UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Monday, April 19, 2010

Peminat KUDA!!!!

Pada 28hb Januari 2009, Zaid Ibrahim telah bertaruh sebanyak USD$7,847.00 untuk perlumbaan kuda di New Zealand. Rupanya, selain alkohol, Zaid juga mempunyai hobi untuk bertaruh menggunakan kuda.

Zaid Ibrahim telah membelanjakan sejumlah $NZ135,000.00 untuk membeli seekor kuda bernama "Kelantan". Kuda milik Zaid ini tidak disimpan di Kota Bharu, Kelantan tetapi dijaga di Singapura untuk tujuan perjudian. Kaki-kaki pertaruhan di Singapura amat kenal dengan kuda "Kelantan" yang dianggap sebagai kuda yang handal dan sering menang di Singapura. Malah, pada 25 Ogos 2006, kuda "Kelantan" ini telah menang pertaruhan bernilai US$450,000.00.

Apa yang pasti, hobi bertaruh ini tidak pernah diakui oleh Zaid secara berdepan dengan pengundi di Hulu Selangor. Zaid berkata orang lain hipokrit, tetapi ianya akan menjadi lebih hipokrit kalau menipu rakyat hanya untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Calon anak tempatan lebih sesuai untuk menjaga orang Hulu Selangor berbanding Zaid yang sibuk dengan kuda dan "hobi-hobi" yang lain. Apa pula komen Nik Aziz tentang isu kuda ini? Mesti Nik Aziz bela Zaid habis-habisan nanti.

0 comments: