UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Sunday, December 5, 2010
Teks penuh ucapan PM pada Konvensyen BN (5/12/2010)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yi ge Malaysia [Cina],...
Oray Malaysia [Tamil],...
Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...
Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...
Ise’ Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...
Saumi Malaysia [kata orang Murut],...
atau kata orang Iban pula Sato Malaysia
YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional
Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional
Menteri-Menteri
Timbalan-Timbalan Menteri
Ahli-Ahli Yang Berhormat
Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP
Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen
Para Pemerhati
Wakil-wakil media
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.
2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.
3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.
4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.
5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.
Tuan-tuan dan puan-puan,
6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.
7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.
8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.
Tuan-tuan dan puan-puan,
10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.
11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.
12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.
13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.
14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.
15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.
Tuan-tuan dan puan-puan,
16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.
17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.
18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.
19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.
21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban “Agi idup agi ngelaban”. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula “Mangan niak mangan, asal kurung, kurung”. Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.
Tuan-tuan dan puan-puan,
22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.
23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.
24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.
25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.
26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.
28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.
30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.
31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.
32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.
34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?
35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.
Tuan-tuan dan puan-puan,
36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.
37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.
38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.
Tuan-tuan dan puan-puan,
39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.
40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan “semua manusia diciptakan sama” atau “all men are created equal” kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.
41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.
42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.
Tuan-tuan dan puan-puan,
43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.
44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.
45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.
46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.
47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.
48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its’ rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.
Tuan-tuan dan puan-puan,
49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?
50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.
51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.
52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.
53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris “imitation is the best form of flattery”. Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.
54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.
55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.
57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.
58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap “ke...he..ba..tan” suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?
59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.
61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.
62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.
63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.
Tuan-tuan dan puan-puan,
64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.
65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?
66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.
69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.
Tuan-tuan dan puan-puan,
70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.
71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.
72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:
“Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le ”
(“先天下之忧而忧,后天下之乐而乐” )
Saya difahamkan ia bermaksud “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.
73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.
74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:
“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”
(Ertinya: “If this team cannot win the battle, no other team can”).
This is the team, this is the Barisan Nasional team!
“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.
76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.
77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.
Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:
Kalau belayar perahunya senget,
Memang susah hendak kemudi,
Usah berharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak jadi.
79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;
Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,
marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,
marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,
tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,
di sini dan di luar sana,
dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,
inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,
menumpah khidmat, menggembleng kudrat.
Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.
Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.
Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.
80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,
we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,
we are born out of your yearning for a better life and for a better future.
Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.
This, is our promise to you, the people of Malaysia.
Let there be enough food on the table,
decent roof above every head,
well paying jobs for all who want to work,
a country where everybody feels safe and secure,
access to quality and affordable healthcare,
an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.
Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.
History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,
we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.
81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.
barisan perpaduan,
barisan keamanan,
barisan kemakmuran,
barisan 1Malaysia.
Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Thursday, December 2, 2010
Ketuanan Melayu dan PKR

Kenyataan dan sikap Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR semasa menyampaikan Ucapan Dasar beliau di Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR pada 27 November lalu memang boleh dipersoalkan.
Betapa demi semata-mata meraih sokongan bukan Melayu, beliau sanggup melontarkan sesuatu yang boleh membawa implikasi besar kepada negara. Dua perkara disebutkan itu terlakar di hati kita. Pertama, dengan penuh bangga beliau melambungkan pujian mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai seorang insan hebat.
Kedua, beliau mahukan konsep ‘Ketuanan Melayu’ ditongsampahkan sahaja, sebab pada beliau konsep itu hanya slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa. Lebih tertusuk ke hati penulis, tuduhannya bahawa itulah cara elit Melayu memperdaya kaum sendiri untuk kepentingan diri… Na’uzubillah.
Tentulah buat Dr Wan Azizah, atas hubungan suami isteri beliau tahu segala rahsianya. Suami kesayangannya itu serba ‘super’, agaknya sehebat sang ‘Superman’. Insan hebat ini disifatkan beliau sebagai ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat Malaysia.
Kenyataan itu seolah-olah orang lain jika hebat setara mana pun, bukannya anugerah Tuhan. Dalam sejarah perjuangan dan kerjaya politik Anwar, beliau disenangi institusi ilmu dan gerakan rakyat kerana kebangkitan dirinya melalui jalur tersebut dan cintakan tradisi ilmu. Soalnya apakah Anwar dahulu itu sama dengan Anwar sekarang? Bagaimana idealisme perjuangan asalnya, akal budi dan peribadinya tatkala berhadapan dengan dilema persimpangan diri yang dipenuhi ranjau politik.
Kenapa dan bagaimanakah boleh terjadi sampai dirinya tersangkut ke julai pohon akhlak yang rapuh untuk digantungkan ketinggian maruah dan harga diri. Penulis pun tidak faham.
Prinsip perjuangan jangan sekali-kali dilakukan melalui strategi memburuk-burukkan ketokohan orang lain atau negara sendiri. Islam tidak mengajar kita pembohongan dan menabur fitnah. Budaya Melayu pun begitu.
Pesan orang tua-tua ‘kalau menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri’. Tunjukkan kehebatan idealisme perjuangan dengan gagasan dan program konkrit. Darjat seseorang manusia pasti merudum apabila terlibat dengan unsur-unsur kebejatan akhlak yang datang dari nafsu tidak terkawal.
Isu ‘Ketuanan Melayu’ bukan agenda politik mana-mana golongan semata-mata. Ketuanan Melayu itu satu kebenaran ilmu, sejarah dan hakikat kebudayaan. Di sini Dr Wan Azizah seperti tidak ada pengetahuan sejarah dan tidak mempedulikan budaya. Kita jangan terkeliru antara kata ‘tuan’ dengan ‘hamba’, sedangkan kata tuan itu digunakan dalam banyak konteksnya dalam tradisi kebudayaan Melayu. Ingatkah kita akan maksud pantun berbunyi ‘jika tuan mati dahulu, tunggu hamba di pintu syurga’; atau ‘tuan kuharapkan umpama payung, hujan dan panas tempat berlindung’; atau ‘apakah gila bagimu tuan, burung terbang dipipiskan lada’, bahkan ada puluhan lagi konteks penggunaannya.
Konsep ‘ketuanan’ di sini bukan pun ada kaitannya dengan ‘perhambaan’ seperti dalam sejarah permulaan Amerika itu. Pandangan yang meletakkan ketuanan Melayu itu sama dengan kekuasaan Melayu sehingga memperhambakan bangsa lain itu sangat tidak tepat dan menyerong.
Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang semakin ramai kehilangan akar dan akal sejarah, terperangkap untuk bertolak ansur demi kerakusan kuasa dan kepentingan politik. Ada pula diri yang bersedia menggadaikan apa sahaja hak-hak atau milik Melayu turun-temurun itu. Soal PKR berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu, itu persoalan PKR.
Jika sejarah ditolak, maka PKR sendiri tidak melakukan keadilan bersandarkan prinsip penerimaan dan hak. Agaknya kerana itulah kelihatan pergolakan dalaman PKR adalah kesan daripada krisis keyakinan dan kepemimpinan yang begitu serius, lupa sejarah kelahiran sendiri. Para pengikut sudah hilang keyakinan dan tidak berpuas hati sehinggakan pada hari Kongres pun, suasananya dihiasi demonstrasi. Ada tanda-tanda kuasa ketiga atau keempat akan muncul.
Bahana buta sejarah menyebabkan ada orang memperlekeh Perlembagaan negara sendiri. Mereka kehilangan makna sebuah kontrak sosial. Faktor psikologi akan terus melanda anak buah PKR, apabila bahtera yang dilayari hampir karam, sanggup menjual apa sahaja hatta tiang layarnya. Soal ketuanan Melayu bukan soal kepentingan bangsa semata-mata dan bukannya slogan politik. Ketuanan Melayu itu ialah hakikat dan realiti kenegaraan Malaysia, kesimpulan beberapa perkaranya sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kalau konsepnya ditinggalkan bermakna kita meninggalkan sejarah negara dan konsep bangsa Malaysia itu sendiri.
Untuk menjadi bangsa yang bermaruah sekali pun, ia perlu berlaku dalam suatu persaingan adil, tetapi perkara ini tidak berlaku kepada Melayu dan tidak diperbesarkan. Di Malaysia, padang permainan belum rata dan ada lompang digital yang luas antara bandar dengan luar bandar, antara Melayu dan bumiputera dengan bukan Melayu. Bandar-bandar di Malaysia itu lengkap dengan segala kemudahan, tetapi tidak menjadi milik kehidupan Melayu dan bumiputera.
Perlembagaan Negara Malaysia tergubal dari suatu kesinambungan sejarah dan kebudayaan. Manusia Melayu itu sudah memiliki tradisi pemerintahan yang sudah ribuan tahun lama usianya. Kenapa tidak baca sejarah peradaban Melayu?. Siapakah pemerintah politik tradisional itu, jika tidak tradisi kesultanan atau raja-raja Melayu.
Apabila Barat dengan segala tipu helah, baik Portugis, Belanda mahu pun Inggeris menjajah dan menjadi kuasa kolonial di Dunia Melayu, dari tangan siapakah mereka memperoleh kuasa?. Kenapa timbul Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat atau siapakah yang menandatangani Perjanjian Pangkor 1874 itu? Sewaktu pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan kemerdekaan Malaysia, kenapakah tanda tangan kuasa Raja-Raja Melayu itu penting? Raja-Raja Melayu dengan penuh hikmah melepaskan pemerintahan negara secara ‘demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan’.
Rasional para leluhur bangsa mengabadikan institusi Raja-Raja Melayu ke dalam institusi kenegaraan sebagai Ketua Negara dengan gelaran Yang di-Pertuan Agong atau Ketua Negeri dengan istilah Sultan, Raja dan Yang di-Pertuan adalah konotasi dari keMelayuan itu. Apakah PKR menolak Raja-Raja Melayu kerana di situ letaknya hakikat ketuanan Melayu? Kita menerima anugerah gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk atau anugerah kebesaran dan pingat jasa adalah bukti hakikat ‘ketuanan’ itu.
Jika ditolak konsep ketuanan Melayu, maka serahkan kembali segala gelaran anugerah lambang kebesaran peradaban Melayu zaman berzaman itu. Demikian juga kedudukan status Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa negara tidak lahir dari suatu kekosongan. Malaysia bukan seperti Amerika Syarikat, sebuah negara imigran, campur aduk segala warisan budaya menjadi ‘Americans’. Malaysia ibarat sepohon besar yang berakar tunjang, berbatang, berdahan dan berdaun rendang di rantau ini. Di sini akarnya mencengkam bumi dan rendangnya menggapai langit tinggi.
Setiap jiwa warga negara Malaysia hendaklah memahami hakikat sejarah dan kebudayaan tanah air tempat bumi dipijak ini. Ibu pertiwi orang Melayu adalah berindukkan Tanah Melayu. Kumpulan etnik mereka itu juga bertaburan mendiami segenap rantau Melayu. Bangsa serumpun Melayu di Malaysia terdiri daripada segala suku bangsa di Sabah dan Sarawak.
Kita tidak boleh menipu sejarah bahawa orang keturunan Cina di Malaysia itu berasal dari China, orang keturunan India-Pakistan dari India-Pakistan. Orang-orang keturunan lain pun ada tanah asal mereka dan memiliki kebangsaan masing-masing. Sejarah menjadikan nenek-moyang mereka memilih untuk menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian warga baru dengan kebangsaan (nationality) Malaysia atau bangsa Malaysia. Generasi baru kelahiran Malaysia bukannya pendatang lagi.
Seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan etnik pun tahu bahawa ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’. Jadi keMelayuan dan keIslaman itu bukannya barangan untuk diniagakan ke pasar politik dan konsep ketuanan Melayu itu sedia ada di dalam akal budi kita bukan ciptaan mainan slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa seperti dakwaan PKR. Juga sama sekali tidak kena apabila dikaitkan ketuanan Melayu itu diguna bagi memperdayakan kaum sendiri demi kepentingan diri. Ketuanan Melayu itu adalah sebuah konsep ilmu bukan slogan politik semata-mata.
Wednesday, December 1, 2010
Langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi

TAHUN baru bakal menjelma. Azam kita untuk keluar daripada kemelut terjerat dalam pendapatan pertengahan dan merapatkan jurang pendapatan yang semakin meluas di antara yang berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Azam kita untuk masuk golongan negara-negara berpendapatan tinggi memerlukan strategi bersepadu yang dihuraikan oleh Laporan Bank Dunia terdiri daripada langkah-langkah mengkhususkan lagi ekonomi, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membuatkan pertumbuhan lebih menyeluruh dan menyusun pulih kewangan awam.
Kita perlu memberikan tumpuan kepada beberapa sektor bernilai tinggi dan berpotensi tinggi. Misalnya bidang-bidang seperti kewangan Islam, makanan halal, elektronik, industri-industri berdasarkan sumber alam dan pelancongan. Kesemuanya perlu berlatar belakangkan ekonomi yang menyokong pengetahuan. Dalam sedikit sebanyak kita diberitahu tentang Model Ekonomi Baru, kita turut dimaklumkan bahawa ia berteraskan kepada inovasi dan kreativiti. Ramai yang mungkin menyangka kedua-dua aspek agak tergulung dalam kepulan mereka sendiri iaitu terbatas kepada perkara-perkara seperti pengiklanan, perfileman, animasi dan sepertinya.
Sebenarnya banyak perkhidmatan kerajaan yang memerlukan inovasi dan kreativiti. Misalnya apa yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen dengan pembaharuan pasport dengan menggunakan mesin adalah salah satu contoh mengurangkan masa dan orang beratur.
Kita lihat Lembaga Hasil Dalam Negeri begitu berusaha untuk membantu pembayar cukai dengan sistem 'on-line' yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mengisi dan menghantar maklumat tentang cukai pendapatan kepada lembaga tersebut. Pembayaran balik lebihan cukai yang dikutip juga tidak lebih daripada dua minggu adalah contoh inovasi dan kreativiti yang telah diperkenalkan. Begitu juga penyediaan persembahan multimedia di masjid-masjid semasa khutbah Jumaat juga merupakan langkah kreatif pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan perkara-perkara berkaitan dengan Jabatan Agama Islam negeri seperti zakat dan Baitulmal perlu diselaraskan kerana pekerja mungkin berpindah dari satu negeri ke satu negeri lain.
Dalam usaha mempertingkatkan kemahiran tenaga kerja, kita perlu meningkatkan kuantiti dan kualiti tenaga kerja berkemahiran. Ini memerlukan insentif, persaingan, pengambilan berasaskan merit dalam pendidikan, pembentukan kurikulum dan latihan guru yang lebih baik. Gaji guru yang rendah tidak akan menggalakkan mereka untuk berkhidmat di luar bandar sekali gus menjadikan jurang antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar kekal luas. Suatu revolusi cara pengajaran yang menggunakan multimedia dan mengurangkan berat beg sekolah perlu dilakukan.
Pada masa ini, terlalu banyak buku yang dibawa murid walaupun dalam darjah satu. Kita wajar melihat masa hadapan yang mana murid-murid hanya perlu membawa 'thumbdrive' sahaja ke sekolah dan semua bahan bacaan dan rujukan sudah disediakan lebih awal oleh guru-guru mata pelajaran berkenaan. Kalau ada pun buku teks hanya yang penting-penting sahaja.
Kita juga perlu meningkatkan usaha melipat gandakan penyertaan mereka yang keluar selepas sekolah menengah dalam bidang vokasional dan teknikal. Berbanding dengan beberapa negara lain, penyertaan kita hanyalah setakat 10 peratus sedangkan negara seperti Belanda dan Australia yang sama bilangan penduduk dengan kita setinggi 60 peratus. Kemahiran peringkat vokasional dan teknikal penting selaku pelapis di bawah kumpulan mereka yang mempunyai ijazah.
Dasar-dasar yang lebih menjurus kepada keseluruhan daripada khusus kepada sesuatu golongan tertentu sahaja dapat membantu usaha mengurangkan kemiskinan dan pada waktu yang sama menggalakkan keusahawanan dan melatih diri dalam mengambil risiko. Kita tidak menafikan wujudnya golongan miskin bandar ekoran daripada penghijrahan masyarakat luar bandar mencari kehidupan yang lebih baik. Kehendak kehidupan di bandar memberikan tekanan kepada golongan miskin bandar dengan sewa rumah, api, air, pengangkutan dan harga barang makanan yang lebih tinggi daripada di luar bandar.
Selain daripada itu, persekitaran tempat tinggal mereka misalnya di pangsapuri murah juga yang kerap tertakluk kepada perbuatan jahat vandalisme seperti merosakkan lif, kecurian barang-barang, pengotoran sekeliling dan di sesetengah tempat kehadiran rakyat asing yang berkelakuan biadab dan mengganggu. Jaringan keselamatan sosial diperlukan untuk membantu dalam keadaan kesusahan dan kos sara hidup.
Berkenaan dengan menyusun pulih kewangan awam, penyatuan fiskal dan reformasi kewangan akan mengurangkan kebimbangan tentang kenaikan defisit fiskal, meluaskan bidang pendapatan negara dan mengurangkan peranan subsidi serta mengurangkan himpitan kepada sektor swasta.
Penumpuan perbelanjaan kepada bidang-bidang khusus yang mampu memberikan penggandaan kepada pertumbuhan ekonomi. Pelaburan swasta telah merosot daripada 20 peratus KDNK pada tahun 1997 kepada hanya 10 peratus. Banyak yang melabur keluar negara dan arah aliran itu perlu dibendung demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pelabur tempatan macam merajuk.
Banyak langkah 'memujuk' telah dilakukan termasuk 15 peratus cukai di Iskandar, Johor dan pengecualian FIC dan pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera dan liberalisasi di sektor perkhidmatan dan kewangan. Semoga tahun 2010 menunjukkan manifestasi langkah-langkah ini.
Sunday, November 28, 2010
Berkorbanlah untuk bersatu

AJAKAN Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO agar Pas menyertai Barisan Nasional ditolak mentah-mentah oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas.
Menurut Idris, Pas tidak memerlukan UMNO, kerana Pas akan berusaha untuk memikat ahli-ahli UMNO khususnya dan orang Melayu Islam untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Setiausaha Agung PKR menyifatkan ajakan UMNO itu sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sebelum ini pun Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan meminta UMNO supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Pada hemat saya, ini bukan soal hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong atau tidak. Ini berkaitan dengan masa depan umat Islam. Pas dan PKR janganlah terlalu yakin untuk mengambil Putrajaya. Jika ditakdir mereka berjaya, saya tidak fikir mereka mampu mendapat majoriti dua pertiga. Apatah lagi untuk menegakkan negara Islam. Paling hebatnya mereka hanya akan mendapat kelebihan beberapa kerusi. Senarionya mungkin lebih kurang sahaja seperti apa yang berlaku hari ini. Jika UMNO kalah sekalipun, tidaklah sampai kehilangan semua kerusi. Apa pun, kita tunggu dan lihat kekuatan masing-masing nanti.
Cuma, janganlah terlalu sombong dalam menilai kekuatan parti. Setiap parti ada kelebihan dan pengaruh masing-masing. Secara peribadi, saya mengenali kesemua tokoh ini tersebut. Kita bukan bercakap soal siapa menang atau siapa akan kalah dalam pilihan raya. Pilihan raya hanya alat untuk mendapatkan kuasa dan menjadi parti yang memerintah kerajaan. Siapa yang dipilih oleh rakyat, kita perlu menghormati keputusan tersebut. Apa yang lebih penting adalah masa depan agama, bangsa dan negara yang akan diwarisi oleh anak cucu cicit kita. Ke syurgakah mereka atau ke neraka ketika di bawah pemerintahan kita, itu yang lebih penting?
Apa guna menang pilihan raya jika maruah agama dan kampung tergadai. Pilihan raya bukanlah segala-galanya dalam kehidupan umat Islam. Di negara-negara maju, jatuh bangun sesebuah parti dalam pilihan raya adalah perkara biasa. Bezanya kita dengan mereka, kalah atau menang dalam pilihan raya, kedudukan agama dan bangsa mereka tidak terjejas, malah terus gagah dan bermaruah. Tetapi tidak kita pada hari ini, seolah-olah menang mahu jadi arang, kalah jadi abu.
Belum pun apa-apa kita sudah dapat rasakan bagaimana agama dan bangsa kita dipijak-pijak. Apakah ini yang kita mahu? UMNO hanya mempelawa, kalau tidak setuju tidak mengapa. Tolaklah dengan cara baik. Tetapi jangan menyakitkan hati orang dengan kenyataan-kenyataan seperti kapal karamlah, hidung tak mancunglah dan sebagainya. Hebat sangatkah kita?
Secara peribadi saya amat kecewa dengan umat Islam hari ini. Tidakkah kita ini semuanya bersaudara tanpa mengira bangsa dan ideologi politik? Tidakkah kapal yang bocor dan hendak karam itu perlu diselamatkan demi survival umat Islam secara keseluruhan. Apakah kita tidak belajar daripada kejatuhan empayar-empayar Islam sebelum ini? Akibat dendam kesumat dan perbuatan menyakitkan hati sesama sendiri, kita terus berpecah tiada kesudahan, sehingga ke tahap sanggup menikam sesama sendiri.
