UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Monday, June 28, 2010

Persembahan Pasukan PKR Selangor HAMBAR!!!!


Baru setahun jagung memerintah Selangor, PR sudah bercelaru dan cacamarba, itu gambaran selayaknya bagi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kini mempunyai dua nakhoda. Adalah amat pelik apabila seorang Menteri Besar daripada sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri tidak menjadi pengerusi struktur parti tersebut di peringkat negeri.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sememangnya Pengerusi PKR negeri, seolah-olah 'ditarik balik' kuasa yang berada di tangannya. Ini akan membuatkan pucuk pimpinan PKR Selangor lebih mudah bercelaru kerana mereka mempunyai dua ketua, sama ada mahu mengikut arahan ketua baru, Azmin Ali atau Abdul Khalid ?

Tidaklah mustahil sebarang keputusan yang dibuat di peringkat PKR negeri boleh ditolak oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh Abdul Khalid. Selesaikah kemelut mereka berdua ini?.

Pelantikan Azmin tidak pula menjejaskan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, jelas membuktikan bahawa DAP telah menguasai Anwar.

Jelas terbukti bahawa Anwar hanya berani usik kedudukan Abdul Khalid dalam struktur parti sahaja tetapi tidak berani untuk menganggu gugat kedudukan beliau di peringkat kerajaan negeri kerana tunduk kepada kuasa DAP sebab Abdul Khalid lebih akrab dan mesra dengan wakil rakyat DAP berbanding pimpinan PKR Selangor terutamanya Ketua-Ketua Cabang PKR.

Konflik akan berlaku kelak kerana Abdul Khalid dan Azmin mempunyai kuasa dalam mentadbir dan berhak membuat segala keputusan untuk negeri berkenaan. Menteri Besar adalah individu yang paling layak untuk memberi kata putus dalam semua perkara tetapi beliau juga perlu mendapatkan nasihat daripada Pengerusi PKR negeri.

Senario itu lama-kelamaan akan menjadi buruk dan lebih parah lagi apabila tiada persefahaman antara kedua-dua pemimpin tersebut dan mereka akan mementingkan diri sendiri tidak lagi mementingkan RAKYAT SELANGOR...

***** Hanya BARISAN NASIONAL sahaja yang terbukti mempunyai kredibeliti untuk mentadbir negeri maju seperti SELANGOR.

0 comments: