UMNO Teluk Belanga's Fan Box

UMNO Teluk Belanga on Facebook

Followers

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan....... Dato' Seri Najib Tun Abd Razak (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Friday, May 14, 2010

Dikuasai oleh satu keluarga


Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah parti yang demokratik seperti namanya kerana ia dikuasai oleh satu keluarga yang terdiri daripada bapa, anak dan menantu. Walaupun mereka menuduh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan tetapi dalam parti itu sendiri bapa pernah menjadi ketua pembangkang, anak menjadi setiausaha agung dan menantu menjadi pemimpin kanan.

Mana ada parti macam ini.., BN tidak seperti itu. DAP walaupun belum berkuasa tetapi anak-beranak sudah menguasai parti dan kalau tidak menyokong bapa, anak atau menantu itu, mereka akan kena buang.

Inilah sebenarnya parti "berkuku besi", parti BN lebih demokratik daripada DAP. Sejak penubuhan DAP pada 1966, struktur kepimpinan tertinggi DAP tidak berubah dengan diterajui Lim Kit Siang dan kemudian anaknya, Lim Guan Eng.

Ketika ini, Kit Siang merupakan Penasihat DAP dan Guan Eng pula Setiausaha Agung. Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng adalah Naib Pengerusi Wanita DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana di Melaka.

Pengerusi DAP ketika ini ialah Karpal Singh dan dua anaknya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong manakala Jagdeep Singh Deo pula Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan ADUN Datuk Keramat.

Thursday, May 13, 2010

Politik Bangsawan


Penduduk Sibu jangan terpedaya dengan lakonan pemimpin pembangkang yang boleh disifatkan seperti 'pelawak' terbaik kerana hanya bijak membuat persembahan yang menghiburkan penonton. Pendekatan politik bangsawan oleh pembangkang mampu menarik perhatian tetapi cakap-cakap kosong 'si pelawak' seperti mereka tidak boleh diharapkan.

Berbanding dengan Barisan Nasional (BN), pendekatan para pemimpin adalah melalui politik pembangunan dan tidak pandai berlakon seperti mereka. Pendekatan politik bangsawan atau berpura-pura yang digunakan oleh pembangkang itu sangat ketara sekali terutama ketika kempen Pilihan Raya Kecil Sibu sedang berlangsung.

Sebagai contoh, kita dapat melihat seorang pemimpin pembangkang memakai 'songkok haji' ketika hari penamaan calon tetapi sanggup membuangnya apabila berjumpa dengan penganut Kristian di gereja. Budaya banyak bercakap yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di bandar ini juga tidak sesuai dengan masyarakat di sini kerana orang-orang Sibu terkenal dengan budaya bekerja kuat.

Tuesday, May 11, 2010

Tuduh kerajaan kuku besi


Parti pembangkang perlu mengkaji semula sejarah tanah air sebelum menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kuku besi. Pembangkang sengaja melemparkan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat.

Sejak pilihan raya bandaran pada 1951, rakyat negara ini mula diberikan kebebasan untuk memilih pemerintah daripada parti-parti yang bertanding. Banyak calon bertanding pada setiap pilihan raya umum tetapi rakyat negara ini terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah.

Peluang terbuka luas untuk mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya dan ia jelas membuktikan kerajaan BN tidak pernah melanggar prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. Kerajaan juga tidak pernah mewujudkan undang-undang untuk menyekat penubuhan mana-mana parti pembangkang.Parti pembangkang di negara ini bukan sahaja boleh terus berkembang tanpa sebarang gangguan, malah kepimpinannya juga diwarisi dalam sesebuah keluarga.

Demokrasi yang diamalkan oleh negara ini tidak mungkin akan diperoleh di negara-negara lain. Parti pembangkang sengaja mendakwa demikian kerana sehingga kini mereka masih gagal mendapat kepercayaan rakyat untuk menjadi pemerintah.

Sebenarnya pemerintah negara ini adalah bukan kuku besi tetapi 'terlampau' demokrasi kerana sanggup melayan tuntutan dua tiga orang sahaja atas alasan tidak puas hati di atas sesuatu perkara.

Slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu mengutamakan rakyat dan jauh sekali daripada bersikap kuku besi. Slogan ini sudah cukup tepat bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar dan cuba menyelesaikan apa jua masalah rakyat.

Tuduhan parti pembangkang bahawa pemerintah sekarang adalah kuku besi perlu ditolak sama sekali oleh rakyat.

7 wasiat dari Raja-Raja Melayu


UMNO BERUBAH LAH!!!!!


Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.

Pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin. Sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.

Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.

Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul. Pembaharuan di dalam UMNO sangat penting untuk parti itu terus kekal relevan.

Perubahan tersebut bukan sahaja dalam bidang politik malah di dalam kerajaan serta pelbagai dimensi lain bagi memastikan parti sentiasa selari dengan pembaharuan dunia dari aspek ekonomi dan persekitaran antarabangsa.

UMNO perlu konsisten untuk berubah sepanjang masa, jika ini berjaya dilakukan UMNO akan mempunyai tempat di dalam hati setiap orang Melayu. UMNO sangat berperanan dalam membangunkan bangsa dan negara, justeru cara lama yang tidak sesuai perlu diberi nafas baru tetapi prinsip asasi masih perlu dipertahankan.

UMNO perlu mengalih tumpuannya daripada kumpulan pemodal atau usahawan kepada kumpulan tidak berpengaruh atau masyarakat luar bandar. ketika era Tun Abdul Razak, golongan tidak berpengaruh itu sering didahulukan dalam segala perkara tanpa ada agenda yang tersirat.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kumpulan berkenaan semakin terpinggir malah sokongan mereka kepada UMNO juga sudah mula terhakis kerana UMNO mahu mengejar kemajuan negara.

Jika perkara ini berlarutan terutama ketika pembangkang cuba menarik perhatian pengundi, kumpulan besar ini semakin menjauh dan UMNO akan berhadapan dengan masalah yang besar.

Monday, May 10, 2010

Kaum-kaum di Malaysia


Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.


Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".


Terdapat banyak suku di Malaysia. Antaranya:-


Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.


Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.


Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu


Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.


Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.


Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

Sunday, May 9, 2010

Anwar atau Najib agen sebenar?


Terserlah kini DSAI boleh menggunakan sesiapa sahaja termasuk Yahudi untuk menunjukkan beliau seorang yang baik dan terpilih.

Hubungan Anwar dan Amerika begitu jelas apabila beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz.

Ini untuk menggambarkan betapa beliau menggunakan peluang itu untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore -- yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya -- terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila dia dikritik.

Hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim."

Anak-anak Ibrahim......

Suatu ketika dahulu di tahun 90-an, kita boleh berbangga dengan kemunculan anak-anak sidek seperti misbun, jelani, razif, rashid, rahman yang menggegar malaysia.

Pada zaman mellenium ini, kita ada kemunculan anak-anak Ibrahim.

Apakah yg boleh kita banggakan dengan anak-anak ibrahim ini? Anwar, Khalid dan Zaid?

Saturday, May 8, 2010

Pengundi adalah ‘raja’


Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya.

BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja.

Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Jika dahulu hanya bumiputera yang banyak menyokong calon BN di kawasan ini, adalah diharapkan perkara itu akan berubah dengan semua kaum menyokong dalam pilihan raya kali ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron.

BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu kali ini asalkan jenteranya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam berkempen mendekati rakyat .

Setiap kali pilihan raya kecil kita tidak menggangap ia mudah, kita mempunyai lebih 50,000 pengundi di kawasan ini yang agak luas. Jadi, kita ingin pastikan semua pengundi yang ditemui akan membantu calon kita,” tambahnya.

Mengenai persediaan jentera parti, beliau berkata, segalanya telah berada dalam keadaan bersedia dan akan digerakkan dengan seberapa efisien yang boleh.

Kita juga tiada ada apa-apa masalah dalaman dan dari segi semangat parti juga amat tinggi sekali,” tambahnya.

Muhyiddin berkata, pendekatan dalam menghadapi pilihan raya ini ialah BN akan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa jua perkara atau isu yang ditimbulkan pembangkang.

Katanya, antara faktor yang dijangka membantu BN juga ialah sumbangan daripada wakil BN sebelum ini, mendiang Robert Lau yang telah banyak berjasa, mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada penduduk kawasan ini.

Saya sendiri telah turun ke bawah meninjau kawasan-kawasan yang ada keperluan tertentu. Kita beri perhatian dan membuat perancangan yang lebih supaya warga Sibu yang tinggal di bandar, pinggir bandar, pedalaman dan rumah panjang dapat dibela,” katanya.

Peniaga berang 'sebat' Guan Eng....


Berang dengan tindakan kejam kerajaan negeri kepada peniaga Melayu di negeri ini, sekumpulan peniaga hari ini mengadakan perhimpunan secara aman berhampiran Masjid Simpang Enam di sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.

Selain membawa sepanduk mengutuk perbuatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, enam peniaga yang menyertai perhimpunan itu turut membawa replika manusia yang diibaratkan seperti 'Guan Eng'.

Seorang daripada mereka kemudiannya 'menyebat' patung tersebut sebagai simbolik hukuman yang dikenakan terhadap ketua menteri itu terhadap tindakan yang dilakukan kepada peniaga Melayu.

"Hukuman orang yang membuat fitnah dan zalim kepada rakyat adalah sebat menurut hukum Islam.

"Mana janji-janji yang dia (Guan Eng) taburkan semasa pilihan raya lalu? Yang dilakukannya hanya penindasan dan kekejaman," kata lelaki tersebut sambil menyebat patung tersebut beberapa kali.

Pihak polis yang berada di kawasan tersebut kemudiannya menghampiri kumpulan berkenaan dan meminta mereka beredar kerana ia diadakan tanpa permit.

Kumpulan tersebut akur dan beredar dari kawasan itu hanya lima minit selepas ia dimulakan.

Sementara itu, wakil peniaga-peniaga Melayu itu, Ramli Ismail, 57, berkata, beliau dan beberapa kawannya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan mereka apabila melihat tindakan Guan Eng yang secara berterusan menindas peniaga Melayu.

Beliau mendakwa, tindakan yang dilakukan Guan Eng juga telah memecahbelahkan rakyat di negeri ini sehingga timbulnya perasaan kurang senang rakyat terhadap kaum yang lain.

Katanya, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh mengganggu dan merosakkan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama di kalangan rakyat negeri ini.

"Dulu kami dapat hidup aman damai tanpa berlaku sebarang pertelingkahan tetapi ia semakin berubah sejak di bawah pemerintahan Guan Eng.

"Dia telah menjadikan isu roboh ini isu perkauman sehingga kehidupan kami tidak tenteram lagi," kata Ramli lagi.

Friday, May 7, 2010

Tolak pelantikan Zaid menjaga Felda


UMNO Selangor mendesak kerajaan negeri supaya menarik balik pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua jawatankuasa petugas khas yang bertanggungjawab dalam soal pemilikan tanah peneroka Felda di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, desakan tersebut dibuat kerana Zaid didapati tidak layak untuk berada dalam pentadbiran Selangor.

Ini kerana kata beliau, penyelaras pakatan pembangkang itu secara terang-terangan telah mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan pengunaan masjid dan surau untuk tujuan politik di negeri itu.

Menurut beliau, tindakan Zaid jelas menunjukkan pemimpin PKR itu tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati Sultan Selangor yang juga merupakan ketua agama Islam dan negeri ini.

Malah, beliau juga menyifatkan Zaid tidak faham undang-undang berhubung larangan tersebut apabila mengatakan titah Sultan Selangor itu hanya pandangan peribadi kerana tidak dirujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sepatutnya beliau (Zaid) tidak boleh mempertikaikan titah Sultan Selangor dan mengatakan ia sebagai pandangan peribadi tuanku kerana larangan itu telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 18 September tahun lalu.

"Malah, larangan turut dikeluarkan bersama agensi-agensi berkaitan dengan pentadbiran agama Islam negeri ini iaitu MAIS dan juga Jabatan Mufti Negeri Selangor.

"Jadi, kita minta kerajaan negeri kaji semula pelantikan Zaid untuk mengetuai pasukan petugas khas tanah-tanah Felda di Selangor," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membantah kenyataan Zaid menerusi laman blognya (myzaidibrahim.wordpress.com) yang menganggap titah Sultan Selangor mengenai larangan berpolitik di tempat ibadat umat Islam sebagai pendapat peribadi kerana ia tidak dirujuk kepada MAIS.

Malah, Zaid menyifatkan titah Sultan Selangor itu bukan sebagai arahan, perintah atau dekri kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman kesultanan Melaka.

Kenyataan Zaid itu juga dilihat sebagai mempertahankan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai 'bodoh'.

Dalam pada itu, Abdul Shukor menyatakan tindakan Zaid itu menunjukkan bekas Menteri Undang-Undang itu mempunyai 'kebodohannya' sendiri meski pun dikatakan tergolong dalam kalangan cerdik-pandai dalam bidang undang-undang.

"Setiap kata yang dikeluarkan oleh tuanku adalah titah rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Agama Islam dan negeri, dia tak faham barangkali.

"Kalau Zaid mahu pertikai, tidak berpuas hati dan tidak mahu menghormati titah Tuanku, eloklah dia berpindah keluar dari Selangor dan ikut tok guru dia (Nik Abdul Aziz) di Kota Bharu," jelasnya.

Katanya lagi, Sultan Selangor tidak pernah melarang mana-mana pihak untuk tinggal dan mencari rezeki di negeri ini dan tuanku juga menganggap mereka yang berada di sini adalah rakyat Selangor.

Namun, katanya, tindakan mempertikaikan dan tidak menghormati baginda adalah tidak wajar dan mencemar kedudukan serta peranan institusi beraja di Selangor.

habis

Thursday, May 6, 2010

DAP => "dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara"


Kenyataan Guan Eng buktikan DAP hanya Mahu Jatuhkan Musa Hassan, Bukan nak bela keluarga Aminulrashid.... Hati-Hati.....

"Misi Selamatkan Negara"

Dalam sidang Dun PP hari ini , Guan Eng akhirnya terpaksa menjawab isu kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis kerana DAP kini dilihat telah berjaya manipulasi dan menjuarai isu ini sepenuhnya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya klik di sini sepenuhnya

Kenyataan di atas membuktikan DAP tidak menghormati jasa dan tugas POLIS DIRAJA MALAYSIA . Cukup dangkal sekali jawapan Guan Eng menyatakan DAP bukan tidak menghormati polis tetapi tidak iktiraf Tan Sri Musa Hassan sebagai IGP.

Jika DAP hantam dan kritik seperti orang gila terhadap Musa Hassan yang mengetuai pasukan Polis, bermakna sama juga seperti mereka kritik seluruh anggota polis di seluruh negara. Dalam isu kematian aminulrashid ini, bukannya salah Musa Hassan pun tetapi oleh kerana perkara itu melibatkan anggota pasukannya maka semua kesalahan itu dilemparkan kepada beliau.

Sebenarnya daripada kenyataan Guan Eng ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa DAP bukan mahu membela sangat pun keluarga Aminulrashid ini tetapi lebih kepada dendam kesumat DAP dan Anwar Ibrahim terhadap TS Musa Hassan. Guan Eng sendiri dah sebut dia memang mahu Musa Hassan tidak menjadi Ketua Polis Negara kononya tidak layak .

Jadi, mereka gunakan insiden kematian Aminulrashid ini sebagai peluru untuk menyerang TS Musa Hassan dan polis . Kepada keluarga mangsa, tidak sangka begitu mudah anda diperbodohkan oleh puak2 DAP kafir harbi laknatullah ini ....

Jadi, sudah jelas di sini DAP hanya mahu mempolitikan isu ini sahaja untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti polis di mata rakyat . Ini lah pelampau-pelampau politik yang mahu merosakkan negara !!

Wednesday, May 5, 2010

RM350,000 untuk mengubahsuai pejabat???


UMNO Selangor hari ini meminta Exco, Datuk Dr. Hassan Ali membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM350,000 untuk mengubah suai pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu perlu berbuat demikian bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sebanyak itu untuk tujuan tersebut.

Ini kerana katanya, jumlah itu didapati terlalu besar dan tidak memadai hanya untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabat yang nilainya hampir sama dengan harga sebuah rumah.

''Sebab itu kita minta Hassan memberikan penjelasan mengenai perkara ini sekiranya benar beliau menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu.

''Sekiranya benar, jumlah RM350,000 itu adalah satu bentuk pembaziran yang sepatutnya dielakkan. Jumlah itu mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain lebih-lebih lagi kepada rakyat di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog (www.mykmu.net) yang mengaitkan Hassan dengan penggunaan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM350,000 untuk kerja-kerja mengubah suai pejabat Exco itu di bangunan SUK.

Menurut laman blog berkenaan, surat tawaran kepada sebuah syarikat kontraktor yang turut berkait rapat dengan Pas untuk kerja-kerja itu telah dikeluarkan pada minggu lalu.

Malah, syarikat kontraktor berkenaan dikatakan telah mengambil insurans bernilai RM100,000 bagi perlindungan kerja dan RM27,000 bagi perlindungan kemalangan di tempat kerja.

Menurut Abdul Shukor, sekiranya benar dakwaan tersebut, tindakan itu dilihat tidak selaras dengan janji kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaung-laungkan slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

''Kita kesal sekiranya keadaan ini berlaku kerana kerajaan negeri kononnya mahu menjaga kebajikan dan meningkatkan ekonomi rakyat, tetapi ada pemimpinnya sendiri yang bermewah-mewah," ujarnya.

Tuesday, May 4, 2010

Nak Bohong Lagi?


Kepimpinan Pas Pusat berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu.

Menurutnya, adalah mustahil jika Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak mengetahui kewujudan dan peranan syarikat itu yang bertapak di sini.

Syed Azidi yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.

"Bagi saya, ia antara dua sama ada Mustafa berbohong atau Pas berbohong. Pertamanya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga hadir pada taklimat media harian di pejabat GMC di sini sewaktu kempen pilihan raya umum lalu.

"Saya memberi taklimat kepada Timbalan Presiden Pas berhubung apa yang perlu dijawab mengenai manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan pada malam sebelumnya dan saya berada di sisi Timbalan Presiden sepanjang taklimat tersebut.

"Kedua, sewaktu diadakan satu perjumpaan di Pejabat Agung Pas, mengenai satu seminar media pada tahun 2007, saya dijemput mewakili GMC dan saya hadir manakala Mustafa pula merasmikan majlis tersebut," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penjelasan Mustafa bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan GMC iaitu pusat penyebaran propaganda bagi Pas di Kelantan.

Selain itu, Mustafa turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pemimpin kanan Pas itu sewajarnya bertanya dahulu kepada kepimpinan yang lain sebelum menafikan bahawa parti tersebut pernah menyalurkan peruntukan kepada GMC.

"Dalam hal kewangan, saya mencadangkan Mustafa supaya berbisik dahulu dengan Bendahari Pas Pusat sebelum membuka mulut berhubung isu kewangan sebab saya tahu Bendahari Pas tahu perkara ini.

"Soal dari mana datangnya wang tersebut jangan tanya pada saya, itu tanggungjawab Pas untuk menjelaskannya dan saya yakin banyak pihak ingin tahu dari mana datangnya wang dan saya juga ingin tahu," jelasnya.

Katanya, parti itu tidak sewajarnya lari daripada persoalan pokok iaitu dari mana datangnya wang yang diberikan oleh lima penyumbang terbabit dan bukannya membincangkan mengenai operasi gerak saraf.

"Bukan pemimpin Pas tidak tahu dari mana datangnya wang ini tetapi saya tidak yakin pemimpin Pas Pusat tidak tahu, sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada umum.

"Isu utama ialah sumber duit perang saraf ini kerana mereka sudah mengaku operasi gerak saraf sememangnya wujud dan telah menjadi kebiasaan, soalnya dari mana datangnya duit ini untuk membiayai operasi ini," katanya.

Tambahnya, beliau tampil membuat pendedahan secara terperinci mengenai wang RM4 juta tersebut selepas dicabar oleh pemimpin dan Dewan Pemuda Pas Kelantan.

"Tindakan saya adalah semata-mata kerana diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang mencabar saya mendedahkannya. Sebagai seorang Islam tidak boleh untuk kita menipu, jadi saya terpaksa menjawab dengan jelas.

"Kemudian apabila saya memberi jawapan, banyak lagi pihak bertanya tentang apa yang saya tahu. Jadi memandangkan saya seorang Islam, saya kena bagi jawapan tanpa menipu," katanya.

Monday, May 3, 2010

Haramkan Dia Datang Ke Selangor!!!!


Dia bukan saja makihamun pemimpin umno/bn tetapi sudah berani mengatakan DYMM Sultan Selangor sebagai bodoh. Dalam ceramahnya di tumpat, dia mengatakan orang yang tidak membenarkan masjid dijadikan tempat berpolitik sebagai bodoh, ucapan bodoh itu di tujukan kepada Sultan Selangor kerana baru-baru ini Sultan Selangor melarang sebarang aktiviti berpolitik di dalam masjid.

Sambil dengan angkuhnya dia berkata, orang yang tidak membenarkan berpolitik dalam masjid sebagai orang yang tidak tahu agama, katanya politik dan agama tidak boleh di pisahkan, maka tempat yang paling elok untuk berpolitik ialah di masjid, maka siapa yang tidak benarkan masjid
dijadikan tempat berpolitik sebagai tak reti agama dan bodoh, dan diberi tepukan oleh ribuan hadirin yang datang mendengar ceramah ulama gila tu.

Nampaknya dia makin melampau, diharap sangat pihak berkuasa, silalah ambil tindakan kepada beliau ini dan harap pejabat DYMM Sultan Selangor keluarkanlah satu surat arahan supaya mengharamkan nik ajis datang ke negeri selangor.

Friday, April 30, 2010

BERAKHIRNYA GELOMBANG PAKATAN RAKYAT


Kita semua tahu bahawa 29 jan, permohonan rayuan Anwar untuk dapatkan dokumen dan DNA Saiful. Anwar juga hadapi pembicaraan kes liwatnya pada 2 Feb 2010.


Kita juga tahu Pakatan Haram sedang menghadapi masalah yang serius dalam krisis pentadbirann...ya!!!! di semua negeri jajahannya. Hampir semua Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan tidak pandai mentadbir negeri dengan baik.


Di Kelantan, Nik Ajis menghadapi pelbagai tuduhan dan salah lakunya dalam rasuah, kroni dan salah guna kuasa.


Di Pulau Pinang pemerintahan ala rejim sudah pun dilaksanakan oleh Lim Guan gangsta, dengan menghalau penduduk kg buah pala dan rumah panjang mak maiden.


Di Selangor, Khalid sedang menghadapi krisis kepentadbiran didalam kerajaan dan juga parti. Kerajaan Selangor juga menghadapi krisis ekonomi yang serius. Dan yang terbaru ingkar dengan titah DYMM Sultan.


Di Kedah, MB yang paling baik sampai pentadbiran negeri pun jarang ambil tahu. Terdengar suara-suara rakyat yang sudah mula menolak pemerintahannya. Masalah balak, air dan sampah tidak pernah selesai.


Pakatan Haram pula tidak sudah-sudah berdrama, berlakon didepan rakyat kononnya mereka ini di dalam keadaan baik dan bersatu. Sedangkan sesama mereka sendiri pun bertelingkah, lagikan mahu bersatu.


Setiap kerajaan negeri di negeri Pakatan Haram mempunyai masalah, dan mula ditolak rakyat. Kita akan mendengar semua ini akan berterusan dan akan terus-menerus hinggalah Pakatan Haram berkubur.


Terbaru pendedahan blogger yg dibayar RM4juta untuk perang saraf sudah terbongkar.


Apakah ini petanda awal Pakatan Haram sudah sesak nafas? Pakatan Haram sudah nyawa-nyawa ikan?


Semestinya dari sesak dan nyawa-nyawa ikan, Pakatan Haram terus masuk ICU kalau Brader Anwar tidak dapat melepaskan diri dari mahkamah.


Apabila semua masalah bersatu. Kita akan lihat Pakatan Haram akan terus berkubur tanpa nesan, seperti mana Barisan alternatif yang hancur lebur semasa tahun 2002.


Kami percaya semua drama dan lakonan Pakatan haram selama ini akan terbongkar dan rakyat akan menilai segala perbuatan mereka. Pastinya kita akan kebumikan Pakatan haram pada PRU ke 13 nanti.

Thursday, April 29, 2010

Siapa Tan Pay Kong dan Dainal Chong di mata Ronnie Liu?


Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, perniagaan yang membabitkan kumpulan haram dilihat berkembang dengan pesat. Rumah Urut, mesin judi dan video cetak rompak bercambah seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, terdapat lebih 4000 perniagaan jenis ini di Selangor.

Ramai percaya keadaan ini muncul kerana pembabitan kongsi gelap serta lain-lain kumpulan jenayah dengan pemimpin parti DAP. DAP hari ini dikatakan memerintah Selongor menerusi boneka bernama Khalid Ibrahim. Pembabitan pemimpin DAP dengan kegiatan perniagaan haram ini di kesan seawal 2007 apabila Ronnie Liu (sekarang EXCO Kerajaan Tempatan) terbabit menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya menyita sebuah hotel yang dijadikan pusat pelacuran di Puchong.

Apabila Ronnie menjadi EXCO menjaga hal ehwal PBT ia seumpama orang mengantuk di sorong bantal. Selain pertumbuhan pusat-pusat perniagaan haram ini, banyak juga kedai-kedai makan Cina yang dikendalikan oleh kongsi gelap dibenarkan bebas meletak kerusi di atas jalan. Malah di dalam kawasan pentadbiran MPSJ, ada kedai makan Cina yang sewenang-wenangnya menutup jalan dan memasang skrin besar tanpa sebarang permit dari MPSJ.

Kami dibekalkan dengan maklumat yang sangat meyakinkan mengenai seorang individu bernama Tan Pay Kong, dari Kampung Raja Uda, yang terkenal sebagai kepala gangster di Klang. Tan Pay Kong ini telah membawa Ronnie Liu melancong ke beberapa negara termasuk Thailand dan China. Selain itu, beliau juga telah melangsaikan hutang Ronnie Liu sekitar RM 70 ribu.

Tan Pay Kong sekarang ini bertindak sebagai penasihat kepada Ronnie Liu dalam isu-isu perniagaan membabitkan kerajaan negeri Selangor. Setiap pagi rabu akan kelihatan kereta Tan Pay Kong bernombor WEE 8888 berada di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Setiap pagi rabu, Tan Pay Kong akan berjumpa Ronnie Liu untuk meneliti kertas Mesyuarat EXCO dan merancang strategi mereka sebelum mesyuarat EXCO.

Seorang lagi kepala gangster yang dilihat menguasai Ronnie Liu ialah Danial Chong. Bagaimanapun belum ada maklumat lengkap mengenai usahawan underworld ini.

Teguran daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor


Larangan Tuanku Sultan Selangor menghalang sebarang ceramah dan khutbah berunsur politik kepartian amatlah tepat seiring dengan peringatan Allah sendiri:

"11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim". (Surah al hujurat ayat 11)

Salahkah Tuanku mahu menyelamatkan institusi Masjid dan surau daripada menjadi pentas perpecahan umat Islam? Apakah tidak cukup lagi pentas ceramah di luar "rumah Allah" di Hulu Selangor dijadikan alat untuk orang Islam saling bercakaran?

Apakah tidak cukup lagi apa yang terjadi kepada EXCO Dato Hassan Ali yang khabarnya membaca khutbah berunsur politik kepartian di Masjid Bukit Sentosa sehingga akhirnya makmum terpaksa bersolat zohor kerana khutbah tidak cukup rukun?

Sekarang kita mahu pula bertanya kepada Khalid Ibrahim, beliau di pihak mana? Sebelah Tuanku Sultan atau sebelah Tuan Guru Politik Nik Aziz Nik Mat?
Kita mahu Khalid nyatakan beliau taat atau tidak kepada titah Tuanku.

Khabarnya Hassan Ali memaklumkan kepada Istana beliau membaca khutbah tersebut atas arahan Khalid Ibrahim.