UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Monday, April 12, 2010

PENINDASAN....... SECARA TERANG-TERANGAN OLEH PR



Tindakan kerajaan negeri mengarahkan gerai milik peniaga Melayu di sepanjang Jalan Sabak Bernam-Teluk Intan dirobohkan disifatkan sebagai usaha menyekat golongan itu daripada berniaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan itu tidak wajar kerana majoriti peniaga terlibat merupakan penduduk asal kawasan itu.

Menurutnya, mereka mengusahakan aktiviti pertanian dan menjadikan gerai di sepanjang jalan berkenaan sebagai tempat untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.


Katanya, arahan kerajaan negeri melalui notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sabak Bernam pada Disember 2009 itu merupakan satu bentuk penindasan kepada rakyat di daerah berkenaan.

Ini kerana tegasnya, banyak kawasan lain di Selangor termasuk Sekinchan tidak dikenakan arahan sedemikian walaupun ada gerai dibina tidak mengikut peruntukan undang-undang.

''Tapak gerai ini adalah tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang merupakan agensi kerajaan Pusat. Kalau JPS mahu robohkan gerai berkenaan, agensi itu mesti memaklumkannya kepada peniaga.

''Kenapa kerajaan negeri yang keluarkan arahan supaya peniaga merobohkan gerai-gerai mereka. Saya tak nampak rasional di sebalik arahan kerajaan negeri itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, beliau tidak nampak sebarang masalah dengan aktiviti gerai peniaga Melayu di kawasan ini kerana ia tidak mengganggu lalu-lintas seperti alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Tambah Mohamad Khir, tindakan kerajaan negeri itu berkemungkinan bermotifkan politik.

Katanya, beliau difahamkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP sebelum ini pernah mengugut untuk merobohkan sebuah gerai makan di Parit 7, Sungai Besar kerana pemiliknya enggan mengadakan sebuah program politik di gerai berkenaan.

Jelas Mohamad Khir, kerajaan negeri pada awal 2009 juga turut menghentikan program pengeluaran baja organik yang dilaksanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

0 comments: