UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Saturday, May 8, 2010

Pengundi adalah ‘raja’


Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya.

BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja.

Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Jika dahulu hanya bumiputera yang banyak menyokong calon BN di kawasan ini, adalah diharapkan perkara itu akan berubah dengan semua kaum menyokong dalam pilihan raya kali ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron.

BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu kali ini asalkan jenteranya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam berkempen mendekati rakyat .

Setiap kali pilihan raya kecil kita tidak menggangap ia mudah, kita mempunyai lebih 50,000 pengundi di kawasan ini yang agak luas. Jadi, kita ingin pastikan semua pengundi yang ditemui akan membantu calon kita,” tambahnya.

Mengenai persediaan jentera parti, beliau berkata, segalanya telah berada dalam keadaan bersedia dan akan digerakkan dengan seberapa efisien yang boleh.

Kita juga tiada ada apa-apa masalah dalaman dan dari segi semangat parti juga amat tinggi sekali,” tambahnya.

Muhyiddin berkata, pendekatan dalam menghadapi pilihan raya ini ialah BN akan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa jua perkara atau isu yang ditimbulkan pembangkang.

Katanya, antara faktor yang dijangka membantu BN juga ialah sumbangan daripada wakil BN sebelum ini, mendiang Robert Lau yang telah banyak berjasa, mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada penduduk kawasan ini.

Saya sendiri telah turun ke bawah meninjau kawasan-kawasan yang ada keperluan tertentu. Kita beri perhatian dan membuat perancangan yang lebih supaya warga Sibu yang tinggal di bandar, pinggir bandar, pedalaman dan rumah panjang dapat dibela,” katanya.

Peniaga berang 'sebat' Guan Eng....


Berang dengan tindakan kejam kerajaan negeri kepada peniaga Melayu di negeri ini, sekumpulan peniaga hari ini mengadakan perhimpunan secara aman berhampiran Masjid Simpang Enam di sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.

Selain membawa sepanduk mengutuk perbuatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, enam peniaga yang menyertai perhimpunan itu turut membawa replika manusia yang diibaratkan seperti 'Guan Eng'.

Seorang daripada mereka kemudiannya 'menyebat' patung tersebut sebagai simbolik hukuman yang dikenakan terhadap ketua menteri itu terhadap tindakan yang dilakukan kepada peniaga Melayu.

"Hukuman orang yang membuat fitnah dan zalim kepada rakyat adalah sebat menurut hukum Islam.

"Mana janji-janji yang dia (Guan Eng) taburkan semasa pilihan raya lalu? Yang dilakukannya hanya penindasan dan kekejaman," kata lelaki tersebut sambil menyebat patung tersebut beberapa kali.

Pihak polis yang berada di kawasan tersebut kemudiannya menghampiri kumpulan berkenaan dan meminta mereka beredar kerana ia diadakan tanpa permit.

Kumpulan tersebut akur dan beredar dari kawasan itu hanya lima minit selepas ia dimulakan.

Sementara itu, wakil peniaga-peniaga Melayu itu, Ramli Ismail, 57, berkata, beliau dan beberapa kawannya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan mereka apabila melihat tindakan Guan Eng yang secara berterusan menindas peniaga Melayu.

Beliau mendakwa, tindakan yang dilakukan Guan Eng juga telah memecahbelahkan rakyat di negeri ini sehingga timbulnya perasaan kurang senang rakyat terhadap kaum yang lain.

Katanya, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh mengganggu dan merosakkan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama di kalangan rakyat negeri ini.

"Dulu kami dapat hidup aman damai tanpa berlaku sebarang pertelingkahan tetapi ia semakin berubah sejak di bawah pemerintahan Guan Eng.

"Dia telah menjadikan isu roboh ini isu perkauman sehingga kehidupan kami tidak tenteram lagi," kata Ramli lagi.