Nampak gayanya BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.
Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.
Baginda mahu semua pihak ''fahami Perlembagaan." Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu. ''...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ''Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.
Disebelah PR, terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.
Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.
Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah 'letih' dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.
Pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang 'semangat dan roh' orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.
Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.
Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak. Pastinya ia akan menjadi satu 'kes ujian' bagi kedua-dua pihak.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Friday, April 16, 2010
Strategi PKR di Hulu Selangor Terbongkar !!!
Janji BN mau menang...
Zaid Ibrahim sudah pun diumumkan bakal menjadi calon bagi mewakili PKR dan Pakatan Rakyat di parlimen Hulu Selangor. Walaupun ada ura-ura kononnya Anwar boleh menukar calon di saat-saat akhir sekiranya keadaan mendesak namun yang pasti sehingga saat ini nama Zaid kekal menjadi pilihan pertama.
Yang pasti, Najib selaku Presiden dibantu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden BN sudahpun memberi kepastian bahawasanya calon yang akan dipilih datangnya dari parti MIC. Atas semangat setiakawan sesama komponen BN, Najib dan Muhyiddin terus memberi kepercayaan kepada MIC untuk mewakili BN walaupun berdasarkan statistik, penduduk Melayu merupakan majoriti di Hulu Selangor ditambah pula kegagalan MIC mempertahankan kerusi ini dalam PRU yang lalu.
Kembali Sokong Kamalanathan
20 cawangan MIC di Hulu Selangor yang tidak senang dengan keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mencalonkan semula Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor kini menyokong calon BN, P. Kamalanathan.
mengapa Palanivel tidak muncul-muncul untuk berkempen bagi BN, Samy Vellu berkata timbalannya akan berkempen untuk BN kerana “Palanivel mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya".
Palanivel, yang merupakan bekas Anggota Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi tewas pada pilihan raya umum 2008, tidak menghadiri mesyuarat itu. Usaha untuk menghubungi bekas timbalan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu gagal sejak nama Kamalanathan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Masyarakat Cina Terima Kamalanathan
“Dengan meletakkan orang baru, ia akan memberi peluang kepada masyarakat Cina di sini untuk memilih calon itu sebagai wakil rakyat mereka,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu Baharu (KKB) dan Pengerusi MCA bahagian KKB Wong Koon Mun pada Jumaat.
Wong berkata parti itu akan memberitahu masyarakat Cina bahawa mereka harus memberi peluang kepada calon BN yang baru dan masih muda itu untuk menjadi wakil rakuat mereka.
“Sekiranya beliau gagal berkhidmat, maka rakyat boleh menukar (wakil rakyat) kemudian,” katanya kepada Bernama di sini.
Kamalanathan, dipilih menggantikan Timbalan Presiden MIC dan bekas Anggota Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal, Datuk G. Palanivel, yang kalah kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008.
Mengenai dakwaan terdapat sesetengah pihak yang kurang senang dengan pemilihan Kamalanathan sebagai calon, Wong berkata itu adalah perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya.
“Sebaik sahaja calon diputuskan, lambat laun perasaan tidak gembira itu akan berlalu dan semua pihak akhirnya akan berusaha ke arah memastikan calon BN memenangi kerusi itu.
“Saya juga yakin bahawa majoriti pengundi India dan Melayu akan menyokong calon ini memandangkan kali ini seorang muka baru diketengahkan,” katanya.