Oleh yang demikian, janganlah kita asyik menunggu bulan jatuh ke riba.Tingkatkan azam, kuatkan semangat demi memastikan perjuangan Melayu tidak terhenti.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan sebaik mungkin. Selamat Melayari internet!
YB Datuk Abdul Rahman Bin Bakri
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam
Merangkap Ahli Parlimen Sabak Bernam
Emel : datukrahman@umnosabak.org
Ehsan - UMNO SABAK BERNAM => http://umnosabak.org
Ajaran Islam sebenar?
kalo saya katakan mereka hanya melakukan rombongan ke HULU SELANGOR dengan berpakaian IHRAM bagaimana?
Masih Mau Kata Gambar Ini Superimpose?
Dr Halili mengumumkan keluar dari PKR
Dr Halili yang mengumumkan keluar dari PKR dan menyertai Umno hari ini sebenarnya amat kecewa dengan tindakan Anwar yang memilih Zaid Ibrahim sebagai calon di P94 Hulu Selangor.
Walaupun nama Dr Halili telah dipersetujui oleh Wan Azizah dan juga banyak kepimpinan tertinggi PKR Selangor, Anwar tetap mahukan Zaid menjadi calon akibat dari pengaruh "harta dunia" yang disogokkan oleh Zaid Ibrahim.
Dr Halili walaupun senada dengan Azmin yang tidak sebulu dengan Zaid Ibrahim, kini memilih Umno sebagai wadah perjuangannya menentang kerakusan Anwar dan juga "firaun-firaun kecil" didalam PKR.
Sebagai permulaan, Dr Halili akan mendedahkan banyak isu mengenai PKR terutamanya yang membabitkan hal ehwal kawasan Hulu Selangor pada Ceramah Umum di Taman Melur Sari, Bandar Seri Buaya malam ini.
Diharap penduduk-penduduk kawasan sekitar tempat tersebut datang beramai-ramai mendengar pendedahan ekslusif beliau.
Zaid seorang kaki judi lumba kuda? Sapa nak jawap?
Inilah bukti-bukti bahawa Zaid Ibrahim memang seorang kaki judi tegar.
Kepada pengundi-pengundi di P94 Hulu Selangor, mahukah anda diwakili oleh seorang kaki judi ?
Buatlah pilihan yang tepat dengan menolak calon PKR pada 25hb di peti undi P94 Hulu Selangor.
Tolak PKR dan Pakatan Rakyat demi masa depan anak cucu kita.
Azizan panik dan gelabah
Nampaknya Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak panik dan gelabah dengan pengunduran beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PKR. Malah selepas sahaja Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat mengisytihar keluar parti, beliau telah membuat ugutan akan membubar DUN Kedah jika 3 ADUN PKR Kedah mengisytihar diri sebagai ADUN Bebas.
Ustaz oii... Kenapa panik tak tentu pasal. Belum apa-apa lagi sudah tak senang duduk. Terkena tempias mabuk Zaid Ibrahim kah? Bukan bersikap kurang ajar, pemimpin PAS sepatutnya tidak lagi bersama PR kerana perjuangan PKR semakin jelas sekali tersasar dan kini telah merebak ke beberapa pemimpin PAS yang dahulunya digelar Erdogan.
Lepas ni Azizan buleh tangguk cucu no..... hahaaaaa!!!!!