UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Monday, April 26, 2010

Tanda Awal Kebangkitan BN Selangor!!!!!



Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) pastinya akan memenangi kembali kerusi Parlimen dan 3 Dun yang dipertandingkan. Secara tidak langsung menjadikan Hulu Selangor kubu kuat Barisan Nasional sepertimana yang berlaku di Sabak Bernam.

Yang pastinya Pakatan Rakyat (PR) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Negeri Selangor, setelah 2 tahun diberi mandat untuk mentadbir dan memerintah, boleh dikatakan PR hanyak “syok sendiri” tanpa mempedulikan rakyat. Rakyat ditabur dengan janji-janji kosong bagai memberikan rakyat bulan dan bintang. Ditambah lagi dengan masalah-masalah dalaman dan masalah keperibadian pemimpin-pemimpin tertinggi mereka. Tidak memumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran sebaliknya mereka sibuk untuk berkempen di mana-mana sahaja dengan tujuan menambah kerusi terutama di kubu-kubu kuat BN.

Kita tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan terlepas daripada BN, akan tetapi lebih banyak kerusi DUN di negeri Selangor akan dapat dikuasai kembali oleh BN dengan trend pengundian seperti ini. Rata-rata pengundi telah menerima kembali dan telah mempercayai akan kemampuan BN untuk memerintah dan mentadbir negeri seterusnya negara dengan baik.

Melihat kepada pilihan raya kecil Hulu Selangor, sudah memperjelaskan bahawa isu dan sentimen parti serta calon telah membuatkan pengundi-pengundi Hulu Selangor percaya akan calon yang diketengahkan oleh BN dapat memenuhi kehendak dan boleh memberikan perkhidmatan terbaik serta berterusan.

Pengundi-pengundi muda telah medapat penerangan dan dengan berfikiran terbuka mereka memilih parti yang terbaik yang dapat membela nasib mereka dan masa depan mereka. Oleh sebab itu mereka telah percaya dan memberikan harapan penuh kepada BN untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Cabaran yang lebih besar kepada BN, di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan PAS, PKR dan DAP terhadap rakyat sejak diberikan mandat mentadbir dan memerintah 5 buah negeri sejak Mac 2008 dan belum dapat melihat pencapaian yang membanggakan untuk rakyat.

BN akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya berubah dan perubahan tersebut telah dibuat dan telah diperlihatkan dengan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.

0 comments: