UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Tuesday, April 27, 2010

50,000 RASUAH!!!!




RM50,000 yang dijanjikan kepada penduduk di Felda Sungai Buaya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bukan satu bentuk “RASUAH” sepertimana dakwaan puak2 PAS yang terlalu kecewa kerana terpaksa akur dengan kemenangan Barisan Nasional. Mereka melaungkan RM50,000 adalah “RASUAH”. Mungkin sebab puak2 PAS ini tak dapat duit tersebut maka disebutnya sbagai “RASUAH”.


Pada 23 April lalu, Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM50,000 kepada 100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1,000 pada peringkat awal yang merupakan hasil penantian 15 tahun.


Usah dipertikaikan lagi tindakan yang telah dan akan dilakukan Umno-BN bagi mengotakan janji mereka kepada peneroka di Felda tersebut. Selama ini Umno-BN telah mengotakan janji-janji kepada rakyat tidak seperti PAS, DAP dan PKR yang menjanjikan Bulan dan Bintang buat rakyat.

Berbalik kepada cerita peneroka-peneroka di Sungai Buaya, Syarikat Etika telah membeli tanah-tanah tersebut dan membayar RM1,000 kepada peneroka-peneroka sebagai wang pendahuluan, wang bakinya akan dibayar kemudian. Namun, langit tidak selalu cerah. Syarikat tersebut ditutup atas seba kegawatan ekonomi dan sehingga sekarang isu tersebut masih lagi tidak selesai.


Pihak kerajaan tidak boleh campur tangan dalam isu ni kerana ia melibatkan peneroka dan Syarikat Etika. Kerajaan hanya mampu untuk menjadi penasihat dan pemantau dalam urusan jual beli tersebut. Kerajaan juga telah banyak kali mencari jalan-jalan penyelesaian untuk membantu peneroka-peneroka yang tidak bernasib baik ini setelah Syarikat Etika ditutup.


Persoalannya sekarang ini, SIAPAKAH YANG AKAN MEMBAYAR RM50,000? Soalan ini sering ditanyakan oleh puak-puak PAS, PKR dan DAP yang tidak senang duduk dengan durian runtuh yang dijanjikan oleh Umno-BN.


Jawapannya mudah dan senang.


Mesti ada Syaikat lain yang akan membeli tanah-tanah tersebut dan tanah-tanah itu akan dimajukan. Takan nak peram buat pekasam kot tanah-tanah tu? Yang pastinya bukan duit kerajaan, bukan duit rakyat dan bukan duit Petronas atau KWSP.


Mengapa hingga mengambil masa sehingga 20 Tahun? Ini lagi soalan bongok yang puak-puak bahalol dan taksub PAS, DAP dan PKR usulkan.


Malaysia mengalami kegawatan ekonomi sepanjang 20 tahun tersebut sehingga Syarikat Etika juga mendapat kesannya dan terpaksa menutup syarikatnya. Dengan peningkatan ekonomi yang ada sekarang barulah ada syarikat-syarikat yang sanggup untuk mengambil-alih projek di tanah kawasan peneroka Sungai Buaya. Sebab itu jugalah Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak, boleh berjanji dengan memberikan RM50,000 kepada peneroka-peneroka di Sungai Buaya. Jika tidak ada syarikat yang berani untuk mengambih-alih, DS PM tidak akan berjanji sedemikian rupa sebab bukan sikap BN untuk menjanjikan janji-janji kosong kepada rakyat.


Mudahkan jawapannya?

0 comments: