UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Sunday, June 27, 2010

Tidak Lama Lagi.....


TIDAK lama lagi pengundi di negara ini akan memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili mereka. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, seseorang Ahli Parlimen dan ADUN bukan saja membawa suara rakyat di kawasan yang diwakilinya, malah bersuara dalam isu nasional yang menyentuh kepentingan bersama.

Pilihan raya adalah satu proses pembabitan rakyat dalam sesebuah negara dan ia adalah sebahagian daripada ciri tadbir urus yang baik.

Ini termasuk:

(1) proses di mana kerajaan dipilih, dipantau dan digantikan,

(2) kemampuan kerajaan untuk secara efektif merumuskan dan melaksanakan dasar yang baik, dan

(3) penghormatan rakyat dan negara kepada institusi yang mengawal interaksi ekonomi serta sosial di kalangan mereka.'

Tadbir urus baik merujuk kepada interaksi yang sihat antara pelbagai pihak seperti kerajaan, sektor perniagaan dan masyarakat madani. Interaksi yang sihat ini menuntut kewujudan pembabitan, pertanggungjawaban, ketelusan, kesamaan, kesepakatan dan beberapa ciri positif lain.

Tadbir urus buruk pula adalah interaksi secara kurang sihat membabitkan kelompok yang disebutkan terdahulu. Di sini wujud elemen seperti sekatan keterlaluan, hubungan tertutup, ketidakpercayaan antara satu sama lain, pelanggaran undang-undang dan konflik yang tidak terurus dan berterusan.

Pilihan raya adalah satu mekanisme penting yang menyumbang kepada tadbir urus baik sesebuah negara.

  • Pertama, ia memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Proses ini boleh berlaku secara terus atau melalui institusi atau perwakilan yang sah.
  • Pilihan raya adalah satu proses memilih perwakilan dan Dewan Rakyat adalah satu institusi yang sah bagi mewakili suara orang ramai. Melalui pilihan raya, seseorang berpeluang menyuarakan pendapat dan membuat pilihan.

  • Kedua, pilihan raya menunjukkan wujudnya kestabilan politik dan ini penting dalam konteks tadbir urus . Tadbir urus baik tidak boleh wujud apabila rakyat mempunyai persepsi bahawa sesebuah kerajaan boleh disingkir melalui kaedah yang bertentangan dengan perlembagaan.

  • Ketiga, pilihan raya juga menunjukkan bahawa semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang. Ini bermaksud rakyat menerima kewujudan kerangka sistem perundangan yang bebas dan adil. Ini bertujuan melindungi hak-hak asasi manusia, terutama sekali hak golongan minoriti.

  • Keempat, pilihan raya berorientasikan kesepakatan. Di mana-mana negara, akan wujud kepentingan yang berbeza. Tadbir urus menuntut konflik kepentingan diuruskan dengan cara membentuk kesepakatan di kalangan semua pihak yang terbabit. Walaupun ada persaingan sewaktu tempoh berkempen, akhirnya semua pengundi akan akur dengan keputusan dibuat secara kolektif.

  • Kelima, pilihan raya membolehkan rakyat menilai kecekapan dan keberkesanan dasar dan program pembangunan. Pada masa sama, pilihan raya juga menjadi neraca kredibiliti kerajaan dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Jika kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, maka ia akan dipilih semula. Begitu jugalah sebaliknya.

Atas semangat mewujudkan tadbir urus baik dalam sistem politik negara, maka pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini harus berjalan dengan baik.

Ia bukan saja memberikan peluang kepada rakyat untuk terbabit dalam proses membuat keputusan, malah meningkat tahap tadbir urus baik di negara ini.

*** Oleh itu carilah parti yang mempunyai tahap urus tadbir yang baik untuk mentadbir... UNDILAH BARISAN NASIONAL