UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Sunday, April 18, 2010

Kerajaan Melayu Melaka



Kerajaan Melayu Melaka sudah dibuktikan bermula dari tahun 1278. Alhamdulillah, akhirnya Allah Maha Besar lagi Maha Bijaksana, memberi hikmah dan nikmat ilmu pengkajian mendalam kepada 15 orang ilmuan Islam dalam merungkai riwayat Salatus Salatin - Raja Bongsu.

Pak Sedaro tumpang banggo, kerana inilah manifestasi yang sudah lama benor Pak Sedaro menanti, akan ada pembuktian secara akademik dan berasas tentang lamanya tamadun Kerajaan Melayu Melaka yang 278 tahun lebih tua, daripada asalnya. 1400 bukan detik mulanya, Kerajaan Melayu Melaka. Maka, gagahlah Perlembagaan Persekutuan yang diwariskan, bahawa Perkara 153 dan Perkara 3, dimulai terpasak sejak 1278 lagi.

Sejarah inilah yang membezakan fakta kolonial dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris tentang kekuatan umat Melayu dan Tamadun Islam Nusantara. Sejarah Raja Melayu bermula 1278, merupakan episod Sejarah Tua Raja Melayu yang perlu digarap dengan lebih dalam dan mapan.

Maknanya, selepas ini akan banyak lagi pengkisahan Sejarah Kesultanan Melayu dibongkar oleh Saintis Islam kini. Moga Allah pelihara ilmu dan rahmati pengkayaan bumi Melayu ini. Amin...

0 comments: