UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Friday, April 16, 2010

Strategi PKR di Hulu Selangor Terbongkar !!!



Nampak gayanya BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ''fahami Perlembagaan." Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu. ''...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ''Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

Disebelah PR, terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.

Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah 'letih' dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang 'semangat dan roh' orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak. Pastinya ia akan menjadi satu 'kes ujian' bagi kedua-dua pihak.

0 comments: