Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih baru, harus dipandang serius semua pihak, khususnya pemimpin tertinggi dalam UMNO, jika ingin melihat bangsa Melayu terus kekal berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan di negara ini.
Perkembangan terbaru itu menuntut kita bermuhasabah mengenai nasib, masa depan dan kelangsungan kuasa di negara ini, khususnya untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Kajian itu juga sepatutnya menyedarkan orang Melayu, tanpa mengira status atau fahaman politik bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa yang selama ini menjadi payung kepada pelbagai keistimewaan yang dinikmati mereka. Ia dengan jelas membuktikan generasi muda kini tidak menunjukkan minat, malah mengambil ringan terhadap perkembangan politik semasa di negara ini. Kita terpaksa menerima hakikat ini dengan hati terbuka, tetapi pada masa sama kita harus merancang strategi melaksanakan kempen secara besar-besaran untuk mengimbangi nisbah pemilih baru.
Kita tidak boleh lagi berdiam diri, apatah lagi menganggap kajian itu sebagai propaganda yang mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan politik pihak tertentu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengesahkan, ada kira-kira 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Berdasarkan trend sekarang, kita bimbang majoriti mereka yang tidak mendaftar itu adalah daripada kalangan generasi muda Melayu yang berasa selesa dan selamat dengan segala kemudahan yang tersedia kerana kuasa politik kini masih di tangan Melayu. Kesedaran mereka tentang pentingnya kuasa pemilih begitu merosot, termasuk di kalangan penyokong serta ahli UMNO sendiri yang belum mendaftar. Sikap mengabaikan hak sebagai pemilih sudah tentu meningkatkan ancaman terhadap masa depan kuasa politik bangsa Melayu.
Justeru, kempen menggalakkan rakyat menjadi pemilih perlu digerakkan segera secara lebih agresif dan tersusun. Pastinya, usaha ini menuntut komitmen tinggi serta inisiatif orang politik sendiri, khususnya di kalangan pemimpin UMNO, sama ada pada peringkat bahagian mahu pun cawangan. Jika inisiatif ini digerakkan oleh pembangkang, kemungkinan besar pengundi yang berdaftar itu lebih cenderung menyokong calon mereka dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu, usaha secara bersepadu harus digerakkan oleh UMNO sendiri untuk menambah jumlah pemilih baru yang akan menyokong calon Barisan Nasional (BN).
Di samping itu, UMNO juga harus bertindak segera dengan mendaftar 661,231 ahlinya yang belum menjadi pemilih. Mereka adalah sebahagian daripada 4.3 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Sebenarnya, kempen mendaftar sebagai pemilih boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain berkempen secara bersemuka dengan bakal pemilih, kita juga boleh menggunakan rangkaian media sosial dengan memberi kefahaman serta kesedaran mengenai tanggungjawab pemilih dan pentingnya mengguna hak sebagai pengundi dalam pilihan raya. Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk menyedarkan anak masing-masing, sebaik saja memasuki usia 21 tahun yang melayakkan mereka menjadi pemilih berdaftar.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
UMNO Teluk Belanga on Facebook
Followers
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)
Monday, June 28, 2010
Melayu Akan Hilang Kuasa Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment