
Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini. - Utusan
http://www.facebook.com/PKamalanathan
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Thursday, April 15, 2010
Kamalanathan calon BN PRK Hulu Selangor
Penyakit-Penyakit Anwar

Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya;
1. Penyakit bicara adalah bohong,
2. Penyakit ilmu adalah lupa,
3. Penyakit ibadah adalah riak,
4. Penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
5. Penyakit berani adalah menyerang,
6. Penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
7. Penyakit tampan adalah sombong,
8. Penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
9. Penyakit malu adalah lemah,
10. Penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
11. Penyakit kaya adalah kikir,
12. Penyakit royal adalah hidup mewah dan
13. Penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…"
Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu;
1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah;
"Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…"
Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…."
Iman nyaris goyah

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.
"Malah, saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya, ganjaran ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman.
"Sebab itu saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes itu kerana ada gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes itu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan pembangkang mengambil alih kuasa pada 16 September 2008.
Zulkifli yang menjadi wakil Bebas selepas dipecat daripada PKR, baru-baru ini, berkata beliau bersyukur kerana dilindungi Allah daripada terbabit dengan fitnah tidak berkesudahan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri dan isterinya.
"Kita perlu ingat takkan OKT (orang kena tuduh) sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isteri terbabit dengan kes itu. Saya cukup yakin mereka (OKT) akan dedah kalau ia benar," katanya.
Beliau mengajak semua pihak bersangka baik dan berpegang pada ajaran al-Quran kerana Perdana Menteri pernah bersumpah menafikan terbabit dalam kes pembunuhan itu.
"Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu juga kita tidak boleh memfitnah orang lain," katanya.
Beliau hairan dengan sikap mereka yang mengaku Islam, tetapi menuduh orang Islam lain sebagai pembunuh tanpa bukti jelas, sebaliknya hanya bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
"Apakah hanya sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4, satu fitnah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop Pesuruhjaya Sumpah. Banyak surat akuan sumpah macam tunggang terbalik dibuat Bala dan akhirnya dia menjadi sesumpah.
"Saya antara peguam yang mengendalikan kes Altantuya, apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah beliau bangkitkan dalam perbicaraan di mahkamah... pada saya Bala hanyalah ‘opportunis' yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam yang mempunyai keimanan kepada Allah dan meyakini al-Quran menolak kenyataan Balasubramaniam.
Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan anak Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar Undang-Undang, Darren Kang di restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.
Katanya, Nadim ditohmah terbabit dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi berkenaan.
"Dalam kes itu, lima warga Thai yang bekerja di Uncle Don didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan mereka, Alhamdulillah sekali lagi Allah selamatkan saya daripada fitnah.
"Saya berharap tiada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku.
"Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat Yang Berhormat Bayan Baru akan hanya menjadi kentut yang sepi, begitulah kotornya permainan politik," katanya yang mengakui terlalu banyak perkara tidak betul yang beliau diminta dan diarahkan melakukannya.
Tanpa menamakan pihak mengarahkannya berbuat demikian, Zulkifli berkata, ada arahan itu yang beliau akur.
“Tujuan saya nyatakan ini kerana saya bersetuju dengan kekhuatiran diluahkan Yang di-Pertuan Agong mengenai gejala fitnah yang sudah sampai ke peringkat membimbangkan.
"Saya sendiri khuatir dengan cara politik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan Sunnah Rasulullah. Saya juga takut jika mengambil sikap mendiam diri, laknat Allah menimpa kita," katanya.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pula, Zulkifli berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri yang menjadi mangsa fitnah.
"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat... (Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa," katanya.
Zulkifli berkata, beliau juga bersedia untuk disoal siasat, tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.
Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.
Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan itu, Zulkifli berkata: "Boleh tidur aman la, malah saya rasa satu beban dah lepas, terutama pasal PM dan Nazri."
Firaun Kecil, Little Napoleon Dan Tangang Kenit

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang bercelaru walaupun secara konsisten dinafikan. Ironinya, bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.
Wee Choo Keong (PKR- Wangsa Maju) secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini menyatakan perasaan dukacitanya dengan perbuatan Little Napoleon di kalangan pembangkang yang cukup pintar iaitu melempar batu dan cekap pula menyembunyikan tangan.
Segelintir mereka itu, katanya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan seperti menipu gambar dengan menggunakan teknik super imposed dan diterbitkan dalam Internet untuk mengaibkan tokoh politik negara.
"Tindakan fitnah ini telah diakui oleh Little Napoleon, tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin lain atas perkara remeh-temeh.
"Jika mereka dibenar melakukan perkara sedemikian atas alasan kepentingan politik, tiada lagi perkara di dunia ini yang akan menghentikan mereka daripada menghancurkan negara ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Rakyat boleh menilai sendiri keadaan PKR kini. PKR bila-bila masa akan bungkus namun PKR tidak terus roboh tetapi sedang alami azab sedikit demi sedikit sebelum roboh.Maka mereka sedang alami keperitannya.
Tembelang PKR dipecahkan oleh orang mereka sendiri bahawa apa yang dilakukan oleh mereka selama ini adalah untuk kepentingan diri Anwar yang mahu menjadi PM.
Mereka yang keluar parti tidak mahu bersekongkol menipu dan memfitnah, mereka adalah orang yang berprinsip, ahli-ahli PKR yang lain apa lagi “Moh Kite Keluar PKR”. Tidak mustahil Uncle Wee juga akan keluar PKR satu hari nanti, tahniah atas keberanian menegak kebenaran.
Keluar Parti
Lagi YB PKR keluar parti.
Terbaru dan terkini.... Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu.
Keluar lagi ramai-ramaki.. JOM PAKAT KELUAQ
Bukan Parti Bermusim

Barisan nasional (BN) bukan parti yang hanya menemui penduduk pada musim pilihan raya tetapi sentiasa turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu.Masyarakat di Selangor kecewa kerana setelah memberi peluang kepada PR, parti itu tidak berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Masyarakat di Selangor menyatakan mereka sebenarnya tidak membenci BN sebaliknya mengundi calon PR pada pilihan raya umum lepas untuk mengingatkan kepada parti pemerintah agar lebih peka kepada masalah mereka serta membuat pembaharuan demi kepentingan rakyat.
Berlagak Samseng

PKR mula tunjuk taring berlagak samseng. Kini bukan sahaja Pejabat Daerah Hulu Selangor sahaja yang dirampas menjadi Bilik Gerakan PKR Hulu Selangor tetapi semua dewan orang ramai dirampas untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka.
Ini adalah satu tindakan yang tidak adil dan samseng yang di lakukan oleh PKR/PR yang memerintah Negeri Selangor. Pejabat Daerah adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan. Walaupun kerajaan negeri di perintah oleh PKR, tetapi di situ tempat urusan rakyat bukan urusan parti!
Pejabat Daerah tersebut akan dijadikan Pejabat SPR mengendalikan PRK Ulu Selangor. Sekiranya MB tidak berpindah dari Pejabat Daerah, SPR hendaklah mencari tempat lain dan gantikan Pegawai Daerah kepada Pegawai tinggi PTD yang ada di Daerah tersebut.
Monday, April 12, 2010
PENINDASAN....... SECARA TERANG-TERANGAN OLEH PR

Tindakan kerajaan negeri mengarahkan gerai milik peniaga Melayu di sepanjang Jalan Sabak Bernam-Teluk Intan dirobohkan disifatkan sebagai usaha menyekat golongan itu daripada berniaga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan itu tidak wajar kerana majoriti peniaga terlibat merupakan penduduk asal kawasan itu.
Menurutnya, mereka mengusahakan aktiviti pertanian dan menjadikan gerai di sepanjang jalan berkenaan sebagai tempat untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.
Katanya, arahan kerajaan negeri melalui notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sabak Bernam pada Disember 2009 itu merupakan satu bentuk penindasan kepada rakyat di daerah berkenaan.
Ini kerana tegasnya, banyak kawasan lain di Selangor termasuk Sekinchan tidak dikenakan arahan sedemikian walaupun ada gerai dibina tidak mengikut peruntukan undang-undang.
''Tapak gerai ini adalah tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang merupakan agensi kerajaan Pusat. Kalau JPS mahu robohkan gerai berkenaan, agensi itu mesti memaklumkannya kepada peniaga.
''Kenapa kerajaan negeri yang keluarkan arahan supaya peniaga merobohkan gerai-gerai mereka. Saya tak nampak rasional di sebalik arahan kerajaan negeri itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, beliau tidak nampak sebarang masalah dengan aktiviti gerai peniaga Melayu di kawasan ini kerana ia tidak mengganggu lalu-lintas seperti alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Tambah Mohamad Khir, tindakan kerajaan negeri itu berkemungkinan bermotifkan politik.
Katanya, beliau difahamkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP sebelum ini pernah mengugut untuk merobohkan sebuah gerai makan di Parit 7, Sungai Besar kerana pemiliknya enggan mengadakan sebuah program politik di gerai berkenaan.
Jelas Mohamad Khir, kerajaan negeri pada awal 2009 juga turut menghentikan program pengeluaran baja organik yang dilaksanakan di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).
SIAPA KUAT RASUAH?

RASUAH - Maklumat Terbaru yang di perolehi PKR akan meRasuah pengundi di Parlimen Hulu Selangor dengan memberikan perkhidmatan BAS SEKOLAH Percuma kepada para para pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Di Hulu Selangor di berikan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma. Bagaimana dengan Daerah Selangor yang lain?
BOHONG LAGI?

EXCO Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu menyatakan bahawa tiada lesen baru untuk rumah urut, pub, dan, cybercafe. Menurut beliau lesen terakhir dikeluarkan ialah pada 2007 oleh kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Namun kita tahu Selangor sekarang bersepah dengan rumah urut, pub, pusat permainan video dan perjudian serta cybercafe seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Ronnie Liu masih mahu menafikan dan dengan bangga mendakwa semua premis baru ini tidak berlesen.
Namun laporan Sinar Harian (31 Julai 2009) jelas membuktikan EXCO ini tidak segan silu untuk berbohong hatta di dalam DUN Selangor sendiri. YDP Majlis Daerah Sabak Bernam sendiri mengakui pihaknya mengeluarkan 10 lesen rumah urut baru.
Zaid calon PKR?

Ramalan popular masih terus menjurus kepada nama Zaid sekalipun beberapa nama lain seperti pakar bedah Datuk Dr Halili Rahmat,Dr Badrul Amin dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin di sebut-sebut.
Mengikut sumber PKR Anwar mahukan Zaid kerana menaruh harapan untuk menjadikannya salah seorang panglima perang utamanya di Dewan Rakyat jika menang.
Beliau juga dikatakan diharap untuk mengalas PKR jika Penasihat PKR itu sangkut dalam kes liwatnya.
Namun ikut ceritanya ada kalangan pimpinan PKR Selangor yang kurang senang Zaid dijadikan calon kerana mahu orang tempatan yang diturunkan dalam pilihanraya kecil itu.
Zaid berasal dari Kelantan.
Mereka dikatakan berpandangan susah ' nak jual orang Kelantan' di Hulu Selangor.
WOW!!!!!! Tanah kubur jadi "HIGHWAY" bagus PR Pulau Pinang..... nak pangkah lagi ke PR?

PULAU PINANG, 12 April — Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.
Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.
“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.
“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.
Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama
GEGAR!!!!!!!

ahmad maslan beberapa hari lepas menyerang pkr. mencabar pkr untuk mencalonkan orang india sebagai calon pkr di hulu selangor. yb kapar dari pkr iaitu manikavasagam bersetuju dengan ide ahmad maslan..
anwar terperangkap dengan ide simple ahmad maslan..tahniah kepada yb ahmad maslan,serangan sebegini yang kami suka !
ahmad maslan sewaktu majlis telah mendedahkan rahsia ds najib. katanya, jika selangor diperintah oleh barisan, maka pembinaan uitm di serendah akan dikembalikan semula. ini janji ds najib kepada seluruh penduduk hulu selangor.
aku yakin mesej ini akan membuatkan rakyat hulu selangor melompat gembira. projek uitm serendah kelolaan YBK ini akan melonjakkan ekonomi rakyat. melayu cina dan india akan mendapat tempias besar projek ini.
dato zainal sakom, yang senantiasa tenang dalam mengharungi dugaan dari kalid gagap dan pakatan selangor berjanji akan berjuang habis-habisan mempertahankan maruah YBK ! kami bloger dan seluruh rakyat bersama mu dato zainal, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal lengan.
jadi, buat permulaan hulu selangor adalah pemangkin kepada kebangkitan BN !
Datuk Seri Noh Omar

Usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan Konvensyen Barisan Nasional di Shah Alam, Selangor."BN mesti kena menang ( di Hulu Selangor ) kalau tidak menang, kita tidak boleh ambil Selangor selepas pilihan raya umum ke-13."
Kita perlu meneruskan perjuangan kita terutama di Hulu Selangor. Ia bukan satu pekerjaan yang mudah kerana kita berhadapan dengan kerajaan negeri. Mereka akan menggunakan segala kemudahan," katanya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Berucap di Konvensyen BN di Shah Alam, beliau memulakan serangan dengan mengulangi pelbagai skandal dan kontroversi yang menggoncang Pakatan rakyat. Bermula dengan skandal seks Elizabeth Wong kepada kenyataan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka tidak memerlukan Model Ekonomi Baru ( MEB ) membuatkan lebih 2,000 hadirin terpukau dengan strategi baru itu."Isu Elizabeth Wong, dia nak letak jawatan, tetapi Ketua Muslimat PAS yang pakai tudung mempertahankannya. Orang nak telanjang, dipertahankan, tapi kita tak ambil tindakan," katanya.
Asas falsafah kehidupan
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
PEMERINTAHAN DI SELANGOR!!!!!!...
PR baru setahun jagung memerintah di Selangor sudah mendabik dada dengan moto "MERAKYATKAN EKONOMI". Apa yang dirakyatkan dari segi ekonomi? malah membebankan. Antara bebanan yang ditangung KDEB terpaksa mengeluarkan berjuta-juta untung menanggung kos air yang telah dibazirkan oleh rakyat. Mereka tidak memdidik rakyat untuk berjimat malah menggalakan rakyat untuk pembaziran. bukankah pembaziran itu 1 sifat syaitan?
BN mengejar rakyat cara berjimat dengan memberikan RM20 percuma kepada pengguna elektrik pada keseluruhan bil. Jika rakyat tidak mahu berjimat, dan bil elektrik tersebut melebihi RM20 maka bayarlah. Ini baik untuk rakyat miskin yang kurang berkemampuan. Bil mereka kurang dari RM20 dan mereka mendapat manfaat tidak perlu membayar bil elektrik.
Pertumbuhan Kampung Baru, rujuklah di mana-mana Pejabat Daerah. Siapakah yang mendapat tanah untuk rakyat miskin. Bukan penduduk tempatan yang mendapat tanah tersebut. sebaliknya orang-orang luar yang bukan pemastautin di kawasan tersebut yang mendapat tanah-tanah untuk didirikan kampung baru beserta dengan gerannya sekali. Jadi di manakah keadilannya? di manakah orang-orang miskin tempatan tersebut?
oleh yang demikian usahlah mendabik dada seolah-olah sudah terlaksana segala janji-janji yang ditabur semasa PRU-12......
RAKYAT DITIPU LAGI?
Siapa yang menipu siapa? BN atau PR? Barisan Nasional mempunyai lebih dari 13 parti komponen yang bernaung dibawahnya termasuklan UMNO, MCA dan MIC. 3 buah parti besar yang mewakili setiap kaum di Malaysia dengan menggunakan logo DACING. Jika 3 parti lawan ingin bersatu, logo apakah yang mereka ingin gunakan?
Janji2 PR untuk menggabungkan ketiga-tiga parti ini hanya janji-janji kosong. sebab mengapa? ketiga-tiga part (PKR, DAP dan PAS) mempunyai ideologi yang berbeza. Telah dinyatakan bahawa DAP telah menolak Islam dan ideologi PAS agar menubuhkan negara islam. Terang-terangan lagi DAP sudah menolak islam dalam penggabungan tersebut. Jadi di manakah kedudukan islam jika mereka memerintah kelak? Fikirkanlah wahai sahabat....... itu belum campur ideologi PKR lagi? Akan hancur leburlah negara....
Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai PERIKATAN telah bertahun-tahun membuat 1 logo dan bersetuju dia atas semangat setiakawan saling menghormati antara satu sama lain telah memerintah dengan adil dan saksama tanpa memilih warna kulit. Membangunkan negara, membangunkan rakyat dengan memberikan kemajuan-kemajuan yang boleh dikecapi sehingga sekarang.
PRK Hulu Selangor P094
MAMPUKAH BARISAN NASIONAL (BN) MENAWAN HULU SELANGOR?
Persoalan yang sukar untuk dijawab. P094 telah di memangi oleh PR@PKR pada PRU-12 yang lepas dengan majoriti yang sangat tipis. PKR juga telah tewas di tiga kawasan DUN P094.
PKR mempunyai masalah dipucuk pimpinan yang mana rata-rata kita tahu tuduhannya dan sedang dalam proses keadilan. Jika benar tuduhan itu palsu mengapa harus ditangguh-tangguh sehingga Tuan Hakim pun naik lempuh.
Dalam situasi sebegini, PKR akan menggunakan segala tipu muslihat untuk menjamin kemenangan di P094 walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi AWAS!!!! rakyat tidak mudah lagi untuk dipermainkan dan ditipu. Cukuplah apa yang terjadi sekarang... DI MANA KEMAJUAN YANG DIJANJIKAN? DI MANA JANJI-JANJI KEBAJIKAN YANG DITABUR? alangkah sedihnya melihat rakyat Selangor kini yang terpedaya oleh janji0-janji dan manefisto kosong oleh PKR.
Barisan Nasional adalah pilihan yang tepat untuk melaksanakan segala janji-janji yang ditabur. Lihatlah sekeliling kita. Jalan-jalan diturap, kemiskinan segera dibantu dengan kerjasama di semua peringkat. Tiada janji-janji kosong yang dijanjikan oleh Barisan Nasional. Semua janji tersebut dilaksanakan berperingkat-peringkat tanpa mengenal warna kulit.
Rakyat di Hulu Selangor seharusnya sedar, walaupun yang dicalonkan dan yang akan menjadi wakil rakyat (MP) adalah dari calon Parti MIC, namun harus diingat bahawa parti tersebut adalah bernaung di bawah payung Barisan Nasional. Satu-satunya payung yang memberikan keselesaan dan keharmonian kepada rakyat selama ini.

