Terlintas dalam benak aku, kekuasaan mula terarah kepada pemimpin politik tanpa apa-apa batasan hingga tidak mampu ditegur atau di tunjukkan jalan keluar oleh sesiapapun termasuklah sultan atau Agung. Telah tergambar tiadanya kuasa raja-raja melayu yang merupakan tonggak kepada sistem pemerintahan raja berpelembagaan. Kemana perginya sistem yang membenarkan seseorang pemimpin yang dilantik menjadi menteri atau perdana menteri atas persetujuan raja atau sultan yang memerintah. Perdana menteri atau menteri besar ditugaskan untuk mentadbir negara atau negeri dan memberi nasihat kepada raja. Kalau sistem ini semakin dimansuhkan rasa hormat kepada raja-raja melayu mulai hilang maka aku pasti dalam masa yang terdekat nanti kuasa raja melayu akan hilang dan raja-raja melayu nantinya akan tinggal nama tanpa sebarang kuasa, kerana sekarang ini pun sudah tidak nampak fungsinya.
Aku cuma menyuarakan kebimbangan takut nanti hilang kuasa raja hinggakan tidak dapat mengistiharkan darurat seandainya berlaku dan tidak boleh campur tanggan dalam segala hal. Aku tahu tidak mudah untuk rakyat menggulingkan kuasa sesebuah kerajaan tetapi tidak bagi raja atau sultan yang memang diberi kuasa itu, tetapi apalah yang ada kini kalau semua kuasa ditarik dan dihilangkan oleh hakim-hakim yang bijaksana. Aku bukan apa takut nanti bila tiada siapa yang mampu untuk memberi nasihat dan menghukum secara aman, pekara sebaliknya berlaku sebagaimana contoh negara jiran seperti Thailand sehingga 4 ,5 kali tukar pemimpin pun masih tidak puas hati dan merusuh. Aku takut kita kembali mundur walaupun sesetegah cerdik pandai kata negara kita sudah mula maju hingga tidak lagi menghiraukan dan menghormati kuasa raja sendiri.
Paling aku khuatir orang-orang kita nanti jadi seperti Pak Kadok, ayam menang kampung tergadai. Aku minta sangat-sangat supaya kembalikan semula kuasa raja-raja Melayu supaya dapat menjamin keharmonian negara. Aku mahu melihat anak cucu aku nanti, hidup aman di bumi Malaysia ini. Aku tidak rela bumi aman ini menjadi gerhana dek kebodohan, persengketaan sesama kita sendiri. Apalagi agama islam sendiri menyarankan agar mentaati dan menghormati pemimpin. Taatlah kamu kepada Allah, Rasul, kitab dan pemimpin antara kamu. Institusi Raja-Raja Melayu merupakan institusi pentadbiran yang paling bersih dari segi tatacara perlantikan tanpa melibatkan persengketaan, rasuah, cacian dan celaan mana-mana pihak dan mana-mana raja yang terlantik adalah atas ketentuan Allah. Aku yakin tentang Qada dan Qadhar Allah. Sesiapa yang mahu diangkat menjadi pemimpin dan sesiapa saja ingin diabkan sebagai pemimpin semuanya ditentukan oleh Allah dan bersesuaian dengan perbuatannya sendiri.
Aku bukan nak mengata atau menyebelahi sesiapa dalam hal ini, tetapi biarlah kita akur dengan segala ketentuan dan menyedari hakikat. Jangan terbawa-bawa dengan sikap dan keinginan menguasai sesuatu hingga mengheret orang lain atau masyarakat dalam kancah yang tidak baik, sehingga membawa bencana kepada ramai orang. Aku bimbang masa depan kita terjejas dek sikap kita sendiri, kerana aku cukup takut dengan ungkapan "kerosakan dan kehancuran sesuatu bangsa itu adalah kerana bangsanya sendiri" dan "kerosakan sesebuah negara itu adalah disebabkan oleh rakyatnya sendiri". Aku cukup tidak rela kalau anak cucu aku nanti merempat di bumi sendiri.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
UMNO Teluk Belanga on Facebook
Followers
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)
Wednesday, June 23, 2010
Ke Mana Perginya Kuasa Raja-Raja Melayu Nanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment