SEJAK dulu lagi kami sentiasa menyuarakan prinsip dan semangat sama iaitu FELDA mempunyai sistem pengurusan yang terbaik dan juga mempunyai rekod menjaga serta memelihara kebajikan lebih 100,000 keluarga peneroka secara aman, damai dan harmoni.
Sejak sekian lama juga beberapa pihak suka menggembar-gemburkan pelbagai isu seperti dadah dan sosial di FELDA kerana ingin mencemarkan imej FELDA.
Sebelum ini ada kenyataan rizab FELDA merosot, kemudian berubah kepada rugi. Ini semua kenyataan yang merosakkan kesejahteraan rakyat dan melemahkan semangat pegawai yang bertugas dengan begitu bersungguh-sungguh sejak sekian lama.
Keadaan sama juga dikhuatirkan akan terjadi jika isu wang simpanan FELDA ini tidak dihentikan dan dibincangkan dalam skop betul.
Melalui operasi perniagaannya, FELDA sedang membina keuntungan terkumpul dari tahun ke tahun.
Semua projek melalui pelbagai proses ketat dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya.
TAJUDIN AHMAD,
Bekas bendahari Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan bekas
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Tuesday, June 29, 2010
FELDA
Sedarlah Wahai Belia Melayu......
STATISTIK yang menunjukkan pengundi Melayu khususnya orang muda ramai tidak mendaftar sebagai pengundi memerlukan anjakan paradigma dalam diri mereka.
Belia hari ini masih kabur dengan sejarah bangsa kita yang berjuang bermati-matian menentang Malayan Union (MU) hingga tertubuhnya negara kita yang merdeka hari ini. Belia Melayu perlu ‘dijentik dan dijolok’ jika mereka masih leka dengan hak memilih di bawah sistem demokrasi, maka jika hak Perlembagaan kita tergadai nanti maka mata hitam bakal menjadi putih.
Nisbah 1:40 pengundi Melayu berbanding pengundi bukan Melayu amat memeranjatkan seolah-olah orang kita tidak kisah kehilangan kuasa dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957.
Jangan kelak apabila kuasa satu undi yang diberi kepada kita tidak digunakan dengan sebaiknya kita mahu memberontak pula. Majoriti 2/3 Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin susut dilanda tsunami 2008 sepatutnya menyedarkan parti yang tewas untuk menggembleng tenaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memperkasakan daftar pengundi ahli UMNO dan parti komponen Bumiputra lain.
Walau sehebat mana manifesto kita membela rakyat keputusan akhir bergantung kepada jumlah undi yang ada di dalam peti undi ketika pilihan raya. Pembangkang mula berkempen mendaftar pengundi mereka di merata negara ini. Parti komponen BN dilihat baru mula bergerak membentuk skuad sayang untuk kerja kebajikan semata-mata.
Mungkin skuad ini boleh dijana untuk memberi kesedaran kepada wanita dan belia untuk menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tugas ini bukan mudah kerana mereka perlu mengejutkan belia yang belum sedar bahawa di bawah Perlembagaan setiap rakyat Melayu dan Bumiputera ada tempat istimewa dan ini yang perlu dipertahankan dengan kuasa satu undi ketika pilihan raya.
Elok juga daftar mengundi diwajibkan kepada warga negara Malaysia yang cukup umur 21 tahun supaya mereka sedar satu undi mempunyai impak besar dalam pentadbiran negara kita.
Ketika ini di Selangor, gerakan parti pembangkang berkempen untuk memilih pendaftar sudah menjadi perkara lumrah. Kain rentang untuk tujuan itu, terpampang di merata tiang lampu dan dinding bangunan. Oleh itu, parti komponen BN perlu bergerak senada di masa Perdana Menteri kita masih gagah dengan agenda pentadbiran beliau.
Kuasa ada di tangan kita dengan menjadi pengundi berdaftar bila cukup umur 21 tahun. Pemimpin yang ada jangan leka dengan agenda sendiri di depan TV menghadap bola Piala Dunia 2010 dan terlena hingga meninggi hari.
Jika kuasa satu undi kita manfaatkan sebaiknya tidaklah nanti kita jadi seperti lagu Warisan. ‘Bumi dipijak milik orang, nenek moyang kaya-raya tergadai seluruh harta benda…’.