UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Wednesday, April 21, 2010

Hanya menunggu tanggal 25hb April 2010



Di dalam Malaysiakini, bekas pengarah jentera pilihanraya pusat iaitu Mustafa Ali telah mengesahkan bahawa jentera Pas di P94 adalah didalam keadaan lemah dan lesu.

Yang tidak dinyatakan oleh Mustafa Ali ialah apa faktor yang melemahkan jentera Pas disitu.

Sebenarnya, sejak dari hari awal pengumuman nama calon bagi Pakatan Rakyat di Hulu Selangor lagi, sudah kedengaran rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Pas.

Mereka juga tahu tentang salahlaku moral Zaid Ibrahim dan ahli-ahli Pas ini langsung tak mahu pemimpin-pemimpin Pas berkempen untuk calon PKR yang disifatkan "kotor' itu.

Hari ini, dilaporkan ada jentera Pas yang berpaling tadah menyebarkan risalah bagi menjatuhkan Zaid Ibrahim.

Risalah oleh golongan Pas Reform ini telah diedarkan ke seluruh Felda-felda dan juga kampung-kampung pendalaman.

Nampaknya, Anwar dan PKR kini bukan sahaja berhadapan dengan jentera Umno/BN sahaja, mereka kini juga terpaksa berhadapan dengan jentera Pas yang telah berpaling tadah membuat pusingan U di pertengahan waktu kempen.

Kehancuran Pakatan sudah hampir tiba. Lubang sudah digali, cuma tinggal hanya menunggu masa untuk dikafankan sahaja.

UTUSAN 21hb April 2010 "MUKA DEPAN"