Pemimpin  dan ahli-ahli Pas bermodalkan gambar Zaid ketika pergi ke Mekah bagi  menutup segala salah laku moral yang ada pada calon PKR Hulu Selangor  ini. Kononnya Zaid telah bertaubat dan juga perlu diberi peluang kedua. 
Dan  mereka-mereka ini begitu mudah "memaafkan" serta menerima dengan lapang  dada dan hati yang terbuka diatas segala "kemungkaran" yang dilakukan  oleh Zaid Ibrahim.
kalo saya katakan mereka hanya melakukan rombongan ke HULU SELANGOR dengan berpakaian IHRAM bagaimana?

kalo saya katakan mereka hanya melakukan rombongan ke HULU SELANGOR dengan berpakaian IHRAM bagaimana?

Tetapi,  bagaimana pula dengan gambar ini? Bukankah ini jauh lebih baik dari  gambar "diatas bas" Zaid Ibrahim? Tidak pula ahli-ahli dan  pemimpin-pemimpin Pas mahu menyanjung serta menerima kepimpinan DS Najib  Tun Razak. 
Kepimpinan  DS Najib bukan sahaja dikecam hebat oleh gerombolan Pas, malah DS Najib  telah difitnah dengan pelbagai tohmahan bagi memburukkan nama beliau  serta keluarganya.
Yang  lebih teruk lagi, "wali" terulung Pas iaitu Nik Aziz sanggup pula  mendoakan supaya DS Najib "pecah perut" hanya demi kemarukkan royalti  minyak Petronas yang didakwanya milik kerajaan negeri Kelantan.
Kini  Zaid Ibrahim sedang "dihentam" teruk di P94 Hulu Selangor. Nampaknya,  "doa bala" yang ditujukan kepada Umno/Barisan Nasional oleh Nik Aziz  kini telah berbalik kepada Pakatan Rakyat.
Satu  demi satu "bala" telah turun kepada PKR. Hulu Selangor bakal menjadi  kubur PKR dan permulaan saat-saat nazak Pakatan Rakyat.

 



 
 

0 comments:
Post a Comment