Kerja bohong adalah sifat hakiki PKR dan juak pakatan,dimulut mereka tidak pernah lekang dengan pembohongan dan memperbodohkan rakyat.
1.Isu 1 (16 September)
DSAI - Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor melakukan pembohongan terbesar kepada rakyat dalam sejarah Malaysia, dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008
• Pada 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya tarikh pembentukan “kerajaan baru Malaysia”. Tetapi tidak berlaku apa-apa pada tarikh tersebut.
• Terbaru Dato’ Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas) menyatakan
1. ”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh (Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”
2. Mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi
membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.
• Hakikatnya, tiada 30 ahli Parlimen melompat parti, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menafikan pembabitan mereka dan Yang Dipertuan Agong turut menafikan dakwaan itu bila ditanya oleh YAB Perdana Menteri.
Isu 2 (Pasir)
Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009
• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar
• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.
• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.
Isu 3 (Hutang Talam)
Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana "membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.
• Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp
• Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
• Yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjunag untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.
• Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain,dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”
• Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangakpenyangak di dalam sektor korporat” (dengan izin - "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector.")
Isu 4 (YBK)
Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor.
• YAB Menteri Besar menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.
• Akibat penolakan itu, YAB Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran cukai tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.
• Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tidak berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.
• Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM 6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.
• Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan, mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.
• Kerajaan menindas organisasi membantu orang miskin tetapi sanggup mengeluarkan wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corp.
Isu 5 (Manifesto)
Manifesto Pilihan Raya 2008 Pakatan Rakyat Gagal Ditunaikan.
• Rata-rata manifesto Pakatan Rakyat Selangor gagal ditunaikan kerana mereka membuat janji tanpa mengetahui perkiraan sebenarnya.
• Antaranya kegagalan kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran 20% seperti yang terkandung dalam manifasto atas alasan keadaan ekonomi tidak mengizinkan.
• Ini mendorong seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25 dari Simpang Tiga, Ijok membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti 3 Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.
hihi..jawab jgn x jawab!!!!
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
UMNO Teluk Belanga on Facebook
Followers
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)