UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Sunday, August 28, 2011

Transform

CUBA lihat keadaan negara pada jangka waktu tahun 1998 hinggalah 2010 ini. Pada tahun 1997, krisis mata wang Asia belum berlaku. Pada masa itu negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dengan pandangan masa depan cerah.


Pandangan ini, atau visi terungkap dalam apa yang dinamakan sebagai Wawasan 2020. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tanpa perlu menanggung ciri-ciri negatif negara Barat. Maknanya Malaysia akan menjadi negara maju menurut acuan sendiri, dengan orang Melayu mendapat tempat di mana kaum-kaum lain lebih lagi menikmati kemakmuran ekonomi negara.
Tetapi orang Melayu dituntut juga berubah, maka keluarlah apa yang disebut konsep Melayu Baru, dalam erti kata bangsa yang cemerlang dan bukan saja berani menghadapi persaingan tetapi mampu untuk berdiri bangga dalam persada global.

Bagaimanapun, visi yang masih teguh pada tahun 1998 ini tercabar hebat apabila berlaku krisis kewangan Asia. Kerajaan Suharto tumbang dan gerakan Reformasi dilancarkan di sana. Indonesia hendak dijadikan liberal, demokrasi dan terlepas daripada cara pemerintahan tradisi Asia. Pengaruhnya sampai juga ke Malaysia.

Hasil pilihan raya umum tahun 1999 tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi pasak politik negara masih mantap. Barisan Nasional menang majoriti dua pertiga, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menjadi Perdana Menteri. Krisis kewangan Asia dapat dihadapi secara sewajarnya. Bagaimanapun beliau tentunya tahu keadaan sedang berubah dan persiapan bagi pasca Mahathir pun dilakukan.

Setelah pengundurannya dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menang besar dalam pilihan raya umum tahun 2004, maka kestabilan dapat dipulihkan dan keraguan sebelumnya terhadap perubahan dapat dihalang.
Namun begitu, pentadbiran Abdullah memperkenalkan banyak pendekatan baru bagi menghadapi realiti masyarakat yang sedang berubah.

Tetapi dalam memperkenalkan pendekatan baru ini, ternyata berlaku konflik dan antara mereka yang mahukan perubahan dengan pihak yang bimbang terhadap kesan perubahan itu. Sememangnya dirasakan sedang berlaku perubahan dalam masyarakat tetapi umumnya tidak menyedari bahawa ia diserlahkan melalui hasil pilihan raya 2008.

Sepanjang tahun 2009, semua pihak negara ini sedar bahawa perubahan besar sedang berlaku. Masyarakat mengalami transformasi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa gagasan-gagasan baru bagi mencerminkan perubahan ini. Gagasan Satu Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB) adalah manifestasi kepada usaha menghadapi perubahan. Maknanya, perubahan dalam masyarakat diterima dan diuruskan supaya ia dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara tanpa konflik atau menjejaskan keharmonian.

Wednesday, May 25, 2011

NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara bukan membawa maksud "NAJIB KERJA ROSMAH ARAH"

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?
• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

3. Latar belakang merevolusikan pengurusan
Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.

• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?
• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

ii) Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.

• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 

Kesimpulan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

Monday, May 23, 2011

Transformasi politik Melayu

Melihat keadaan dalam parti UMNO sekarang, kami berpendapat bahawa parti ini sudah tidak mempunyai pilihan yang banyak lagi, kecuali melakukan perubahan besar (transformasi) ke atas struktur kuasa parti, khususnya di peringkat akar umbi. Namun begitu, usaha ini memerlukan keazaman politik yang tinggi di kalangan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan juga di kalangan cendekiawan dalam parti.

Memandangkan bahawa keadaan yang wujud dalam UMNO kini menunjukkan kebanyakan ahlinya bersikap "acuh tak acuh", sikap "tidak apa" (apati), maka kepada golongan cendekiawan di dalam partilah UMNO dan bangsa Melayu boleh menaruh harapan. Kepada merekalah kita berharap semangat "berani kerana benar" dapat disuburkan di dalam parti. Cendekiawan yang berpolitik perlu mengelakkan diri masing-masing daripada memainkan peranan sebagai legitimzer pemimpin tertinggi parti semata-mata. Oleh itu, kami menyarankan agar mereka yang telah berada dalam parti, mahupun yang masih berada di luar, hendaklah membuka ruang yang lebih luas untuk memainkan peranan sebagai penggerak perubahan yang dikemukan di atas.

Kami bimbang sekiranya beberapa gejala politik yang kurang sihat dalam UMNO sekarang tidak diatasi secepat mungkin, ianya bukan sahaja akan membawa kesan buruk kepada struktur organisasi parti, tetapi juga, yang paling menakutkan, akan menjejaskan proses kemunculan pemimpin parti dan pejuang bangsa Melayu yang berkebolehan dan berwibawa. Politik wang yang menulari UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini hanya akan melahirkan pemimpin politik yang akan menghakis kekuatan politik bangsa Melayu.

Tentunya sukar bagi bangsa Melayu kemudian nanti sekiranya UMNO, sebagai jentera politik utama bagi orang Melayu dari segi organisasi dan kepimpinannya, menjadi lemah pada masa hadapan. Yang demikian, kami menyarankan supaya UMNO khususnya dan bangsa Melayu umumnya, haruslah bermula dari sekarang didedahkan kepada suatu proses pendidikan semula (reeducation) dan "resosialisasi" politik yang lebih mendalam sebelum parti yang menjadi tunjang aktivisme perjuangan bangsa Melayu ini dilanda kelesuan.

Program-program pendidikan semula politik dan resosialisasi ini sangat penting dirangka dan digerakkan bagi membolehkan UMNO melahirkan ahli parti yang bermutu dan pemimpin politik Melayu yang berkebolehan dan berkesan pada masa hadapan. Kami percaya bahawa hanya dengan adanya ahli yang berkesedaran serta tinggi iltizam politiknya, terutama terhadap nasib masa depan bangsa Melayu seluruhnya, sahajalah kita akan dapat memastikan aktiivisme perjuangan UMNO tidak akan mengalami kesuraman pada masa hadapan.

Proses resosialisasi politik hendaklah menekankan penerapan nilai-nilai seperti ketelusan, ketegasan, keberanian, kejujuran dan keikhlasan, kepentingan kolektif, kecekapan dan budaya ilmu sebagai asas utamanya. Nilai-nilai tersebut hendaklah dilembagakan sebagai budaya politik Melayu, khususnya UMNO. Sebagai parti utama orang Melayu dan kerajaan, pembangunan bangsa Melayu banyak bergantung pada keutuhan UMNO. Oleh itu, kami berpendapat, dengan suburnya nilai-nilai tersebut, ianya akan dapat menghindarkan kemunculan sikap dan tingkah laku politik yang menyimpang di kalangan ahli dan pemimpin parti. Kami percaya bahawa sekiranya keadaan seperti ini dapat diwujudkan, perjuangan UMNO dalam menegakkan kedaulatan dan keterampilan bangsa Melayu akan dapat dibebaskan daripada gangguan tindakan politik berkepentingan yang merosakkan.

Melalui proses uslah atau reformasi politik juga, kami menyarankan supaya diwujudkan "Mekanisme Penapisan Moral" ('Moral-filter mechanisme') yang jelas, yang berlandaskan prinsip dan nilai yang kami sebutkan di atas. Etos yang berlandaskan prinsip-prinsip etika dan moral Islam hendaklah menjadi teras kepada mekanisme tersebut. Budaya "malu" dan hukum dosa-pahala, halal-haram, terhadap kelakuan politik yang menyimpang dari etos tersebut hendaklah disuburkan di kalangan setiap lapisan ahli dan kepimpinan parti yang mengaku bahawa mereka adalah orang Melayu Islam yang sepatutnya takut kepada balasan dan azab Allah..

