Ini mungkin detik yang sangat bermakna bagi Datuk Dr Halili Rahmat.Rakan karib dan doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dipeluk erat oleh bapanya Rahmat Buyong sebagai menyambut ‘ kepulangannya’ yakni keluar dari PKR dan masuk UMNO.

Ia disaksinya sendiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang kampongnya di Hulu Yam Lama dalam satu majlis ceramah BN pilihanraya kecil Hulu Selangor yang diadakan di seberang jalan rumah bapanya di Taman Leeiam Selasa malam.

Rahmat,87 yang merupakan bekas Pengerusi Tetap UMNO Hulu Yam sebelum itu hanya tahu mengenai langkah anaknya ,Dr Halili,58 keluar dari PKR menerusi berita yang tersebar selepas sidang akhbarnya Isnin.Lantas beliau menghubungi Dr Halili menerusi telefon.

‘‘Kebiasaannya saya yang menghubungi dia tetapi kali ini dia telefon saya dan memuji tindakan kembali kepada UMNO selepas 10 tahun berada dalam PKR,” katanya dengan nada sebak ketika berucap di majlis itu.

berita penuh layari http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_18bd49d7-7f000010-1d956ad0-1bb621cd