Mungkin ramai yang tersentak, setelah saya menulis artikel ini. Memang pasti akan terdapat suara-suara sumbang dari golongan tersebut bergempita menghentam tulisan saya kembali. Tapi saya tidak akan sesekali menongkah balik setelah jari memulakan tarian.
Hal ini bukanlah rekaan dan fitnah tetapi merupakan kisah benar yang terjadi di sebuah universiti di selatan tanahair yang merupakan muzium untuk Parti yang menjadi teras pembentukan kerajaan pada hari ini. Pensyarah-pensyarah ini merupakan antara prospek kerajaan dan universiti untuk memacukan lagi universiti di Malaysia ke tahap lebih tinggi dan bersaing di peringkat global.
Tapi langkah kerajaan ini tampak sumbang di mata mahasiswa sendiri, apabila pensyarah-pensyarah ini yang pernah menjadi 'anak emas' universiti semakin lantang dan berani mengutuk dan menghentam kerajaan di depan mahasiswa-mahasiswi sendiri.
Setiap kuliah pasti akan ada selingan kata untuk manaburkan peluru kata-kata nista kepada kerajaan mahupun pemimpin utama negara sendiri.
Saya sendiri sedih dan pilu bila memerhati perkara ini,kerana kerajaan yang boleh kita ibarat sebagai seorang bapa yang memberi segala keringat dan wang ringgit untuk membolehkan kita mendaki langkahan kejayaan sehingga mencapai kedudukan seperti pada hari ini. Malangnya, susu yang telah diberi ketika waktu susah dulu,dibalas dengan tuba kepada mereka pada hari senang kini.
Golongan pensyarah sebagai cediakawan yang mempunyai taraf ilmu yang tinggi sepatutnya memainkan peranan dan menjadi pemikir kepada kerajaan untuk memacu Malaysia ke tahap lebih tinggi. Mengapa tidak diguna ilmu-ilmu itu kebaikan? Atau memikir cara untuk membantu masyarakat luar bandar dan sesetengah bandar yang masih dalam kefakiran tersebut?
Kita sebagi umat akhir zaman tidak akan lekang daripada melakukan kesalahan. Begitu juga dengan pemimpin utama kita. Tapi peluang harus tetap diberi kepada mereka yang pernah melakukan kesalahan untuk membetulkannya.
Kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati sekelian, cukup-cukuplah berpolitik dengan pelajar-pelajar kerana masih ada pelajar yang lebih pintar dalam berpolitik.
Kembalilah kepada teras asal profesion perguruan, mengajar dan mendidiklah sebaik mungkin untuk kemajuan dan percapaian yang lebih gemilang untuk anak bangsa kita sendiri.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
UMNO Teluk Belanga on Facebook
Followers
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)
Wednesday, June 23, 2010
BILA PENSYARAH DAN GURU PUN GANYANG KERAJAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment