UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Monday, July 5, 2010

Retorik Pas (Part 3 @ terakhir)


Menurut pemimpin Pas, semua rakan di dalam pakatan pembangkang telah bersetuju dan menghormati dasar perjuangan Pas. 'Justeru, tidak timbul soal penolakan oleh mana-mana pemimpin DAP termasuk Karpal sendiri. Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau. katanya

'Pandangan peribadi' - inilah istilah yang digunakan oleh hampir keseluruhan pemimpin Pas apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbaru Karpal itu.

Apa yang pasti Karpal bukanlah ahli biasa, tetapi Pengerusi DAP. Jadi, pandangan beliau sudah tentu dikongsi bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Adakah kenyataan pemimpin Pas itu bermaksud Guan Eng akan membela Pas?

Sepatutnya Pas belajar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana biarpun Pas menyumbang kerusi kepada pembentukan kerajaan negeri tetapi suara Pas seolah-olah tidak didengari.

Beberapa usaha Pas untuk menerapkan nilai-nilai Islam ditentang hebat bukan sahaja oleh DAP tetapi juga pemimpin bukan Melayu dalam PKR. Kini, Pas tidak boleh melenting dengan kenyataan Karpal kerana Pas tidak ada kuasa untuk melawan kekuatan politik DAP mahupun PKR.

Sepatutnya, Pas menghormati Karpal kerana sentiasa konsisten dalam membuat sesuatu kenyataan. Keadaan tersebut berbeza dengan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak pernah konsisten dalam pendirian mereka.

Akibat sikap tidak konsisten inilah, ia memungkinkan Pas hanya menjadi 'kawan mainan politik' kepada PKR dan DAP.

Mungkin pujian boleh diberikan kepada Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang dengan tegas menyatakan Pas bersedia mengkaji semula hubungan dengan DAP pada masa depan jika DAP terus mengamalkan sikap menikam dari belakang.

Sebenarnya, DAP selama ini bukan sahaja sudah menikam dari belakang, malah boleh disifatkan 'sudah menetak' Pas dari hadapan apabila sering sahaja melakukan tindakan yang kadangkala dilihat tidak menghormati Pas. Tetapi apa yang Pas boleh buat?

Oleh itu, apa juga penegasan dan kenyataan yang dibuat oleh Pas dalam isu negara Islam boleh dianggap retorik semata-mata. Pemimpin Pas terpaksa bersuara apabila ia disentuh oleh Karpal bagi menunjukkan kononnya Pas tetap ingin memperjuangkan konsep berkenaan.

Namun, ia hanyalah mainan lidah politik Pas sahaja. Hakikatnya, langkah bagi memperjuangkan konsep negara Islam tersebut semakin ditinggalkan oleh parti itu demi mencari kuasa bersama PKR dan DAP.

Retorik Pas (Part 2)


Dalam muktamar parti itu baru-baru ini, suara-suara mengenai perjuangan membentuk negara Islam langsung tidak kedengaran sama ada di kalangan pemimpin mahupun perwakilan Pas.

Nik Abdul Aziz hanya melenting apabila Karpal terus konsisten menolak penubuhan negara Islam. Kalau Karpal tidak bercakap maka sudah pasti isu negara Islam tidak disentuh oleh Pas.
Ini terbukti apabila dalam dua pilihan raya umum lalu, Pas dalam manifestonya tidak menyentuh soal negara Islam sehingga akhirnya memungkinkan konsep negara Islam yang mereka perkatakan hanya wujud dalam bentuk dokumen semata-mata tidak lebih daripada itu.

Konsep negara Islam hanya menjadi retorik politik kepada Pas kerana ia tidak bersungguh-sungguh hendak dilaksanakan oleh parti tersebut. Apa yang lebih penting bagi parti berkenaan ialah bersama-sama PKR dan DAP menggabungkan kekuatan bagi merebut tampuk kekuasaan negara dalam pilihan raya umum akan datang.
Atas sebab itulah, DAP dilihat tidak pernah menghormati dasar perjuangan Pas kerana mereka memahami bahawa Pas bersedia mengorbankan semua itu demi mencari kuasa politik.

Kita tidak harus lupa bahawa pada 25 Jun 1999, Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata, ''Pas sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."

Bagaimanapun seorang pemimpin Pas berkata, DAP sepatutnya menghormati dasar perjuangan Pas bukannya mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan. Pas sentiasa bersedia bekerjasama dengan DAP selagi perasaan hormat-menghormati itu wujud. Selagi DAP hormati Pas, kita tidak ada masalah tetapi nampaknya DAP tidak mempunyai perasaan tersebut, sebab itulah Karpal sanggup mengeluarkan kenyataan itu.

Retorik Pas (Part 1)


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan dokumen negara Islam yang merangkumi semua aspek konsep negara Islam termasuk tasawur, dasar, ciri-ciri sehinggalah polisi umumnya.

Ketika itu, Pas berada dalam Barisan Alternatif (BA) bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada masa yang sama, kedua-dua parti itu turut mempunyai kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Malahan suatu ketika, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memuji pemimpin-pemimpin DAP kerana dikatakan semakin menerima Islam. Ketika berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam tidak lama dulu, Nik Abdul Aziz berkata, di dada Lim Kit Siang dan Karpal Singh ada tanda bulan (lambang Pas).

Kini, pujian Nik Abdul Aziz kepada DAP terutamanya Karpal mungkin berubah apabila Pengerusi DAP tersebut secara terbuka mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Pendirian itu membuatkan Menteri Besar Kelantan mencabar Karpal membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Nik Abdul Aziz turut menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Sebenarnya tidak timbul soal kenyataan peribadi kerana sejak dari awal lagi sama ada Karpal mahupun DAP tidak pernah memperakui secara terbuka menyokong gagasan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Tambahan pula sejak berkawan rapat dengan PKR dan DAP, Pas sendiri bukan sahaja sudah lama tidak bercakap soal menubuhkan negara Islam, malah ada pemimpin menganggap gagasan itu tidak ada dalam Perlembagaan parti tersebut.

Tuesday, June 29, 2010

FELDA


SEJAK dulu lagi kami sentiasa menyuarakan prinsip dan semangat sama iaitu FELDA mempunyai sistem pengurusan yang terbaik dan juga mempunyai rekod menjaga serta memelihara kebajikan lebih 100,000 keluarga peneroka secara aman, damai dan harmoni.

Sejak sekian lama juga beberapa pihak suka menggembar-gemburkan pelbagai isu seperti dadah dan sosial di FELDA kerana ingin mencemarkan imej FELDA.

Sebelum ini ada kenyataan rizab FELDA merosot, kemudian berubah kepada rugi. Ini semua kenyataan yang merosakkan kesejahteraan rakyat dan melemahkan semangat pegawai yang bertugas dengan begitu bersungguh-sungguh sejak sekian lama.

Keadaan sama juga dikhuatirkan akan terjadi jika isu wang simpanan FELDA ini tidak dihentikan dan dibincangkan dalam skop betul.

Melalui operasi perniagaannya, FELDA sedang membina keuntungan terkumpul dari tahun ke tahun.

Semua projek melalui pelbagai proses ketat dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya.
TAJUDIN AHMAD,
Bekas bendahari Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan bekas
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.

Sedarlah Wahai Belia Melayu......


STATISTIK yang menunjukkan pengundi Melayu khususnya orang muda ramai tidak mendaftar sebagai pengundi memerlukan anjakan paradigma dalam diri mereka.

Belia hari ini masih kabur dengan sejarah bangsa kita yang berjuang bermati-matian menentang Malayan Union (MU) hingga tertubuhnya negara kita yang merdeka hari ini. Belia Melayu perlu ‘dijentik dan dijolok’ jika mereka masih leka dengan hak memilih di bawah sistem demokrasi, maka jika hak Perlembagaan kita tergadai nanti maka mata hitam bakal menjadi putih.

Nisbah 1:40 pengundi Melayu berbanding pengundi bukan Melayu amat memeranjatkan seolah-olah orang kita tidak kisah kehilangan kuasa dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957.

Jangan kelak apabila kuasa satu undi yang diberi kepada kita tidak digunakan dengan sebaiknya kita mahu memberontak pula. Majoriti 2/3 Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin susut dilanda tsunami 2008 sepatutnya menyedarkan parti yang tewas untuk menggembleng tenaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memperkasakan daftar pengundi ahli UMNO dan parti komponen Bumiputra lain.

Walau sehebat mana manifesto kita membela rakyat keputusan akhir bergantung kepada jumlah undi yang ada di dalam peti undi ketika pilihan raya. Pembangkang mula berkempen mendaftar pengundi mereka di merata negara ini. Parti komponen BN dilihat baru mula bergerak membentuk skuad sayang untuk kerja kebajikan semata-mata.

Mungkin skuad ini boleh dijana untuk memberi kesedaran kepada wanita dan belia untuk menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tugas ini bukan mudah kerana mereka perlu mengejutkan belia yang belum sedar bahawa di bawah Perlembagaan setiap rakyat Melayu dan Bumiputera ada tempat istimewa dan ini yang perlu dipertahankan dengan kuasa satu undi ketika pilihan raya.

Elok juga daftar mengundi diwajibkan kepada warga negara Malaysia yang cukup umur 21 tahun supaya mereka sedar satu undi mempunyai impak besar dalam pentadbiran negara kita.

Ketika ini di Selangor, gerakan parti pembangkang berkempen untuk memilih pendaftar sudah menjadi perkara lumrah. Kain rentang untuk tujuan itu, terpampang di merata tiang lampu dan dinding bangunan. Oleh itu, parti komponen BN perlu bergerak senada di masa Perdana Menteri kita masih gagah dengan agenda pentadbiran beliau.

Kuasa ada di tangan kita dengan menjadi pengundi berdaftar bila cukup umur 21 tahun. Pemimpin yang ada jangan leka dengan agenda sendiri di depan TV menghadap bola Piala Dunia 2010 dan terlena hingga meninggi hari.

Jika kuasa satu undi kita manfaatkan sebaiknya tidaklah nanti kita jadi seperti lagu Warisan. ‘Bumi dipijak milik orang, nenek moyang kaya-raya tergadai seluruh harta benda…’.

Monday, June 28, 2010

Persembahan Pasukan PKR Selangor HAMBAR!!!!


Baru setahun jagung memerintah Selangor, PR sudah bercelaru dan cacamarba, itu gambaran selayaknya bagi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kini mempunyai dua nakhoda. Adalah amat pelik apabila seorang Menteri Besar daripada sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri tidak menjadi pengerusi struktur parti tersebut di peringkat negeri.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sememangnya Pengerusi PKR negeri, seolah-olah 'ditarik balik' kuasa yang berada di tangannya. Ini akan membuatkan pucuk pimpinan PKR Selangor lebih mudah bercelaru kerana mereka mempunyai dua ketua, sama ada mahu mengikut arahan ketua baru, Azmin Ali atau Abdul Khalid ?

Tidaklah mustahil sebarang keputusan yang dibuat di peringkat PKR negeri boleh ditolak oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh Abdul Khalid. Selesaikah kemelut mereka berdua ini?.

Pelantikan Azmin tidak pula menjejaskan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, jelas membuktikan bahawa DAP telah menguasai Anwar.

Jelas terbukti bahawa Anwar hanya berani usik kedudukan Abdul Khalid dalam struktur parti sahaja tetapi tidak berani untuk menganggu gugat kedudukan beliau di peringkat kerajaan negeri kerana tunduk kepada kuasa DAP sebab Abdul Khalid lebih akrab dan mesra dengan wakil rakyat DAP berbanding pimpinan PKR Selangor terutamanya Ketua-Ketua Cabang PKR.

Konflik akan berlaku kelak kerana Abdul Khalid dan Azmin mempunyai kuasa dalam mentadbir dan berhak membuat segala keputusan untuk negeri berkenaan. Menteri Besar adalah individu yang paling layak untuk memberi kata putus dalam semua perkara tetapi beliau juga perlu mendapatkan nasihat daripada Pengerusi PKR negeri.

Senario itu lama-kelamaan akan menjadi buruk dan lebih parah lagi apabila tiada persefahaman antara kedua-dua pemimpin tersebut dan mereka akan mementingkan diri sendiri tidak lagi mementingkan RAKYAT SELANGOR...

***** Hanya BARISAN NASIONAL sahaja yang terbukti mempunyai kredibeliti untuk mentadbir negeri maju seperti SELANGOR.

Melayu Akan Hilang Kuasa Politik


Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih baru, harus dipandang serius semua pihak, khususnya pemimpin tertinggi dalam UMNO, jika ingin melihat bangsa Melayu terus kekal berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan di negara ini.

Perkembangan terbaru itu menuntut kita bermuhasabah mengenai nasib, masa depan dan kelangsungan kuasa di negara ini, khususnya untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Kajian itu juga sepatutnya menyedarkan orang Melayu, tanpa mengira status atau fahaman politik bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa yang selama ini menjadi payung kepada pelbagai keistimewaan yang dinikmati mereka. Ia dengan jelas membuktikan generasi muda kini tidak menunjukkan minat, malah mengambil ringan terhadap perkembangan politik semasa di negara ini. Kita terpaksa menerima hakikat ini dengan hati terbuka, tetapi pada masa sama kita harus merancang strategi melaksanakan kempen secara besar-besaran untuk mengimbangi nisbah pemilih baru.

Kita tidak boleh lagi berdiam diri, apatah lagi menganggap kajian itu sebagai propaganda yang mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan politik pihak tertentu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengesahkan, ada kira-kira 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Berdasarkan trend sekarang, kita bimbang majoriti mereka yang tidak mendaftar itu adalah daripada kalangan generasi muda Melayu yang berasa selesa dan selamat dengan segala kemudahan yang tersedia kerana kuasa politik kini masih di tangan Melayu. Kesedaran mereka tentang pentingnya kuasa pemilih begitu merosot, termasuk di kalangan penyokong serta ahli UMNO sendiri yang belum mendaftar. Sikap mengabaikan hak sebagai pemilih sudah tentu meningkatkan ancaman terhadap masa depan kuasa politik bangsa Melayu.

Justeru, kempen menggalakkan rakyat menjadi pemilih perlu digerakkan segera secara lebih agresif dan tersusun. Pastinya, usaha ini menuntut komitmen tinggi serta inisiatif orang politik sendiri, khususnya di kalangan pemimpin UMNO, sama ada pada peringkat bahagian mahu pun cawangan. Jika inisiatif ini digerakkan oleh pembangkang, kemungkinan besar pengundi yang berdaftar itu lebih cenderung menyokong calon mereka dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu, usaha secara bersepadu harus digerakkan oleh UMNO sendiri untuk menambah jumlah pemilih baru yang akan menyokong calon Barisan Nasional (BN).

Di samping itu, UMNO juga harus bertindak segera dengan mendaftar 661,231 ahlinya yang belum menjadi pemilih. Mereka adalah sebahagian daripada 4.3 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Sebenarnya, kempen mendaftar sebagai pemilih boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain berkempen secara bersemuka dengan bakal pemilih, kita juga boleh menggunakan rangkaian media sosial dengan memberi kefahaman serta kesedaran mengenai tanggungjawab pemilih dan pentingnya mengguna hak sebagai pengundi dalam pilihan raya. Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk menyedarkan anak masing-masing, sebaik saja memasuki usia 21 tahun yang melayakkan mereka menjadi pemilih berdaftar.

Sunday, June 27, 2010

Tidak Lama Lagi.....


TIDAK lama lagi pengundi di negara ini akan memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili mereka. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, seseorang Ahli Parlimen dan ADUN bukan saja membawa suara rakyat di kawasan yang diwakilinya, malah bersuara dalam isu nasional yang menyentuh kepentingan bersama.

Pilihan raya adalah satu proses pembabitan rakyat dalam sesebuah negara dan ia adalah sebahagian daripada ciri tadbir urus yang baik.

Ini termasuk:

(1) proses di mana kerajaan dipilih, dipantau dan digantikan,

(2) kemampuan kerajaan untuk secara efektif merumuskan dan melaksanakan dasar yang baik, dan

(3) penghormatan rakyat dan negara kepada institusi yang mengawal interaksi ekonomi serta sosial di kalangan mereka.'

Tadbir urus baik merujuk kepada interaksi yang sihat antara pelbagai pihak seperti kerajaan, sektor perniagaan dan masyarakat madani. Interaksi yang sihat ini menuntut kewujudan pembabitan, pertanggungjawaban, ketelusan, kesamaan, kesepakatan dan beberapa ciri positif lain.

Tadbir urus buruk pula adalah interaksi secara kurang sihat membabitkan kelompok yang disebutkan terdahulu. Di sini wujud elemen seperti sekatan keterlaluan, hubungan tertutup, ketidakpercayaan antara satu sama lain, pelanggaran undang-undang dan konflik yang tidak terurus dan berterusan.

Pilihan raya adalah satu mekanisme penting yang menyumbang kepada tadbir urus baik sesebuah negara.

  • Pertama, ia memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Proses ini boleh berlaku secara terus atau melalui institusi atau perwakilan yang sah.
  • Pilihan raya adalah satu proses memilih perwakilan dan Dewan Rakyat adalah satu institusi yang sah bagi mewakili suara orang ramai. Melalui pilihan raya, seseorang berpeluang menyuarakan pendapat dan membuat pilihan.

  • Kedua, pilihan raya menunjukkan wujudnya kestabilan politik dan ini penting dalam konteks tadbir urus . Tadbir urus baik tidak boleh wujud apabila rakyat mempunyai persepsi bahawa sesebuah kerajaan boleh disingkir melalui kaedah yang bertentangan dengan perlembagaan.

  • Ketiga, pilihan raya juga menunjukkan bahawa semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang. Ini bermaksud rakyat menerima kewujudan kerangka sistem perundangan yang bebas dan adil. Ini bertujuan melindungi hak-hak asasi manusia, terutama sekali hak golongan minoriti.

  • Keempat, pilihan raya berorientasikan kesepakatan. Di mana-mana negara, akan wujud kepentingan yang berbeza. Tadbir urus menuntut konflik kepentingan diuruskan dengan cara membentuk kesepakatan di kalangan semua pihak yang terbabit. Walaupun ada persaingan sewaktu tempoh berkempen, akhirnya semua pengundi akan akur dengan keputusan dibuat secara kolektif.

  • Kelima, pilihan raya membolehkan rakyat menilai kecekapan dan keberkesanan dasar dan program pembangunan. Pada masa sama, pilihan raya juga menjadi neraca kredibiliti kerajaan dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Jika kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, maka ia akan dipilih semula. Begitu jugalah sebaliknya.

Atas semangat mewujudkan tadbir urus baik dalam sistem politik negara, maka pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini harus berjalan dengan baik.

Ia bukan saja memberikan peluang kepada rakyat untuk terbabit dalam proses membuat keputusan, malah meningkat tahap tadbir urus baik di negara ini.

*** Oleh itu carilah parti yang mempunyai tahap urus tadbir yang baik untuk mentadbir... UNDILAH BARISAN NASIONAL

Saturday, June 26, 2010

Ingatan Untuk Umno Bahagian Sabak Bernam!!!!!



Ahli Pemuda dan Puteri UMNO perlu mengikis sikap selesa dengan kedudukan Sabak Bernam sebagai kubu kuat UMNO kerana parti pembangkang sentiasa mengintai peluang untuk menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di sini.

Kita sebaliknya perlu bekerja lebih keras termasuk turun padang bagi mendekati rakyat dan mencari pengundi baru bagi memperkukuhkan sokongan terhadap BN. Setiap daripada kita perlu ada perasaan cemas. Jangan ingat sebagai kubu kuat, pembangkang tidak serang Sabak Bernam. Orang kita hanya rasa cemas waktu UMNO dibubarkan dahulu dan kemudian leka.

Kita perlu turun ke akar umbi seperti yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering bertemu dan beramah mesra dengan rakyat. Jangan leka sehinggakan rakyat merasa disisih dan merasa diri mereka jauh dari UMNO dan Barisan Nasional.

KLINIK 1MALAYSIA MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT


Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada YAB Perdana Menteri kerana mencetuskan idea penubuhan klinik komuniti 1Malaysia yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet 2010 yang lepas. Akhirnya kelmarin Perdana Menteri telahpun menunaikan janjinya kepada rakyat dengan merasmikan klinik yang ke-44 di Kampung Kerinchi. Setakat ini sebanyak 44 buah klinik telahpun mula beroperasi sejak 1 Januari 2010 yang lalu di seluruh negara.

Antara objektif utama penubuhan klinik 1Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan kerajaan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Bagi tujuan penubuhan klinik ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menampung kos operasi 50 buah klinik di seluruh negara setahun.

Dengan adanya klinik ini ianya dijangka mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar yang sedia ada dan ini juga dapat memudahkan serta mempertingkatkan akses rakyat untuk mendapatkan rawatan ringan terutamanya di kawasan bandar.

Klinik ini akan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih dan antara skop perkhidmatannya adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik dan melakukan prosedur rawatan ringan. Manakala dari segi masa perkhidmatan pula klinik ini akan beroperasi setiap hari bekerja mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 jam yang meliputi operasi selama 12 jam dengan melibatkan penggiliran syif bekerja staf yang bertugas.

Idea penubuhan klinik ini telah mendapat pelbagai reaksi positif dari rakyat berbilang kaum terutamanya penduduk miskin ataupun kurang mampu di kawasan bandar. Lokasi dan kemudahan klinik ini yang tidak eksklusif seperti klinik dan hospital swasta di mana ianya hanya ditempatkan sama ada di bangunan rumah kedai ataupun mana-mana premis yang disewa yang berhampiran dengan masyarakat cukup menyenangkan semua pihak.

Idealnya kesemua lokasi klinik ini adalah di kawasan-kawasan setempat dengan penduduk lebih daripada 10,000 orang yang mana ianya boleh dihubungi dengan cepat dan mudah oleh penduduk kawasan terbabit.

Kita perlu sedar bahawa masih ramai penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan ini sering menghadapi masalah kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula hospital ataupun klinik kesihatan kerajaan yang sedia ada agak jauh dari lokasi penempatan mereka dan jumlah pesakit pula ramai yang jelas akan melambatkan proses mendapatkan rawatan yang dikehendaki dengan segera.

Walaupun klinik ini hanya menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang asas sahaja namun ianya cukup signifikan dan besar manfaatnya kepada golongan yang kurang mampu dan sangat memerlukan perkhidmatan perubatan.

Perkhidmatan perubatan adalah salah satu keperluan asas umat manusia dan adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang diperlukan oleh rakyatnya. Dalam hal ini ternyata pihak kerajaan kita begitu komited dan mengambil berat masalah kesihatan rakyat dan berjaya memenuhi kehendak majoriti penduduk bandar yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Keprihatinan pihak kerajaan dalam aspek kesihatan rakyat memang tidak perlu diragui ataupun dinafikan kerana buktinya bagi tahun 2010 Kementerian Kesihatan (KKM) telahpun diperuntukkan bajet berjumlah RM14.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM11.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3.6 bilion.

Peruntukan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6% berbanding tahun sebelumnya iaitu RM13.2 bilion. Malah peruntukan yang diterima oleh KKM ini juga adalah merupakan antara yang tertinggi berbanding kementerian-kementerian yang lain. Data ini sudah cukup untuk menjelaskan rasa tanggungjawab kerajaan terhadap aspek kesihatan rakyat negara ini terutamanya bagi membantu golongaan yang tidak berkemampuan.

Keadaan ekonomi global yang tidak menentu terus menghantui rakyat kita di mana nilai matawang yang dimiliki semakin terhakis angkara kenaikan harga barangan pengguna dan lebih merumitkan keadaan apabila masih terdapat majikan yang terpaksa memberhentikan pekerja akibat kemelesan ekonomi tersebut. Akibatnya jumlah pengganggur semakin bertambah dan bilangan siswazah yang sukar mendapat peluang pekerjaan juga dikhuatiri semakin meningkat.

Senario ini menyebabkan golongan penduduk bandar yang selama ini berada dalam kategori berpendapatan sederhana sudah mula jatuh ke status berpendapatan rendah yang sekaligus menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang lebih berkualiti seperti di klinik dan hospital swasta kerana melibatkan kos yang tinggi yang sukar untuk ditampung oleh mereka.

Walaupun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan rasa kebimbangan bahawa klinik 1Malaysia ini akan menjejaskan taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini namun kewujudan klinik ini perlu dilihat dari sudut yang lebih positif dan juga perlu mengambilkira soal kebajikan rakyat tanpa sebarang prejudis.

Pihak MMA boleh berbincang dengan KKM agar disamping menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang bermanfaat sebegini kepada rakyat, kita juga dapat menjaga dan memelihara kualiti dan taraf perkhidmatan yang diberikan. Dalam hal ini strategi menang-menang (win-win situation) cukup penting kerana sememangnya kualiti perkhidmatan perubatan adalah suatu perkara yang tidak boleh dikompromi sama sekali kerana ianya melibatkan soal nyawa manusia.

Soal keuntungan juga tidak wajar dijadikan sebagai perkara pokok di mana pihak klinik mahupun hospital swasta adalah tidak wajar menganggap klinik ini sebagai saingan kepada mereka yang boleh mengancam perolehan pendapatan mereka. Ini kerana untuk penyakit kronik mahupun rawatan susulan yang lain pesakit tetap akan dirujuk ke hospital yang lebih besar dan pesakit yang berkemampuan juga boleh ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Pada masa yang sama ada juga pihak yang mempersoalkan nama klinik ini serta cuba membandingkan peranannya dengan klinik kesihatan dan klinik desa yang sedia ada. Pokok pangkalnya kita perlu memahami dan jelas dengan konsep dan idea asal penubuhan klinik ini iaitu klinik ini hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil sahaja sementara kes kritikal yang memerlukan perhatian doktor dan rawatan lanjut, pesakit boleh segera ke klinik berhampiran.

Tambahan pula klinik 1Malaysia juga hanya dibenarkan untuk memberi ubat bagi sakit ringan sahaja seperti demam, batuk atau pun luka ringan manakala kes kronik akan dirujuk ke klinik yang lebih besar ataupun hospital berdekatan. Justeru tidak timbul sebarang kekeliruan dan konflik pertembungan fungsi dan peranan antara klinik ini dengan klinik yang sedia ada.

Ingatlah bahawa sekurang-kurangnya kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan ini daripada ianya langsung tidak ada sebelum ini. Ada apa pada nama yang diberi lagipun kewujudan klinik ini sebenarnya membawa lebih banyak manfaat daripada keburukan kepada rakyat. Usahlah mempertikaikan perkara-perkara yang boleh menguntungkan dan memberi manfaat kepada orang ramai. Tiada gunanya kita bertelagah dan mencari kesalahan dalam isu sebegini yang melibatkan kepentingan rakyat.

Kemunculan klinik komuniti 1Malaysia ini perlu dilihat sebagai tepat pada masanya bagi memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat yang kurang berkemampuan dan semakin terhimpit dengan pelbagai masalah sosioekonomi. Ianya cukup melegakan penduduk setempat yang boleh menikmati kemudahan tersebut dengan hanya berbekalkan bayaran serendah RM1. Kita berharap agar projek yang murni ini tidak terhenti setakat 50 buah klinik sahaja di mana ianya wajar ditambah dan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan agar lebih ramai lagi rakyat dapat manfaat tersebut.

Laman Web dan Blog Semakin Berpengaruh?


Laman web dan blog semakin berpengaruh dalam membentuk minda masyarakat kebelakangan ini. Dalam keadaan tertentu media baru ini dilihat mampu membentuk sikap dan tingkahlaku masyarakat dalam membuat sesuatu keputusan dan memiliki ’kuasa’ dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Perkembangan pesat teknologi maya ini telah diikuti dengan pertambahan pengendali laman sesawang ini yang meningkat secara mendadak. Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak.

Pelbagai pendekatan dan usaha dibuat melalui penggunaan medium blog untuk menyebar maklumat dan juga usaha mempengaruhi orang ramai dalam pelbagai aspek sama ada dalam bentuk perniagaan, hiburan, pendidikan, perbincangan isu dan sebagainya. Bahan yang berbagai yang disalur oleh laman web dan blog membolehkan orangramai mendapat maklumat yang cepat dan mudah.

Namun begitu, perkembangan terakhir ini menyaksikan beberapa perkara negatif telah meresap dalam dunia web dan blog. Teknologi moden alam maya yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengakses maklumat telah disalahguna oleh pihak-pihak tertentu. Perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah meninggalkan kesan yang serius terhadap reputasi laman web dan blog.

Kebelakangan ini terdapat banyak laman blog dan web yang secara sengaja dan terancang telah menyiarkan artikel yang menyalahi undang-undang negara seperti menyalurkan bahan lucah, menghina, mengugut dan menabur perasaan benci sesama rakyat.

Ada laman web dan blog yang dilihat menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antara bangsa serta menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat keseluruhannya.

Terdapat juga laman blog dan web yang dibangunkan menjalankan kegiatan haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai, melakukan pengeboman mel kepada e-mel, melakukan kegiatan haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, rahsia dan perdagangan barangan yang dilindungi hak cipta serta mencerobohi peralatan yang dimiliki individu, kumpulan atau organisasi yang boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Tidak kurang juga laman web dan blog yang cuba menimbulkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian rakyat dengan menimbulkan pelbagai spekulasi songsang, andaian dan persepsi yang tidak menjurus kepada perkara sebenar dan juga yang mengeluarkan kenyataan tanpa asas atau fakta yang kukuh serta membuat tuduhan-tuduhan liar, palsu, fitnah dan berbentuk hasutan.

Untuk memastikan pengendali laman web dan blog supaya lebih bertanggungjawab terhadap kandungan bahan yang disiarkan bagi mengelak sebarang implikasi negatif, beberapa undang-undang telah digubal dan boleh dikenakan kepada pengendali laman web dan blog.

Akta Perundangan yang diguna pakai berkenaan dengan laman web dan blog ialah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKM). Akta ini mengandungi peruntukan melarang penerbitan kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik dengan niat mengacau, mendera, atau mengganggu sesiapa seperti dilakukan beberapa penulis blog di negara ini.

Selain Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ada juga beberapa peruntukan jenayah lain yang boleh diguna pakai termasuk Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993, Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) 1972, Akta Syarikat 1965, Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 dan Akta Industri Sekuriti 1983.

Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap laman blog dan web tidak bertanggungjawab.

Misalnya, jika didapati sesuatu laman web /blog menyalahi undang-undang, tindakan akan diambil dengan mengarahkan Internet Service Provider (ISP) menyekat laman-laman web tertentu yang menyalahi undang-undang negara di bawah peruntukan pencegahan yang dibenarkan oleh Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM 98).

Tindakan ini tidak boleh dianggap sebagai menapis Internet, sebaliknya ia adalah tindakan penguatkuasaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang negara.

Sepanjang tempoh Januari 2008 hingga Julai 2009, sebanyak 470 laman web yang didapati melakukan kesalahan telah dikenakan tindakan sekatan oleh Internet Service Provider (ISP) atas arahan SKMM. Begitu juga dengan beberapa kes pendakwaan di mahkamah atas kesalahan tertentu seperti kes Raja Petra Kamarudin (RPK) didakwa menghasut berhubung dengan artikel beliau di Malaysia Today, “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” pada 25 April 2008.

Undang-undang yang dirangka ini bukanlah untuk menyusahkan orang ramai tetapi lebih kepada mengelakkan perkara buruk berlaku dalam masyarakat kita serta mendidik masyarakat mengenai etika penggunaan Internet. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan menjaga kestabilan negara.

Mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan budaya negatif seperti menyebarkan maklumat palsu, memfitnah dan menghasut rakyat untuk melakukan sesuatu yang negatif langsung tidak membantu dalam konteks pembangunan negara. Perbuatan songsang mereka bukan setakat tidak memberi faedah atau nilai tambah dalam masyarakat, malah boleh meruntuh dan memusnahkan sesuatu bangsa dan negara.

Thursday, June 24, 2010

APAKAH Perjuangan Sebenar PKR


Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta untuk mendedahkan perjuangan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada berjuang untuk masa depan negara atau pun mahu melunaskan dendam suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan.

Presiden PKR itu juga perlu menjelaskan mengapa pentingnya PKR terus mempertahankan suaminya.

1. Adakah perjuangan PKR selama ini semata-mata hanya untuk mendapat kuasa sahaja atau berjuang untuk masa depan rakyat.

2. Adakah Pas dan DAP yang menyokong PKR selama ini bertujuan untuk kesenangan masing-masing atau bagi mendapatkan kuasa sahaja dengan mengetepikan masa depan negara dan rakyat walaupun sedar caranya itu tidak baik.

3. Perjuangan mana-mana parti sepatutnya meletakkan masa depan negara sebagai asas dan pada masa sama rakyat juga perlu tahu apa sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut.

Rata-rata rakyat sudah jelas mengenai perjuangan Barisan Nasional dan bukan Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat tang hanya berjuang untuk membalas dendam membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh sebab itu banyak janji-janji yang ditabur di Selangor tidak ditunaikan dan tidak akan ditunaikan.

Tunaikan Janji di Selangor Jangan Sibuk Kg Baru Khalid Gagap OOOIIIIII!!!!!!!


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ingin mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru meskipun kawasan itu tidak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Semua orang boleh buat macam-macam cadangan tetapi untuk dilaksanakan bukan mudah. Kenapa Khalid Gagap tak kemukakan rancangan itu 15 tahun lalu kenapa sekarang, mungkin pada masa itu tidak ada sebab politik untuk dibangkitkan.

Kalau dia dah buat lebih awal segala cadangan mengenai perkara itu, tak payahlah kerajaan nak susah-susah sekarang bentangkan cadangan kepada penduduk. Kenapa sekarang baru nak sibuk. Adalah lebih baik jika beliau tunaikan apa yang telah dijanjikan di Selangor dahulu kerana apa yang janjikan di Selangor pun belum ditunaikan


1) Memberi bantuan RM 75 sebulan bagi setiap anak yg dihatar ke nurseri
2) Memberi bantuan RM 50 sbulan seorag bagi pendidikan pra sekolah
3) Memberi bantuan kepada anak2 muda untuk mendirikan rumahtangga
4) Membuka pusat-pusat sukan mini & rekreasi bagi belia
5) Memberi elaun ibu tunggal yang layak
6) Memberi elaun khas suri rumah yg memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
7) Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
8) Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
9) Menyediakan premis perniagaan yang cukup
10) Memberikan bimbingan perniagaan kepada golongan belia & wanita muda
11) Mengurangkan cukai pintu kediaman - 20% & premis komrsial - 10%
12) Program bagi rakayat miskin - petani & nelayan jana penadapatan yang lebih
tinggi di atas garis kemiskinan
13) Menggantikan sistem Rukun Tetangga degan sistem baru yang lebih berkesan
14) Memberi tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
15) Memberi hadiah RM 1000 kpd SETIAP anak kelahiran Selangor yang dapat
tawaran ke universiti
16) Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, OKU & anak yatim
17) Memberi bantuan & biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
18) Memberikan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
19) Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami

mana? 1 pun belum ditunaikan... masihkah anda percaya Khalid gagap yang bernaung di bawah panyung PR. bukan kah elok jika kita kembalikan Selangor kepada BN agar semuanya kembali tersusun seperti sebelumnya? kita kekalkan BN dan hanya yang perlu ditukar adalah MB nya sahaja. Ayuh pakat pangkah BN kembali di Selangor.

Elok La Kau Letak Jawatan


Pejabat Menteri Besar Selangor mengesahkan telah menerima faks peletakan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dah habis tanah2 PKNS disapu baru nak fikir letak jawatan? Azmin bukan tau buat kerja pun. mana dia tau pasal pembinaan? mana dia tau jenis2 pasir? mana dia tau jenis2 besi, mana dia tau jenis2 kayu? BRC pun entah tau ke tidak? tanya lah dia mesti dia tak tau...

Elok la orang2 yang tak tahu menahu mengenai pembinaan di lantik jadi Ahli Lembaga Pengarah. Mau terlungkup PNKS tapi dr apa yg aku dengar PKNS memang dah nak terlungkup gara2 Azmin nih... MAKAN GAJI BUTO. duduk mengangkang je. hadir meyuarat tak tau apa yg dia tau setuju saja apa kata Ahli2 Lembaga Yang lain.

Usah Ghairah Terima Ahli Baru


UMNO perlu meneliti latar belakang setiap individu yang berhasrat menyertai parti itu dan tidak terlalu ghairah untuk menerima sesiapa saja, termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Asri bukan tokoh istimewa yang perlu diberikan perhatian dan kesediaannya menyertai UMNO tidak harus diperbesarkan. Pemimpin UMNO tidak perlu teruja dengan kesediaan Asri untuk menyertai politik, kerana belum pasti UMNO menjadi pilihannya kerana beliau sebelum ini pernah dilihat berada di pentas bersama pemimpin parti pembangkang.

Langkah berhati-hati UMNO bukan bermakna ia menyekat mana-mana individu menyertai parti itu, tetapi latar belakang mereka perlu diperhalusi.

UMNO sememangnya mengamalkan dasar buka pintu kepada semua orang Melayu, tetapi dalam situasi politik sekarang, kita perlu berwaspada dengan pelbagai muslihat musuh.

UMNO wajar mengambil sikap berhati-hati kerana individu terbabit pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi yang bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

Ini tidak baik kepada UMNO kerana tidak ada sesiapa yang perlu diberikan layanan istimewa sama ada dia doktor, mufti atau ahli perniagaan.

Dapatkah rasuah dihapuskan?


SOAL rasuah sememangnya tidak berkesudahan. Malah ia dikatakan semakin menjadi hingga terdapat mereka yang terbabit dengannya sedikit pun tidak takut melakukannya. Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi mengambil alih daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan kuasa yang lebih meyakinkan, persepsi orang ramai terhadap keberkesanannya masih tidak berubah.

Dikatakan gejala rasuah ini semakin menjadi seperti barah yang sudah tidak dapat lagi diubati walaupun kerajaan sekarang ini nampaknya lebih serius dan bermaya untuk mengatasinya kalau pun tidak dapat dihapuskan langsung. Demikian juga SPRM pun kelihatan lebih berazam hendak menghapuskan gejala yang boleh menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara, malah juga pandangan asing terhadap kita. Persepsi ramai terhadap SPRM ialah ia masih tidak dapat menangani atau pun menjejaskan perlakuan buruk ini jangankan hendak menghapuskannya.

Apa tidaknya apabila dilihat dari beberapa kes terakhir yang mana ia gagal menyabitkan tertuduh apabila dihadapkan ke mahkamah kerana tidak dapat menyediakan bukti kukuh. Dalam pada itu persepsi ramai bahawa ia hanyalah mampu bertindak terhadap ‘ikan kecil’, manakala ‘ikan jerung’ terus kebal daripada tindakan juga tidak membantu dalam usahanya memerangi gejala buruk ini.

Oleh itu, orang ramai turut membandingkannya dengan badan pencegah rasuah Hong Kong, iaitu Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (Independent Commission Against Corruption) yang dikatakan berjaya menghapuskan gejala ini yang pada suatu masa dulu amat berleluasa di Hong Kong.

Tetapi apa yang melegakan, SPRM nampaknya semakin serius dan berusaha keras untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan berwibawa. Apa pun disedari hasrat ini saja tidak memadai untuk mengubah pandangan ramai terhadapnya.

Apa yang diperlukan untuk meyakinkan orang ramai terhadap kredibilitinya ialah dengan berjaya menangkap dan mendapatkan hukuman setimpal terhadap pelaku dan penerima rasuah. Ini saja jalannya tidak ada cara lain lagi.

Dalam hal ini ia sememangnya perlukan bantuan daripada segenap lapisan rakyat yang benar-benar mahu menghapuskan gejala buruk ini termasuk juga media.

Dalam pada itu beberapa perlakuan yang amat tidak menyenangkan terus saja berlaku yang menunjukkan bagaimana menularnya kegiatan rasuah dalam kalangan perkhidmatan awam. Oleh itu persepsi orang ramai terhadap perkhidmatan awam kita sememangnya amat buruk sekali.

Apa tidaknya kalau difikirkan perkhidmatan ini adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat seperti namanya. Ini bermakna semua kakitangan kerajaan diberi amanah untuk menjalankan tugas mereka dengan baik, berhemah dan ikhlas.

Tetapi apakah rakyat boleh mengharapkan demikian. Apa yang sedang berlaku sekarang menunjukkan betapa buruknya kedudukan perkhidmatan awam kita dibandingkan dengan yang wujud waktu peninggalan penjajah British dulu.

Sememangnya bukan semua kakitangan kerajaan terjerumus dengan kegiatan rasuah ini. Memang ada yang amat prihatin dan tidak senang dengan apa yang sedang berlaku. Malangnya mereka ini seolah-olah tidak berupaya untuk melawan arus.

Ramai mengetahui bahawa gejala rasuah sememangnya berleluasa dalam kalangan pelbagai perkhidmatan kerajaan. Di mana ada yang memerlukan lesen, permit atau pelbagai macam permohonan bagi mendapatkan kelulusan pihak tertentu dalam kerajaan baik pada peringkat kerajaan tempatan, jabatan, agensi dan juga kementerian mesti ada yang mahu menghulurkan wang atau lebih buruk lagi apabila penjawat tanpa segan-silu memintanya sebagai syarat untuk memberikan pertimbangan pelbagai permohonan itu.

Dalam pada itu pihak yang diberi kuasa memantau dan menguatkuasakan pelbagai peraturan itu juga dikatakan mahu ‘tumpang sekaki’ mendapat habuan. Maka dengan itu persepsi orang ramai terhadap perkhidmatan awam kita sekarang sememangnya amat buruk sekali.

Dalam hal ini media, khususnya mempunyai peranan besar untuk menanganinya. Amat menghairankan tidak ada satu pun akhbar yang memberi ruang kepada ucapan yang amat bernas daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Razaleigh Hamzah mengenai gejala rasuah ini dalam negara.

Beliau berucap pada majlis pelancaran buku mengenai bekas Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang ditulis isterinya, Datin Kalsom Taib. Apa yang dihuraikannya mengenai gejala ini amat tepat sekali dan harus mendapat perhatian ramai kiranya kita benar-benar serius mahu menghapuskannya.

Antaranya ialah bagaimana kedudukan parti politik yang membawa kepada kedudukan sekarang dengan sistem kroni dan ‘rent seeking’ memberikan tender sesuatu projek kepada yang tidak layak hingga menjejaskan projek daripada apa yang dirancangkan.

Gejala buruk ini tidak akan dapat bertahan lama kerana ia hanya akan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan parti politik yang dianggap terbabit dengannya. Oleh itu kerajaan harus mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku pada pilihan raya lalu yang mana rakyat telah mengundi menentang kerajaan bukannya sangat kerana menyokong pembangkang.

Beliau juga mencadangkan pemberian bantuan dana kepada parti politik perlu diubah dengan mengadakan undang-undang mengawal bantuan itu. Apa-apa bantuan yang diberikan harus dihadkan untuk menghalang sesuatu pihak dapat mempengaruhi sesebuah parti untuk kepentingan pemberi dana.

Dalam pada itu kerajaan juga harus menubuhkan tabung untuk memberikan dana kepada setiap parti berdaftar mendapat wang untuk urusan operasi yang sah. Ini akan menutup usaha parti mendapatkan dana untuk kegiatannya melalui pelbagai kontrak kerajaan.

Ini adalah cadangan yang bernas yang sepatutnya diberi ruang oleh akhbar. Kiranya ucapan demikian tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana, orang ramai masih boleh mendapatkannya melalui internet dan ini dengan sendirinya boleh menjejaskan lagi kredibiliti media arus perdana.