CUBA lihat keadaan negara pada jangka waktu tahun 1998 hinggalah 2010  ini. Pada tahun 1997, krisis mata wang Asia belum berlaku. Pada masa  itu negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dengan pandangan masa  depan cerah.
Pandangan ini, atau visi terungkap dalam apa yang dinamakan sebagai  Wawasan 2020. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun  2020 tanpa perlu menanggung ciri-ciri negatif negara Barat. Maknanya  Malaysia akan menjadi negara maju menurut acuan sendiri, dengan orang  Melayu mendapat tempat di mana kaum-kaum lain lebih lagi menikmati  kemakmuran ekonomi negara.
Tetapi orang Melayu dituntut juga berubah, maka keluarlah apa yang  disebut konsep Melayu Baru, dalam erti kata bangsa yang cemerlang dan  bukan saja berani menghadapi persaingan tetapi mampu untuk berdiri  bangga dalam persada global.
Bagaimanapun, visi yang masih teguh pada tahun 1998 ini tercabar  hebat apabila berlaku krisis kewangan Asia. Kerajaan Suharto tumbang dan  gerakan Reformasi dilancarkan di sana. Indonesia hendak dijadikan  liberal, demokrasi dan terlepas daripada cara pemerintahan tradisi Asia.  Pengaruhnya sampai juga ke Malaysia.
Hasil pilihan raya umum tahun 1999 tidak seperti tahun-tahun  sebelumnya. Tetapi pasak politik negara masih mantap. Barisan Nasional  menang majoriti dua pertiga, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menjadi  Perdana Menteri. Krisis kewangan Asia dapat dihadapi secara sewajarnya.  Bagaimanapun beliau tentunya tahu keadaan sedang berubah dan persiapan  bagi pasca Mahathir pun dilakukan.
Setelah pengundurannya dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menang besar  dalam pilihan raya umum tahun 2004, maka kestabilan dapat dipulihkan dan  keraguan sebelumnya terhadap perubahan dapat dihalang.
Namun begitu, pentadbiran Abdullah memperkenalkan banyak pendekatan  baru bagi menghadapi realiti masyarakat yang sedang berubah.
Tetapi dalam memperkenalkan pendekatan baru ini, ternyata berlaku  konflik dan antara mereka yang mahukan perubahan dengan pihak yang  bimbang terhadap kesan perubahan itu. Sememangnya dirasakan sedang berlaku perubahan dalam masyarakat  tetapi umumnya tidak menyedari bahawa ia diserlahkan melalui hasil  pilihan raya 2008.
Sepanjang tahun 2009, semua pihak negara ini sedar bahawa perubahan  besar sedang berlaku. Masyarakat mengalami transformasi. Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak membawa gagasan-gagasan baru bagi  mencerminkan perubahan ini. Gagasan Satu Malaysia, Program Transformasi  Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB) adalah manifestasi kepada  usaha menghadapi perubahan. Maknanya, perubahan dalam masyarakat  diterima dan diuruskan supaya ia dapat memberi manfaat kepada rakyat dan  negara tanpa konflik atau menjejaskan keharmonian.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
UMNO Teluk Belanga on Facebook
Followers
Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau  penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan  sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan  semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)
Sunday, August 28, 2011
Transform
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 

0 comments:
Post a Comment