UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Tuesday, May 11, 2010

Tuduh kerajaan kuku besi


Parti pembangkang perlu mengkaji semula sejarah tanah air sebelum menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kuku besi. Pembangkang sengaja melemparkan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat.

Sejak pilihan raya bandaran pada 1951, rakyat negara ini mula diberikan kebebasan untuk memilih pemerintah daripada parti-parti yang bertanding. Banyak calon bertanding pada setiap pilihan raya umum tetapi rakyat negara ini terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah.

Peluang terbuka luas untuk mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya dan ia jelas membuktikan kerajaan BN tidak pernah melanggar prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. Kerajaan juga tidak pernah mewujudkan undang-undang untuk menyekat penubuhan mana-mana parti pembangkang.Parti pembangkang di negara ini bukan sahaja boleh terus berkembang tanpa sebarang gangguan, malah kepimpinannya juga diwarisi dalam sesebuah keluarga.

Demokrasi yang diamalkan oleh negara ini tidak mungkin akan diperoleh di negara-negara lain. Parti pembangkang sengaja mendakwa demikian kerana sehingga kini mereka masih gagal mendapat kepercayaan rakyat untuk menjadi pemerintah.

Sebenarnya pemerintah negara ini adalah bukan kuku besi tetapi 'terlampau' demokrasi kerana sanggup melayan tuntutan dua tiga orang sahaja atas alasan tidak puas hati di atas sesuatu perkara.

Slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu mengutamakan rakyat dan jauh sekali daripada bersikap kuku besi. Slogan ini sudah cukup tepat bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar dan cuba menyelesaikan apa jua masalah rakyat.

Tuduhan parti pembangkang bahawa pemerintah sekarang adalah kuku besi perlu ditolak sama sekali oleh rakyat.

0 comments: