Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, maka wujudlah laman web UMNO Bahagian Sabak Bernam seperti ini. Kepesatan era Teknologi maklumat ICT yang pantas berkembang harus dimanfaat oleh setiap golongan ahli UMNO, agar ia dapat melahirkan generasi yang bermodal insan yang tinggi.
Justeru itu, sebagai parti politik tulang belakang negara, rakyat ingin mengetahui setiap aktiviti dan agenda yang dijalankan. Kini hebahan maklumat bukan sahaja melalui ceramah atau surat khabar, malah teknologi internet telah membolehkan maklumat dihantar dengan begitu pantas. Oleh yang demikian, dengan adanya laman web ini, saya percaya segala aktiviti yang dijalankan di Bahagian Sabak Bernam termasuk rancangan pembangunan dapat dilayari oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Di sini, saya menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara, agar bekerja bersungguh-sungguh demi memartabatkan agenda perjuangan parti. Sabda rasul yang berbunyi; Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Oleh yang demikian, janganlah kita asyik menunggu bulan jatuh ke riba.Tingkatkan azam, kuatkan semangat demi memastikan perjuangan Melayu tidak terhenti.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan sebaik mungkin. Selamat Melayari internet!
YB Datuk Abdul Rahman Bin Bakri
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam
Merangkap Ahli Parlimen Sabak Bernam
Emel : datukrahman@umnosabak.org
Ehsan - UMNO SABAK BERNAM => http://umnosabak.org
0 comments:
Post a Comment