UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Thursday, April 15, 2010

Kamalanathan calon BN PRK Hulu Selangor



Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini. - Utusan

http://www.facebook.com/PKamalanathan

Penyakit-Penyakit Anwar



Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya;

1. Penyakit bicara adalah bohong,
2. Penyakit ilmu adalah lupa,
3. Penyakit ibadah adalah riak,
4. Penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
5. Penyakit berani adalah menyerang,
6. Penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
7. Penyakit tampan adalah sombong,
8. Penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
9. Penyakit malu adalah lemah,
10. Penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
11. Penyakit kaya adalah kikir,
12. Penyakit royal adalah hidup mewah dan
13. Penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…"

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu;

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah;

"Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…"

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…."

Iman nyaris goyah



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Malah, saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya, ganjaran ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman.

"Sebab itu saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes itu kerana ada gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes itu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan pembangkang mengambil alih kuasa pada 16 September 2008.

Zulkifli yang menjadi wakil Bebas selepas dipecat daripada PKR, baru-baru ini, berkata beliau bersyukur kerana dilindungi Allah daripada terbabit dengan fitnah tidak berkesudahan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri dan isterinya.

"Kita perlu ingat takkan OKT (orang kena tuduh) sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isteri terbabit dengan kes itu. Saya cukup yakin mereka (OKT) akan dedah kalau ia benar," katanya.

Beliau mengajak semua pihak bersangka baik dan berpegang pada ajaran al-Quran kerana Perdana Menteri pernah bersumpah menafikan terbabit dalam kes pembunuhan itu.

"Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu juga kita tidak boleh memfitnah orang lain," katanya.

Beliau hairan dengan sikap mereka yang mengaku Islam, tetapi menuduh orang Islam lain sebagai pembunuh tanpa bukti jelas, sebaliknya hanya bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Apakah hanya sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4, satu fitnah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop Pesuruhjaya Sumpah. Banyak surat akuan sumpah macam tunggang terbalik dibuat Bala dan akhirnya dia menjadi sesumpah.

"Saya antara peguam yang mengendalikan kes Altantuya, apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah beliau bangkitkan dalam perbicaraan di mahkamah... pada saya Bala hanyalah ‘opportunis' yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam yang mempunyai keimanan kepada Allah dan meyakini al-Quran menolak kenyataan Balasubramaniam.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan anak Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar Undang-Undang, Darren Kang di restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Katanya, Nadim ditohmah terbabit dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi berkenaan.

"Dalam kes itu, lima warga Thai yang bekerja di Uncle Don didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan mereka, Alhamdulillah sekali lagi Allah selamatkan saya daripada fitnah.

"Saya berharap tiada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku.

"Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat Yang Berhormat Bayan Baru akan hanya menjadi kentut yang sepi, begitulah kotornya permainan politik," katanya yang mengakui terlalu banyak perkara tidak betul yang beliau diminta dan diarahkan melakukannya.

Tanpa menamakan pihak mengarahkannya berbuat demikian, Zulkifli berkata, ada arahan itu yang beliau akur.

“Tujuan saya nyatakan ini kerana saya bersetuju dengan kekhuatiran diluahkan Yang di-Pertuan Agong mengenai gejala fitnah yang sudah sampai ke peringkat membimbangkan.

"Saya sendiri khuatir dengan cara politik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan Sunnah Rasulullah. Saya juga takut jika mengambil sikap mendiam diri, laknat Allah menimpa kita," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pula, Zulkifli berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri yang menjadi mangsa fitnah.

"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat... (Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa," katanya.

Zulkifli berkata, beliau juga bersedia untuk disoal siasat, tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan itu, Zulkifli berkata: "Boleh tidur aman la, malah saya rasa satu beban dah lepas, terutama pasal PM dan Nazri."

Firaun Kecil, Little Napoleon Dan Tangang Kenit



Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang bercelaru walaupun secara konsisten dinafikan. Ironinya, bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.

Wee Choo Keong (PKR- Wangsa Maju) secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini menyatakan perasaan dukacitanya dengan perbuatan Little Napoleon di kalangan pembangkang yang cukup pintar iaitu melempar batu dan cekap pula menyembunyikan tangan.

Segelintir mereka itu, katanya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan seperti menipu gambar dengan menggunakan teknik super imposed dan diterbitkan dalam Internet untuk mengaibkan tokoh politik negara.

"Tindakan fitnah ini telah diakui oleh Little Napoleon, tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin lain atas perkara remeh-temeh.

"Jika mereka dibenar melakukan perkara sedemikian atas alasan kepentingan politik, tiada lagi perkara di dunia ini yang akan menghentikan mereka daripada menghancurkan negara ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Rakyat boleh menilai sendiri keadaan PKR kini. PKR bila-bila masa akan bungkus namun PKR tidak terus roboh tetapi sedang alami azab sedikit demi sedikit sebelum roboh.Maka mereka sedang alami keperitannya.

Tembelang PKR dipecahkan oleh orang mereka sendiri bahawa apa yang dilakukan oleh mereka selama ini adalah untuk kepentingan diri Anwar yang mahu menjadi PM.

Mereka yang keluar parti tidak mahu bersekongkol menipu dan memfitnah, mereka adalah orang yang berprinsip, ahli-ahli PKR yang lain apa lagi “Moh Kite Keluar PKR”. Tidak mustahil Uncle Wee juga akan keluar PKR satu hari nanti, tahniah atas keberanian menegak kebenaran.

Keluar Parti

Lagi YB PKR keluar parti.

Terbaru dan terkini.... Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu.

Keluar lagi ramai-ramaki.. JOM PAKAT KELUAQ

Bukan Parti Bermusim



Barisan nasional (BN) bukan parti yang hanya menemui penduduk pada musim pilihan raya tetapi sentiasa turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu.Masyarakat di Selangor kecewa kerana setelah memberi peluang kepada PR, parti itu tidak berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Masyarakat di Selangor menyatakan mereka sebenarnya tidak membenci BN sebaliknya mengundi calon PR pada pilihan raya umum lepas untuk mengingatkan kepada parti pemerintah agar lebih peka kepada masalah mereka serta membuat pembaharuan demi kepentingan rakyat.

Berlagak Samseng



PKR mula tunjuk taring berlagak samseng. Kini bukan sahaja Pejabat Daerah Hulu Selangor sahaja yang dirampas menjadi Bilik Gerakan PKR Hulu Selangor tetapi semua dewan orang ramai dirampas untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka.

Ini adalah satu tindakan yang tidak adil dan samseng yang di lakukan oleh PKR/PR yang memerintah Negeri Selangor. Pejabat Daerah adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan. Walaupun kerajaan negeri di perintah oleh PKR, tetapi di situ tempat urusan rakyat bukan urusan parti!

Pejabat Daerah tersebut akan dijadikan Pejabat SPR mengendalikan PRK Ulu Selangor. Sekiranya MB tidak berpindah dari Pejabat Daerah, SPR hendaklah mencari tempat lain dan gantikan Pegawai Daerah kepada Pegawai tinggi PTD yang ada di Daerah tersebut.