Meskipun proses transformasi politik yang dicadangkan ini lebih bertumpu kepada UMNO, tetapi kami berpendapat dari segi pelaksanaannya, rancangan ini hendaklah juga melibatkan parti-parti politik Melayu yang lain supaya proses resosialisasi politik yang hendak kita gerakkan itu juga turut dimanfaatkan dan disedari oleh setiap kumpulan politik orang Melayu.

Sebagai parti utama bangsa Melayu, kami mencadangkan agar UMNO, malahan dipihak PAS juga mengambil daya usaha untuk mengurangkan pertelingkahan atau perbezaan kualitatif di antara parti itu. Pada pandangan kami, pertelingkahan seperti ini, yang berlegar di sekitar persoalan ideologi dan falsafah perjuangan, merugikan bangsa Melayu dan perjuangan Islam. Cabaran globalisasi pada masa akan datang tidak akan mampu kita tangani sekiranya perbalahan politik di kalangan orang Melayu berterusan. Kemuafakatan tentang peranan Islam dalam pembangunan politik dan ekonomi orang Melayu harus diwujudkan. Di atas kepentingan masa depan bangsa kita, UMNO mahupun PAS, pada pandangan kami, perlu mencari jalan bagaimana muafakat itu dapat dicapai.

Menularnya politik kepentingan sempit

Secara umumnya, pada pandangan mata kasar kita, kekuatan dan pengaruh politik UMNO di negara ini masih teguh seperti dahulu. Namun begitu, kita perlu menyedari hakikat di sebalik keteguhan UMNO itu bahawa semangat dan roh kebangsaan Melayu yang menjadi penggerak utama perjuangan parti itu kini semakin luntur.

Ini menyebabkan banyak dasar yang diperjuangkan UMNO dahulu, misalnya dalam soal bahasa dan kebudayaan semakin kurang mendapat perhatian. Malahan sikap laissez-faire dari segi ekonomi telah juga turut mempengaruhi sikap UMNO terhadap persoalan bahasa dan budaya.

Selain bimbang terhadap penularan sikap laisez-faire tersebut, kita juga bimbang melihat betapa pemimpin UMNO di pelbagai peringkat semakin gagal mewujudkan perseimbangan di antara politik kepentingan umum (bangsa Melayu) dengan politik kepentingan sempit (diri dan puak) sebagai asas falsafah yang mendasari perjuangan mereka. Barangkali masalah ini tidak berapa ketara dahulu kerana kepimpinan parti ketika itu masih berupaya mewujudkan keseimbangan itu, kalaupun mereka tidak mengkesampingkan politik kepentingan yang sempit itu sepenuhnya.

Tetapi keadaan pada masa ini berlainan. Kepesatan pertumbuhan ekonomi negara dan kejayaan beberapa dasar kerajaan meningkatkan penguasaan Melayu dalam ekonomi negara dalam beberapa banyak hal mempengaruhi kelakuan politik di kalangan kepimpinan Melayu. Peluang mendapat kekayaan hasil kejayaan itu menyebabkan politik berkepentingan di kalangan pemimpin semakin berat sebelah.

Sifat individualisme di kalangan pemimpin politik semakin mendalam. Kelunturan idealisme parti pula menyebabkan kawalan dalam parti untuk mewujudkan perimbangan di antara kepentingan sempit dengan kepentingan yang lebih luas itu semakin lemah. Oleh itu, pada pandangan kami langkah yang tegas perlu diambil bagi mengekang aliran politik berkepentingan yang sempit itu daripada terus menular dalam parti. Nilai kolektivisme perlu dipupuk sebagai asas kepada budaya politik dan ekonomi bangsa Melayu.

Friday, May 6, 2011

RULE-BASED SOCIETY

In our youth we often relent to such emotions as, “I don’t understand this world”, “I don’t need to know this world yet” or “I have no power of changing it from where I am today”. These cries can often be our excuse to behaving badly and not taking responsibility for our lives, not least our own actions. Our choices today even as young as when we are in Standard One, or still in College, or about to retire, matter and they matter greatly. From the seemingly simple things like throwing your drink cans on the streets and not in a dustbin, to beating the traffic lights, to parking illegally, to not being truthful about your homework to your teachers or your exam marks to your parents, if not checked and corrected, can lead to the larger indiscretions in adult life.

Equally, even small acts of courage can manifest to great significance of bravery in later part of our lives. Actions such as say paying your illegal parking fines on times, to addressing elders gently; cleaning after yourself wherever you maybe, to never tolerating bullies in our classrooms or on the streets will greatly reflect our adult years.

Thursday, May 5, 2011

Perpecahan Bangsa Melayu

Sehingga kini, tidak syak lagi bahawa bangsa Melayu belum mencapai tahap perpaduan yang diharapkan, walau pun pernah ada contoh-contoh di mana perpaduan ini pernah terjadi dengan baiknya. Perpecahan ini bukan sahaja berlaku akibat perbezaan fahaman politik, tetapi juga berpunca daripada persaingan merebut pengaruh politik dalam parti dan juga mengaut punca-punca kekayaan dalam ekonomi. Malahan, di kalangan golongan intelektual (budayawan, sasterawan dan ahli akademik) pun wujud kelompok-kelompok tersendiri yang bernaung di bawah kepimpinan politik tertentu, sambil berselindung di sebalik organisasi "think-thank" pemimpin berkenaan. Dari situlah terlahir berbagai-bagai kumpulan pemikir Melayu dengan agenda masing-masing. Demikian juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Msing-masingnya bergerak dengan haluan, cita-cita dan agenda tersendiri.

Perpecahan orang Melayu pada masa satu atau dua dekad yang lepas sesungguhnya memperlihatkan ketidakupayaan orang Melayu untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama. Akibatnya orang Melayu telah dilemahkan dari sudut ekonomi dan politik.

Sejarah perpecahan bangsa Melayu dalam tahun 1980-an telah sepatutnya menjadi pengajaran yang amat berguna bagi menyedarkan kita semua betapa perpecahan yang berlaku itu banyak sekali menjejaskan kepentingan masa depan bangsa Melayu. Harus diingat bahawa justeru kerana perpecahan itulah, bangsa Melayu terpaksa menghadapi saat-saat genting berakhirnya DEB dan bermulanya perancangan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam keadaan yang tidak menentu. Malahan dasar yang menggantikan DEB itu lahir dalam keadaan bangsa Melayu sedang berpecah-belah sehingga parti politik dan NGO Melayu "tidak dapat mengemukakan strategi altenatif yang memuaskan," dan secara komprehensif seperti yang dibuat oleh DAP dan MCA.

Sesungguhnya suara Melayu menjadi begitu lemah dalam mempertahankan kelangsungan DEB. Walaupun ada suara yang berusaha mempertahankannya, tetapi nadanya lemah, tidak agresif dan tiada tegas. Dalam tahun-tahun berlakunya perpecahan itu bangsa Melayu berada dalam keadaan terperangkap dalam suasana yang tidak ada siapa pun yang sanggup membantu dan bersimpati dengan nasib mereka yang berhadapan dengan orang-orang bukan Melayu dan sekutu-sekutu yang lebih maju dari segi ekonomi. Kini masalah yang wujud semakin kompleks dan jalan penyelesaian semakin sukar. Kepentingan masing-masing semakin berkubu dan keadaan ekonomi semakin kompleks. Suasana antarabangsa dalam tahun 1990an juga tidaklah sebaik tahun 1970an.

Masalah perpecahan hakikatnya telah lama menjadi "barah" politik yang jika tidak dihapuskan lama kelamaan akan menghancurkan bangsa Melayu. Kelemahan bangsa Melayu kerana perpecahan itu menyebabkan "pihak lain" yang lebih banyak menentukan agenda pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, sekiranya tidak disuburkan etos dan budaya politik Melayu yang berpaksikankan usaha dan tanggung jawab kolektif dengan mengketepikan kepentingan sempit peribadi dalam mencapai matlamat pembangunan bangsa, sudah tentu keadaan masa hadapan bangsa Melayu akan bertambah sukar.

Dalam keadaan berubahnya strategi pembangunan kerajaan yang dimanifestasikan melalui tindakan liberalisasi dan deregulasi yang semakin berleluasa sekarang, Masa depan bangsa Melayu bergantung pada setakat manakah "pasaran" dapat dijinakkan supaya kuasa atau perjalanannya boleh menjadi penggerak kepada proses pembangunan yang seimbang dan adil dalam mengagihkan sumber dan punca kekayaan.

Kelangsungan politik Melayu pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan bangsa kita menjadi peserta ekonomi yang dominan dan juga setakat manakah pertumbuhan ekonomi yang digerakkan oleh "kuasa pasaran" itu mampu mengekalkan suasana politik negara yang stabil, adil dan demokratis. Kelangsungan kuasa politik Melayu dan keupayaan bangsa kita muncul sebagai kuasa dominan dalam ekonomi negara selain bergantung kepada sekitaran politik yang stabil, juga tertakluk kepada kemampuan orang Melayu melahirkan pelaku-pelaku politik dan ekonomi yang berperasaan kebangsaan dan cintakan bangsanya. Gabungan dua unsur ini yang kemudiannya disepadukan secara mantap dengan nilai dan semangat Islam akan menjadi penentu kepada kemampuan bangsa Melayu untuk menjadikan "pasaran" sebagai tunggangan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan politik mereka pada masa hadapan.

Oleh itu, sekaranglah masanya kita perlu menggerakkan tindakan yang bersepadu dan tegas untuk mewujudkan perpaduan dan gabungan "kekuatan" itu. Sekiranya kita tidak mengambil tindakan demikian sekarang maka kita khuatir bahawa proses globalisasi ekonomi yang begitu deras melanda negara kita sejak kebelakangan ini akan membawa keruntuhan kepada bangsa Melayu kerana gerakan kuasa pasaran yang diawasi oleh dua kekuatan itu lebih cenderung melahirkan pemimpin politik pemungut sewa (rent seeker) dan golongan korporat Melayu yang berpegang kepada falsafah "enau dalam belukar" dan bersikap "kacang lupakan kulit."

Untuk kelangsungan bangsa maka kedua-dua golongan tersebut tidak harus dibenarkan membiak. Pembiakan dua golongan tersebut hanya akan menyebabkan berleluasanya gejala pentingkan diri dalam ekonomi dan politik Melayu.

Pengalaman di negara-negara dunia ketiga lainnya menunjukkan bagaimana kemunculan golongan pemimpin pemungut sewa dan golongan korporat penting untuk sendiri tersebut menjadi punca utama kegagalan pembangunan di kebanyakan negara berkenaan.

Harus diingat bahawa tingkah laku dan amalan kepimpinan politik yang mementingkan keuntungan peribadi dengan mengekploitasi peluang ekonomi jangka pendek akan hanya melemahkan keupayaan mereka untuk "mendisiplinkan" modal asing mahupun modal tempatan. Sebagai kesannya, sebahagian besar aktiviti modal tersebut tidak dapat diselarikan dengan matlamat dasar pembangunan negara. Lebih buruk lagi, tindakan dan amalan tersebut juga turut menghakis autonomi reletif (relative autonomy) kerajaan sehingga arah pembangunan ekonomi negara akhirnya dijuruskan hanya oleh kepentingan modal tersebut.

Gejala tidak sihat yang melanda arena politik negara kita sekarang, khususnya di dalam UMNO, seperti yang dijelmakan melalui amalan politik wang, keghairahan orang politik mengumpul kekayaan melalui amalan mengutip "sewa", rasuah dan sebagainya boleh menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kehancuran. Gejala tidak sihat ini jika tidak dihapuskan akan memudahkan negara kita terperangkap ke dalam jaringan neo-imperalisme yang telah diubah bentuk dan coraknya dalam bentuk "globalisasi" yang begitu ghairah dibincangkan sekarang.

Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa negara kita tidak boleh bergantung kepada modal asing dan menggunakan strategi pembangunan pacuan pasaran dalam menggerakkan pembangunan negara, asalkan terdapat dua prasyarat, iaitu nasionalisme Melayu dan patriotisme bangsa kita sentiasa diperkukuhkan.

Kemasukan modal asing dan strategi pacuan pasaran yang menjadi amalan kerajaan sekarang. Kita percaya bahawa modal dan strategi tersebut boleh memainkan peranan penting dan konstruktif dalam pembangunan orang Melayu selagi kepimpinan politik Melayu memiliki keupayaan mengekalkan autonomi relatif tersebut.

Cabaran Ekonomi dan Politik Melayu Pada Masa Hadapan

Sekiranya kita melihat aliran dan corak pembangunan yang sedang berlaku di negara kita sekarang, dalam waktu yang singkat, ekonomi negara kita akan menjadi semakin industrial, global dan berorientasikan pasaran bebas. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi yang begitu pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mewujudkan cabaran ekonomi dan politik yang besar kepada bangsa Melayu.

Ini menyebabkan orang Melayu bukan sahaja perlu menjadi bangsa yang produktif, berdaya saing dan kreatif, malahan juga perlu memiliki daya cope-ability yang tinggi. Pada hemat kami, bangsa Melayu perlu membina sifat-sifat tersebut dengan segera supaya mereka akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi dan politik yang dicetuskan oleh kederasan perubahan ekonomi dan teknologi kini. Sifat-sifat tersebut hendaklah dijadikan asas kekuatan mereka supaya orang Melayu boleh bergantung kepada kekuatan sendiri dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Namun begitu, kita amat bimbang apabila melihat sindrom pergantungan kepada kerajaan yang masih lagi ketara di kalangan bangsa Melayu sekarang. Orang Melayu perlu menghapuskan sindrom ini dengan segera, apatah lagi apabila kita melihat perkembangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menunjukkan bahawa peranan dan penglibatan kerajaan secara langsung dalam pembangunan ekonomi akan berada pada tahap yang sangat minimum, terutama sekali dalam proses peruntukan sumber dan agihan kekayaan negara.

Berdasarkan perkembangan ini, pada masa hadapan bangsa Melayu tidak dapat lagi secara berterusan bergantung kepada bantuan dan sokongan kerajaan. Sebaliknya, survival ekonomi dan politik bangsa Melayu akan lebih banyak bergantung kepada kekuatan dalaman bangsa Melayu itu sendiri. Pada pandangan kami, tanpa kekuatan ini bangsa Melayu tentunya akan menghadapi kesukaran untuk menjadi pelaku ekonomi dan politik yang berkesan, apalagi untuk muncul sebagai bangsa yang dominan dalam sekitaran sosial Malaysia dan dunia luas yang semakin kompetitif.

Thursday, March 24, 2011

POLITIK DAN KEPIMPINAN BANGSA

Politik itu penting kerana penglibatannya dengan kuasa untuk mentadbiran masyarakat, dan seterusnya anggota sesebuah masyarakat menggunakan politik untuk membangun masyarakat dengan nilai dan model yang mereka kehendaki. Apabila politik disalah-gunakan untuk kepentingan yang tidak sah, maka politik akan menjadi tercemar dan muncul suatu perasaan sinis terhadapnya sehingga orang-orang terbaik menjauhinya.

Dalam banyak masyarakat Eropah dan Amerika, di akhir adab kedua puluh, fenomena ini amat ketara seklai. Di Malaysia, negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen menurut acuan Barat beberapa gejala telah muncul yang mengajak kita memikirkan tentang situasi politik seluruhnya. Misalnya peratusan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihanraya nasional kita yang lalu tidaklah terlalu tinggi. Dalam parti utama kita, amalan membeli undi dan merebut tempat begitu ketara sejak akhir-akhir ini, yang menyebabkan terhakisnya kemurnian perjuangan dan semangat patriotik. Ini semua petanda bahawa sistem politik yang kita pakai hari sedang melalui suatu krisis.

Sebagaimana yang telah disebut di bahagian ekonomi di atas, Malaysia kini sedang pesat mengalami proses peralihan dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri. Pada tahap ini, bangsa Melayu, dari segenap lapisan, perlu mengambil sikap berhati-hati. Banyak kajian menujukkan bahawa berbagai negara yang sedang mengalami juga zaman peralihan ini mengalami tempoh yang paling kritikal dalam sejarahnya.

Oleh sebab itu perubahan ini perlu ditangani dengan sebijaksana mungkin. Tanpa pengawasan yang teliti proses pembangunan yang berlaku itu boleh membawa kepada tercetusnya krisis sosial yang hebat. Menurut Drucker (1978)

"... development is no panacea. Indeed it is very dangerous. It is growth; and growth is never orderly. It is also change. And change in society and culture is dislocation."

Pada pandangan kami, pelbagai masalah sosial di kalangan remaja Melayu dan kemerosotan idealisme perjuangan bangsa di kalangan pemimpin politik kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sebahagian daripada kesan perubahan sebagaimana yang ungkapkan oleh Drucker itu.

Walaupun bangsa kita telah mencapai banyak kejayaan: pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, taraf hidup rakyat yang meningkat, prasarana sosial yang agak baik, pembentukan sebuah kelas menengah dengan tingkat kebudayaan yang semakin canggih, yang boleh memainkan peranan membangunkan kehidupan intelektual dan kebudayaan bangsa, pengurangan kadar kemiskinan, kadar inflasi yang rendah dan, keamanan dan kestabilan politik, kita juga tidak seharusnya melupakan kegagalan-kegagalan yang pernah menimpa kita: kehilangan Singapura pada 1965, rusuhan perkauman Mei 13, skandel BMF (Bank Malaysia Finance Bhd.) yang melibatkan kerugian kepada negara sebanyak RM 2.5 bilion pada tahun 1983, kerugian berbilion ringgit kerana perjudian wang oleh Bank Negara, 1992-94, kerugian besar kerana kehilangan tenaga sekurang-kurangnya 200,000 orang belia yang terlibat dengan dadah dalam masa lebih sepuluh tahun dan perpecahan dan pengharaman UMNO dalam 1986 kerana rebutan kuasa yang sengit.

Akhir-akhir ini suasana politik kita mula merosost sehingga semangat kebangsaan yang dulunya menjadi asas perjuangan kemerdekaan negara sekarang nyata kian terhakis, diganti oleh semangat materialistik dan pergulatan merebut kuasa dan kedudukan.

Wednesday, March 23, 2011

Perjuangan yang belum selesai

Parti Politik Melayu yang unggul UMNO telah lahir kepesada alam Melayu. Kesatuan semangat Melayu yang tidak leka dengan kejayaan ini dan masih banyak lagi hak-hak Melayu dan Tanah Melayu perlu diperjuangkan antaranya kemerdekaan, ekonomi, pelajaran, Bahasa dan Ketuan Melayu.


UMNO dibawah pimpinan Dato' Onn terus berusaha untuk memansuhkan Malayan Union dan menghantar wakil ke London untuk menjelaskan perakra sebenar. Namun pihak berkuasa British menyatakan perwakilan Melayu yang akan datang ke London tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Lantas Dato'Onn membidas kenyataan tersebut,

"... itu bukan menjadikan kami berasa kecewa dan putus asa sebaliknya ia telah memperhebatkan lagi tuntutan kami dan menambahkan kuat azam kami untuk meneruskan perjuangan kebangsaan itu. Pendeknya, orang-orang Melayu sekarang mendesak koyakkan perjanjian MacMichael dan ketika itu kami akan berunding di atas rancangan Persekutuan".

Akhirnya dengan usaha tokoh-tokoh pemimpin UMNO, perjanjian Malayan Union (Mac Michael) dimansuhkan pada tahun 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu6. Pengistiharaan ini telah disampaikan oleh Datuk Onn Jaafar di persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO kesembilan di Johor Bahru pada 24 dan 25 Januari 1948. Secara rasmi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948 dan ini merupakan detik sejarah kemenangan bangsa Melayu dalam memperjuangkan martabat bangsa Melayu sehingga menjadi slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.


Dalam usianya yang masih muda, UMNO menghadapi ujian keahlian parti. Dato' Onn Jaafar bercadang membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan dalam menghadapi ancaman komunis. Sebaliknya bagi British cadangan ini adalah satu langkah kepada satu penubuhan parti bukan mengikut kaum dan ke arah kemerdekaan. Kesepakatan suara ahli Melayu tetap kental dan tidak merestui UMNO di buka keahlianya kepada kaum lain. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato' Onn Jaafar meletakkan jawatan pada tahun 1951 dan menubuhkan parti berbilang kaum yang digelar Parti Malaya Merdeka (IMP) dan Parti Negara pada tahun 1955. Beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1951 dan menukar konsep perjuangan UMNO dari 'Hidup' Melayu kepada 'Merdeka'.

Dalam tahun 1950'an sumbangan perjuangan UMNO yang paling bersejarah ialah mengusahakan kemerdekaan Tanah Melayu dari pemerintahan British. Dengan diketuai oleh pemimpin Melayu Tunku Abdul Rahman, Malaya telah berjaya menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan aman. Tun Abdul Razak bin Datuk Hussain (Menteri Pelajaran ketika itu) telah mengumumkan berita hari kemerdekaan menerusi Radio Malaya, antara lain beliau berkata,

"Dua tiga minggu lagi kita penduduk di Persekutuan Tanah Melayu akan menyambut suatu hari yang paling bersejarah dan mustahak di dalam lipatan tawarikh negeri kerana pada 31.8.57 kita akan mendapat kemerdekaan bagi tanahair kita".


Selepas merdeka, UMNO sebok mengurus agenda pembangunan sosio-ekonomi dan politik bangsa dan negara. Apabila usianya meningkat lebih dua dekad, kepimpinan Melayu yang menerajui Perikatan digugat dengan insiden Mei 1969 hasil dari keputusan pilihanraya umum yang mencabar kesabaran penduduk berbilang kaum. Kepimpinan Tunku yang lemah dan faktor ekonomi dikatakan punca perbalahan berlaku. Tun Abdu Razak seorang elit Melayu generasi muda muncul menggantikan Tunku Abdul Rahman dan diikuti oleh Tun Hussein Onn. Keharmonian politik dan pembangunan negara telah menjadi prioriti dibawah kepimpinan mereka.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujud untuk mengimbangi pertambahan dan peluang ekonomi masyarakat bangsa Melayu. Pembukaan dan pengurnian tanah kepada Melayu dilakukan menerusi FELDA. Lebih banyak biasiswa diperuntukan untuk anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran. MARA ditubuhkan untuk membantu dalam perniagaan dan juga pelajaran. Amanah Saham Nasional (ASN) ditubuhkan, Universiti yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia didirikan (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan berbagai lagi untuk meningkatkan kehidupan Masyarakat Melayu di bandar dan juga di desa.

Isu-isu dalaman parti yang dihadapi oleh pemimpin UMNO dari tahun 1970 - 1985 dapat diatasi dengan bijaksana. Antaranya ialah isu Harun Idris, polisi pendidikan, Universiti Merdeka, krisis MCA 1983 dan isu Guru-guru Sekolah Cina. Isu-isu tersebut banyak menguji kepimpinan politik Melayu dalam Barisan Nasional. Malahan ada kalanya polisi yang diputuskan mendapat tentangan dari parti komponen BN. MCA umpamanya dibawah pimpinan Lee San Choon pernah memikirkan untuk keluar dari kerajaan semasa proses penubuhan BN. Begitu juga semasa penggubalan pasca polisi ekonomi 1990 dimana pemimpin MCA sekali lagi menimbang samada kedudukan masyarakat Cina akan lebih baik atau lebih buruk sekiranya parti mereka keluar dari BN.

Tetapi pada tahun 1987, kuasa politik Melayu bergolak dan kepimpinan tertinggi di cabar oleh rakan sebangsa dan agama. Isu kemenangan Dr. Mahathir Mohammad sebagai Presiden dicabar oleh lawannya Tengku Razaleigh Hamzah ke Mahkamah Tinggi. Akhirnya intitusi politik Melayu yang telah dibina hampir emapt dekad jatuh dan tidak sah atau dihukum "mati" oleh Mahkamah Tinggi. Ini bermakna buat beberapa ketika orang Melayu tidak punya ketua (Perdana Menteri) atau parti politik di tanah kelahiran mereka sehinggalah munculnya parti UMNO Baru.

Walaupun pepecahan politik bangsa berlaku, namun pada pilihanraya umum 1990 dan 1995 orang-orang Melayu masih sayangkan UMNO dan tetap memilih BN sebagai tunggak penggerak politik bangsa dan Negara. Apabila BN menang, bermakna politik negara diterajui oleh UMNO atau bangsa Melayu yang juga menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mempertahankan kecemerlangan politik bangsa Melayu secara berterusan juga sebagai asas mempertahankan maruah bangsa.

Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Dr. Mahathir terus menerajui dan memperjuangkan UMNO dengan berpegang pada kepentingan agama, bangsa dan negara. Kepimpinan politik Melayu (Dr. Mahathir) telah dikenali dan disanjung di merata dunia. Polisi-polisi9 yang telah dan akan dijalankan mendapat sambutan baik dan berjaya. Walaupun Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu 'harimau' di Asia dan diberi penghormatan menganjurkan persidangan/pameran bertaraf antarabangsa (seperti LIMA, Persidangan Negara-negara Komenwel, Sukan Komenwel dan lain-lain), masih banyak lagi agenda yang belum selesai untuk diperjuangkan bagi meletakkan bangsa Melayu selari dengan arus pembangunan global dan teknologi moden menuju abad ke21.

Tuesday, March 22, 2011

Kelahiran Parti Politik Melayu : UMNO

Peringkat permulaan kesedaran politik dan status ekonomi Melayu hanya dipaparkan di dalam surat khabar atau majalah antaranya seperti Al - Iman, Seruan Azhar, Saudara, Lembaga Melayu dan Majlis. Usaha menubuhkan organisasi Pan - Malay secara besar-besaran telah dilakukan melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938. Ia cuba menyemarakkan perasaan nasionalisme dan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan British. Walau bagaimana pun KMM gagal untuk menubuhkan organisasi politik Melayu yang menyeluruh dan mempertahankan pergerakan nasionalisme sehinggalah pendudukan Jepun.


Cadangan Malayan Union yang diutarakan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British di persidangan Parlimen pada bulan Oktober 1945 adalah pencetus kepada pembentukan organisasi politik dan nasionalisme orang-orang Melayu di Malaya. Seiring dengan pengistiharan itu, Sir Harold MacMichael pun sampai ke Malaya membawa pakej baru pemerintahan bagi penduduk Malaya ketika itu. Tanpa mengalusi objektif Malayan Union, ada dikalangan penduduk dan akhbar tempatan menyokong cadangan yang di bawa oleh Mac Michael. Raja Melayu yang pertama menandatangani perjanjian Malayan Union ialah Sultan Johor dan diikuti oleh Raja-Raja Melayu yang lain setelah diperdaya oleh Mac Michael untuk memberi persetujuan.

Terdapat tiga objektif Malayan Union yang tidak dipersetujui oleh orang Melayu:-

Pertama, mengintegrasikan kaum Cina dan India sama-sama dalam politik dan pemberian hak kerakyatan menerusi prinsip "jus soli"

Kedua, penubuhan kerajaan pusat dan mewujudkan pemerintahan sendiri. Orang-orang Melayu merasakan tindakan menubuhkan Malayan Union adalah tidak adil dan cuba menghapuskan Kedaulatan Raja-Raja serta mencabar hak politik orang Melayu. Orang-orang Melayu semakin bimbang akan kehilangan tanah air yang tercinta sekiranya Malayan Union menjadi kenyataan. Lantas mereka menyusun berbagai strategi untuk menjaga kepentingan negara bangsa Melayu. Pada 30hb. November 1945 satu kongres diadakan di Ipoh membincangkan penubuhan parti kebangsaan Melayu. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu. Kemudian Kongres Melayu Se-Tanah Melayu telah diadakan pada bulan Mac 1946 yang melibatkan 48 persatuan Melayu dan di pengerusikan oleh Dato' Onn Jaafar. Dalam ucapan perasmiannya,

Dato' Onn menjelaskan:
"Apapun maksud dan tujuan kita itu ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati diantara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanya akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada (apa) bangsa sekalipun...Nenek moyang kita yang telah menghadapi merbahaya dengan gagah berani bersatu hati, dan oleh yang demikian itu bangsa kita masih hidup lagi dan Semenanjung Tanah Melayu masih diakui oleh dunia sebagai Tanah Melayu".

Di sini Dato' Onn telah mengajak orang-orang Melayu supaya bersatu untuk menentang Malayan Union demi memelihara keselamatan dan memertabatkan bangsa. Persidangan ini juga telah menjana semangat nasionalisme ke arah menubuhan parti politik Melayu yang menyeluruh.


Berita penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union telah disampaikan oleh Kapten L.D. Gammans semasa persidangan Dewan Orang Ramai British pada bulan Mac. Beliau menyatakan akan berlaku pertumpahan darah sekiranya orang Melayu terus menghalang penubuhan Malayan Union. Dalam perbahasan ini terdapat juga beberapa tokoh politik British yang tidak menyokong cadangan Malayan Union itu. Mr. Tom Driberg umpamanya, telah meyangkal seperti kenyataannya:


"I do not want to go back to the status quo... We must have a forward policy but it must not be merely imposed. There must be freer consultation than there has been hitherto...we are doing the right thing but in the wrong way. We cannot talk to colonial people...in the voice of a Whitehall Uncle...This scheme has been put cross so high-handedly, unimaginatively and smugly that I am sorry to say I cannot support it".

Akhbar Utusan Melayu pula mengulas:-

"The Labour Government disregard for the views of the Malay Rulers, subjects and press, will bring very bad effects in the future. We fear that Malaya will be more turbulent than Palestine".

Walaupun berbagai komen dan reaksi dari ahli-ahli parti Buruh telah dibahaskan, namun Kerajaan British masih mahu menubuhkan Kerajaan Malayan Union dan pada 31 Mac 1946, pemerintahan Tentera British (BMZ) di Semenanjung Malaya telah ditamatkan. Pada 1hb April 1946 kerajaan Malayan Union diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor. Pada tarikh itu juga kita melihat orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu bersatu-padu memulaukan upacara tersebut demi maruah politik bangsa.

Seluruh umat Melayu berkabung dan berhimpun di hadapan Station Hotel Kuala Lumpur iaitu tempat bersemayam Raja-raja Melayu ketika itu untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap Malayan Union. Mereka melaungkan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Melayu". Raja-Raja ketika itu amat terharu dan menitiskan air mata turut bersama-sama rakyat Melayu membantah pemerintahan Malayan Union. Kejadian ini telah memberi tamparan hebat kepada British yang tidak menjangka kesedaran politik orang Melayu amat kental bersatu padu mempertahan maruah bangsa dan institusi Raja-Raja.

Perjuangan menentang Malayan Union tetap diteruskan. Bagi memperkemaskan dan mengentalkan semangat politik bangsa Melayu, Dato' Onn telah mengadakan kongress Melayu Se-Malaya yang kedua pada 11 dan 12hb. Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Sebanyak 29 buah pertubuhan menghantar wakil masing-masing. Perlembagaan yang digubal oleh jawatankuasa yang dilantik pada bulan Mac 1946 untuk menubuhkan sebuah parti telah dibincangkan dan diterima sebulat suara.

Pada 11hb. Mei 1946 Rang Surat Tauliah Pertubuhan telah diluluskan dan disahkan, maka pada hari itu lahirlah sebuah parti politik Melayu yang dikenali Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malaya Organisation -UMO) yang dicadangkan oleh Orang Kaya Menteri Dato' Hamzah dari Selangor dan disokong oleh Tuan Mohamad Arus (Ahmad Fawzi Mohd Basri). Kemudian Za'aba mencadangkan perkataan `National' atau kebangsaan dimasukkan menjadikan sebutan sepenuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO).

Mesyuarat Agung pertama telah diadakan pada 12 Mei 1946, yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang (Tuan Haji Abdul Wahab) dari Perak. Dalam persidangan ini, Dato Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai Yang Di Pertua UMNO pertama. Sejak itu British mengiktiraf UMNO sebagai "suara dan hati nurani" orang Melayu. Sejak itu juga UMNO sudah membina kekuatan sebagai satu daya kuasa baru dan "pelindung baru" bagi orang Melayu. Slogan "hidup Melayu" telah menggegarkan kedudukan British dan menyemarakkan perpaduan dan semangat kebangsaan orang Melayu seluruh Tanah Melayu buat pertama kali dalam sejarah.

Monday, March 21, 2011

Sejarah Kelahiran UMNO dan Perjuangan Memartabatkan Kuasa Politik Bangsa Melayu

"Wahai Ibu Bapaku, Peliharalah Hak-hak Kami Sementara Kami Besar" (Fathers ! Preserve our rights till we grow up !), itulah antara cogankata poster yang dibawa oleh murid Sekolah negeri Kedah yang turut sama dalam perarakan raksaksa menentang Malayan Union. Betapa besar harapan anak-anak kecil ketika itu yang masih mentah dengan erti perjuanagn mahukan hak-hak mereka dijaga untuk memasti mereka dapat mewarisi tanah dan negara tempat tumpah darah mereka sehingga keakhir hayat.


Kemungkinan pada masa kini ada diantara anak-anak kecil itu yang menjadi pemimpin, ahli korprat, pendidik, ahli professional, pembuat polisi, perajurit dan sebagainya yang sama-sama mengecap kesejahteraan kemerdekaan yang telah di tinggalkan oleh ibu-bapa mereka. Setakat ini harapan mereka masih dipertahankan oleh parti Melayu- UMNO di bawah pimpinan Melayu yang cekal menghadapi detik-detik sejarah di sepanjang 50 tahun yang lalu. Kemungkinan ada dikalangan generasi muda terlupa atau tidak tahu keamanan yang mereka kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan parti UMNO dan rakannya MCA dan MIC. Bagi mereka yang telah lupa atau tidak tahu, mereka perlulah membuka lipatan sejarah semula agar mereka menyedari bahawa kepimpinan Melayulah yang telah memperjuangkan dan memertabatkan negara bangsa Melayu yang aman damai dan terkenal di seluruh dunia.

Persoalannya dalam meniti arus urbanisasi yang deras, permodenan kehidupan yang dikelilingi oleh teknologi canggih, wang dan kuasa, mampukan bangsa Melayu atau parti pimpinan Melayu (UMNO) mempertahankan kegemilangan sejarah politik bangsa yang diwarisi dari empat Perdana Menteri Melayu. Apakah kerakusan pembangunan yang kurang dikawal, politik wang yang melanda pemimpin bangsa, pembangunan perumahan dan rekreasi yang bias dan pengambilan tanah rezab Melayu dan sebagainya, akan melemahkan atau menidakan lagi kekuasaan politik bangsa Melayu. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana bangsa Melayu pernah `dihina' kerana kemiskianan, parti Melayu UMNO pernah `mati' angkara perpecahan bangsa Melayu sendiri dan Melayulah yang juga menghidupkan semula mertabat politik bangsa Melayu dipersada dunia pada pilihanraya tahun 1990.

Perpecahan dan pertelingkahan serta kehilangan kuasa politik Melayu akan berlaku sekiranya generasi sekarang lupa akan sejarah perjuangan bangsa dan parti. Kesedaran mengekalkan mertabat bangsa negara Melayu perlu sentiasa dipupuk agar sejarah kegemilangan negara bangsa Melayu sentiasa bersinar dan kuat. Oleh itu adalah salah satu tujuan kertas kerja ini untuk mengimbau semula sejarah kelahiran parti Melayu - UMNO yang telah memperjuangkan kemerdekaan dan memertabatkan bangsa Melayu hingga sekarang. Disamping itu perkembangan pembanguan sosio-ekonomi dan geopolitik semasa perlu dibincangkan, dianalisis dan disedari bersama agar kita dapat meninjau sejauhmana kekuatan politik bangsa Melayu mampu bertahan atau akan beransur terhakis diabad mendatang. Polisi perancangan dan pembangunan yang digubal dan diputuskan oleh pimpinan bangsa Melayu (kerajaan) sendiri perlu juga disentuh dalam memperkatakan pembenaan negara bangsa Melayu yang kekal dan dihormati.

Sunday, February 20, 2011

Ajaibnya pilihan raya.......

Ajaib sungguh pilihan raya
di mana-mana orang bercerita
di warung di pejabat sama sahaja
di kampung di bandar demikian juga.

Ada yang asyik memasang angan-angan
moga datanglah tuahnya badan
diangkat sebagai calon pilihan
merebut kerusi yang jadi kegilaan
bolehlah kerabat pelbagai jawatan
tak lagi susah nak cari makan

awas, jangan sambar yang bukan kepunyaan
kalau terdakwa lari handai taulan
tiada sesiapa hendak pertahankan.

Kaum marhaen pun berangan sama
mahukan subsidi dan bantuan
kebun dan bendang hasilnya berganda
gaji dan elaun ditambahkan pula
harga barang dijamin rendah sahaja.

Ajaibnya memang pilihan raya
medan manusia mengatur agenda
benar tidaknya sering tertunda
emosi terpancing menyesal tak guna
oleh itu baiklah berwaspada
pintar mengenal kaca dan permata
demi kebahagiaan anak cucu kita!

MOHD KASIM MAHMUD
PPJ Kota Tinggi.

Tuesday, February 15, 2011

Falsafah pemikiran Tun Razak

PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia. Pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak adalah satu kehilangan besar kepada rakyat Malaysia. Sebab itu rakyat berbilang kaum tidak putus-putus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara sebelum disemadikan di Makam Pahlawan.

Tun Abdul Razak adalah seorang negarawan yang ulung dan banyak berjasa. Sehingga hari ini nama Allahyarham masih disebut-sebut, apatah lagi anak sulungnya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menjadi Perdana Menteri dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang disenangi rakyat. Banyak kupasan dibuat mengenai sumbangan Allahyarham kepada bidang politik, ekonomi dan sosial negara. Tetapi jarang pihak mengupas falsafah pemikiran Tun Abdul Razak.

Falsafah pemikiran Perdana Menteri kedua itu berasaskan kepada sifat-sifat keperibadian yang sangat terserlah iaitu mempunyai sifat integriti dan amanah yang tinggi, mempunyai sifat kebijaksanaan dalam membuat penilaian dan perhitungan; sifat dahagakan kebenaran yang sebenar dan bukan kebenaran yang direka-reka; sifat kasih dan sayang kepada rakyat melebihi diri sendiri dalam menunaikan kehendak rakyat.

"Tun Abdul Razak dilihat seorang yang rendah hati, tawaduk, penuh dengan sifat kedamaian dan bencikan konfrontasi. Sifat lembut dalam perwatakan, pertuturan tetapi tegas dalam tindakan membentuk minda dan dirinya. "Allahyarham dilihat seorang pejuang rakyat yang tulen, tidak membatasi dirinya dengan kepentingan politik kepartian tetapi berjuang atas asas rationality, praktikaliti, "outcome base leadership". Tiada gimik, tiada slogan yang gempaq; tiada protokol yang dibawa bersama.


"Tun Abdul Razak berjuang untuk rakyat dengan turun ke padang dalam waktu banjir, ribut, hujan lebat yang membasahi dirinya, lecak, menyinsing seluar untuk bersama rakyat tidak mengira bangsa pun. Allahyarham bukan pemimpin yang sibuk mengkayakan diri, anak-anak, sahabat handai, puak-puak, kaum-kaum, kerana Tun Abdul Razak takut tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya dipersoalkan Yang Maha Esa Allah SWT.


Sifat luhur ini menyentuh setiap sanubari dan hati rakyat sehingga kini. Legasinya bukan untuk ditinggalkan untuk rakyat tahun 1970-an tetapi juga untuk rakyat di abad ke-21 dan abad-abad yang mendatang.
Malaysia bangun dan bangkit dari kemunduran, perpecahan kaum, dengan ketidak keseimbangan sistem sosial adalah kerana dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Mana mungkin rakyat Malaysia tidak mengenang jasa yang tidak terbalas itu.


Allahyarham Tun Abdul Razak ada berpesan: "Kebebasan bererti tanggungjawab. Tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta berdikari, dan kejayaan yang tercipta daripada usaha seseorang itu adalah tidak ternilai harganya. Tun Abdul Razak meletakkan tanggungjawab sebagai asas kepimpinan dengan digarapkan dengan usaha dan tindakan yang tepat. Membina rakyat yang kuat dan berketrampilan serta boleh berdiri di atas kaki sendiri. Bagi Allahyarham kejayaan seseorang itu adalah kerana dia mahu berusaha dan setiap usaha sama ada gagal atau berjaya adalah satu kejayaan yang tidak ternilai harganya.

Ungkapan seumpama ini adalah kata-kata hikmat yang hendak difahami oleh setiap rakyat yang cintakan kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan hidup di negara ini. Kefahaman ini harus juga menular kepada setiap genap pemimpin di negara ini tidak kisah sama dia pemimpin parti pemerintah mahu pun pemimpin parti pembangkang. Allahyarham Tun Abdul Razak telah meletakkan dirinya sebagai legasi di kalangan kawan dan lawan, parti pemerintah dan parti lawan. Kejayaan Allahyarham Tun Abdul Razak memujuk Pas menyertai Barisan Nasional membuktikan kejujuran hati dan keluhuran jiwanya yang menjadi elemen penting sehingga berjaya memikat hati pemimpin Pas.

Allahyarham Tun Abdul Razak tidak merasa segan silu bertemu pemimpin Pas demi rakyat. Tidak menunggu parti lawan menemuinya tetapi dirinya dibawa menemui mereka. Tiada syarat dan prasyarat demi rakyat. "He his a Political Mastery". Tidak takut kepada cemuhan dari pihak dalaman, atau takut popularitinya menjunam jatuh, tidak gentar dengan desakan dan tekanan kawan atau sahabat politik, kerana semuanya dilakukan untuk perpaduan ummah, untuk kesejagatan dan kemakmuran rakyat secara total.

"Tun Abdul Razak percaya dengan mempunyai sistem politik yang stabil, ekonomi yang adil dan saksama, perpaduan rakyat akan tercapai. Kejayaan Dasar Ekonomi (DEB) adalah kejayaan rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar yang menumpukan hanya kepada orang Melayu tetapi ia adalah untuk segenap lapisan.
Cuma secara kebetulan, ketika DEB dilancarkan, keadaan ekonomi dan kadar kemiskinan yang meruncing adalah di kalangan orang Melayu. Adalah salah mengatakan DEB adalah dasar yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja.

Keadaan DEB pada ketika itu berbeza dengan keadaan sekarang. Sekarang dasar DEB itu diberikan roh dan nafas baru melalui ETP, GTP dan RMK-10 yang membuka ruang dan peluang yang lebih besar dan luas mengikut keperluan dan kehendak semasa. Pelbagai dasar yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak demi rakyat dari Red Book kepada Buku Hijau, Laporan Razak, DEB dan pelbagai lagi dilakukan demi kesejahteraan rakyat. He is a creator, innovator and inventor.
 
Namun demikian, bertolak dari sifat keperibadian inilah beliau mengasaskan empat perkara menjadi fokus dalam kepimpinan beliau semasa menjadi Perdana Menteri, pertama memastikan agar kadar kemiskinan negara ini dapat diturunkan; memastikan pengagihaan ekonomi adalah saksama dan adil; melakukan Manhaj atau pendekatan yang praktikal untuk membina negara dan rakyat; memenuhi setiap aspirasi rakyat dan memastikan wujudnya keadilan sosial di kalangan rakyat. Tun Abdul Razak adalah Perdana Rakyat. Memastikan keselamatan negara terpelihara dan apabila semua ini dapat disatukan maka negara boleh diurus tadbir dengan stabil dan aman.


Kebijaksanaan Allahyarham dalam mengatasi masalah konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia amat terserlah. Kebijaksanaan diplomasi amat dikagumi di seluruh dunia kerana berjaya menyatukan semula saudara serumpun ini kembali bertaut. Lawatan beliau ke negara China membuka mata ramai negara jiran bahawa persahabatan boleh dimulakan jika mempunyai hati yang ikhlas dan jiwa yang luhur. Tidak ada ruginya jika kita mencari jalan persahabatan demi pembangunan negara dan kemakmuran rakyat semua.


Kekuatan minda yang berteraskan ilmu pengetahuan amat terserlah dalam kehidupan. Sebab itu, Allahyarham mahu memastikan semua rakyat di negara ini mendapat asas pendidikan yang sempurna. Beliau percaya dengan mengilmukan rakyat, negara akan boleh dipacu dengan pantas dan mantap.

Monday, February 14, 2011

Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng

KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini.
Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini.
Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Guan Eng mengenai soal akidah dan hukum dosa serta pahala umat Islam.

Tidak payah Guan Eng hendak membuat tuduhan melulu. Tidak wajar juga parti yang menentang penubuhan negara Islam hendak bercakap mengenai tindakan BN melabelkan sambutan Hari Kekasih itu sebagai 'tradisi berdosa. Tidak perlu Guan Eng hendak membela ajaran Kristian dan mendakwa kenyataan BN tentang tradisi berdosa itu sebagai satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.

Memang kempen anti-Hari Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah satu kempen untuk menyelamatkan umat Islam daripada melakukan dosa seperti zina dan maksiat.
Dalam ajaran Islam, memang tidak dibenarkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk memadu kasih dan melakukan adegan tidak senonoh sebelum nikah. Jika dilakukan larangan itu maka pasangan yang mengingkarinya telah melakukan dosa.

Dalam agama lain, tiada hukum dosa dan pahala. Tetapi kita percaya dalam agama lain juga ada larangan terhadap perlakuan tidak bermoral itu. Tetapi terpulang kepada pasangan bukan Islam untuk menyambut atau tidak Hari Kekasih itu. Islam tidak melarang mereka. Jadi jika Guan Eng tidak berkenan dengan larangan ajaran Islam dan kempen Jakim, maka jelas beliau menunjukkan sikap yang tidak peduli terhadap usaha mengatasi masalah sosial terutama hubungan luar nikah dalam masyarakat negara ini. Dalam soal memelihara moral terutama remaja Islam negara ini, BN tidak bermain politik atau melakukan taktik talam dua muka seperti DAP.

Elok Guan Eng bertanya dahulu kepada Pas dan PKR, setujukah mereka membiarkan umat Islam melakukan maksiat sempena menyambut ulang tahun kematian seorang paderi. Oleh itu salahkah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat?

Malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam. Jelas, Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampaknya berkata ikut sedap mulut sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia cuba mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri pimpinannya. Sebenarnya Guan Eng kurang faham bahawa nasihat Jakim tersebut hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Dan ia langsung tiada kaitan nasihat yang berbaur perkauman.

Wednesday, February 2, 2011

Kisah Nik Aziz...

MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas. Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.

Sunday, January 30, 2011

SURAT TERBUKA PENYOKONG PAS (ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 15/01/2011)

SAYA ialah anak jati dan keluarga saya adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah kami bagi mengadakan ceramah.

Namun akhir-akhir ini, keluarga saya agak ‘pening’ memikirkan telatah pemimpin Pas yang sanggup menggunakan agama bagi meraih undi. Inilah yang menyedihkan kami.

Memandangkan kerajaan negeri tidak mampu membina masjid, keluarga saya antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila ‘berhala’ kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar ‘berhala’ ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan beberapa syarat.

Tetapi di bawah kerajaan Pas, banyak projek ‘berhala’ diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai lima atau enam tingkat bangunan. Begitu juga berhala dekat Kok Keli dan terbaru, kami dikejutkan dengan pembinaan berhala terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok yang mempunyai ketinggian menyamai 12 tingkat bangunan.

Kerajaan negeri turut menyumbang sebanyak RM60,000 melalui wakilnya Datuk Anuar Tan untuk membina berhala tersebut. Kami terkesima, mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala dengan melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terfikir syiar manakah ini?

PEJUANG MAYA

Saturday, January 29, 2011

Fatwa baru dari PAS

Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin membuat 'fatwa' adalah haram mengundi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Ia sengaja dimainkan pemimpin Pas setiap kali calon Pas menentang BN pada pilihan raya. "Soal pokok, ini adalah hak rakyat. Dalam perlembagaan negara dan sistem berparlimen, apabila ada pilihan raya, rakyat berhak untuk buat pilihan.

Ini bukan hak Nizar untuk kata undi BN haram. Siapa dia nak jatuhkan hukum? Saya fikir orang Tenang ini bijak memilih calon, sejak dari dulu tak ada masalah pengundi-pengundi di Tenang untuk memilih siapa yang mereka suka.

Pas sendiri sebenarnya telah 'melanggar' fatwa mereka kerana sebelum ini tidak membenarkan calon wanita bertanding pada pilihan raya. Dulu Pas kata wanita haram bertanding, tapi sekarang sejak duduk bersama DAP, dia kata boleh bertanding. Sekarang dia sudah tak tahu nak pakai fatwa mana untuk membolehkan wanita bertanding.

Raja Drama?

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila

Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah

Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama

Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Sunday, December 5, 2010

Teks penuh ucapan PM pada Konvensyen BN (5/12/2010)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yi ge Malaysia [Cina],...

Oray Malaysia [Tamil],...

Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...

Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...

Ise’ Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...

Saumi Malaysia [kata orang Murut],...

atau kata orang Iban pula Sato Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional

Menteri-Menteri

Timbalan-Timbalan Menteri

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP

Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen

Para Pemerhati

Wakil-wakil media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.

2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.

3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.

4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.

5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.

7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.

8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.

11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.

12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.

14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.

15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.

17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.

18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban “Agi idup agi ngelaban”. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula “Mangan niak mangan, asal kurung, kurung”. Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan,

22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.

24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.

25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.

28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.

30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.

31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.

32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.

34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?

35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.

37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.

38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.

Tuan-tuan dan puan-puan,

39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan “semua manusia diciptakan sama” atau “all men are created equal” kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.

41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.

42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.

Tuan-tuan dan puan-puan,

43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.

44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.

46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.

47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.

48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its’ rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.

Tuan-tuan dan puan-puan,

49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?

50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris “imitation is the best form of flattery”. Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.

54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.

55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.

57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap “ke...he..ba..tan” suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?

59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.

61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.

62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.

63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.

Tuan-tuan dan puan-puan,

64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.

65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.

Tuan-tuan dan puan-puan,

70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.

71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.

72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:

“Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le ”

(“先天下之忧而忧,后天下之乐而乐” )

Saya difahamkan ia bermaksud “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.

73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.

74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

(Ertinya: “If this team cannot win the battle, no other team can”).

This is the team, this is the Barisan Nasional team!

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.

76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.

77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.

Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:

Kalau belayar perahunya senget,
Memang susah hendak kemudi,
Usah berharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak jadi.

79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;

Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,

marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,

marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,

tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,

di sini dan di luar sana,

dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,

inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,

menumpah khidmat, menggembleng kudrat.

Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.

Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.

80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,

we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,

we are born out of your yearning for a better life and for a better future.

Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.

This, is our promise to you, the people of Malaysia.

Let there be enough food on the table,

decent roof above every head,

well paying jobs for all who want to work,

a country where everybody feels safe and secure,

access to quality and affordable healthcare,

an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.

Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.

History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,

we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.

81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.

barisan perpaduan,
barisan keamanan,
barisan kemakmuran,
barisan 1Malaysia.

Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.