Selaku Cina Muslim yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam soal bangsa Melayu, melainkan agama Islam, berbincanglah dahulu pelawaan Ahmad Maslan itu. Tidakkah Islam menganjurkan kita bermesyuarah. Sesuatu kejayaan bermula dengan langkah pertama. Mungkin selepas ini pertemuan boleh diaturkan dengan Perdana Menteri. Apakah formula dan konsep yang boleh dipersetujui bersama demi masa depan umat Islam? Apakah jawatan yang mungkin boleh ditawarkan kepada Pas. Jika tidakpun jawatan Perdana Menteri, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Pas terlalu yakin bahawa mereka akan diberikan jawatan penting apabila Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah nanti?
Jika itulah jawapannya, sudah tentu Pas akan diberikan jawatan penting di bawah kerajaan Pulau Pinang. Tetapi adakah ia berlaku? Di manakah kedudukan Pas setelah PR memerintah Pulau Pinang? Begitu juga kedudukan Pas, apabila PKR memerintah Selangor. Apakah mungkin akan diberikan jawatan menteri besar Selangor selepas PRU 13? Jauh panggang dari api. Dalam PKR hari ini pun masih berantakan untuk merebut jawatan parti. Tujuannya tidak lain, bila menang jawatan dalam parti, peluang untuk memegang jawatan tertinggi peringkat negeri dan negara adalah lebih besar. Sebab itu macam-macam perkara berlaku dalam parti pemilihan parti yang tidak perlu disebut lagi.
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
Tuesday, November 16, 2010
Melayu jangan mudah lupa diri

Orang Melayu diingatkan supaya tidak mudah lupa diri sehingga sanggup mengorbankan hak-hak istimewa golongan itu yang termaktub dalam Perlembagaan negara hanya kerana berasakan mereka sudah maju. Masih ramai lagi orang Melayu termasuk Orang Asli dan pribumi di Sabah serta Sarawak yang tinggal di desa dan pedalaman memerlukan keistimewaan tersebut.
Kejayaan yang ada pada orang Melayu sekarang adalah hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dapat mewujudkan golongan kelas menengah. 'Keadaan itu menyebabkan ada di kalangan mereka berasa selesa dan tidak lagi mempedulikan hak-hak istimewa orang Melayu, sedangkan terdapat berjuta lagi orang Melayu di desa yang masih memerlukan hak istimewa tersebut.
Jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu, Orang Asli sebenarnya lebih layak dibantu kerana mereka berada dalam senarai teratas rakyat kepada raja Melayu seperti terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu perlu turut memperjuangkan nasib Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak yang masih ramai hidup dalam serba kekurangan berbanding di Semenanjung.
Kita perlu tarik mereka untuk turut serta berjuang bersama kita dengan menggunakan kaedah bersatu, ia dapat menambahkan kekuatan kita. Ramai golongan muda terutama daripada kaum lain mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu kerana mereka tidak faham sejarah. Orang Melayu juga ramai 'buta' sejarah sehingga tidak dapat menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh bukan Melayu.
Ada yang kata orang Melayu juga pendatang dari Indonesia tetapi sebenarnya ia bukan migrasi tetapi transmigrasi dari satu kawasan ke satu kawasan dalam alam Melayu, bukannya dari tanah besar China atau India.
- Tun Haniff Omar -
Saturday, November 13, 2010
20 tahun perintah Kelantan, mana pembangunan?

Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat dbiarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.
Kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dicabar untuk menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat. Apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, Pas juga pemerintah kerajaan negeri dan sudah 20 tahun memerintah apa yang mereka buat untuk pembangunan Negeri Kelantan?
Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan nasib rakyat di Kelantan. Usaha untuk membantu penduduk di sini akan hanya dapat diteruskan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada BN.
Perjanjian rahsia?

Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP terutama menyentuh soal agihan kuasa autonomi politik bukan sesuatu yang mustahil kerana bayangan mengenainya sudah berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Jika dilihat senario politik terutama di Pulau Pinang, dominasi DAP begitu ketara sehingga rakan-rakan pemimpin parti pakatan pembangkang lain terutama Pas tidak diberi peranan sewajarnya.
Lihat sahaja di Pulau Pinang apabila DAP dilihat begitu kebal dan tidak boleh disentuh langsung. Pandangan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dihiraukan malah yang mengkritik dituduh pula sebagai pengkhianat. Keadaan sama boleh dilihat di Perak sebelum ini apabila walaupun Pas memegang kerusi menteri besar, peranan dan teraju pentadbiran negeri dimainkan oleh DAP sehingga Pas dilihat sekadar menjadi boneka.
Zulkifli Noordin telah mendedahkan kewujudan perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.
Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Perjanjian itu juga turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri dimenangi parti tersebut. Walaupun realitinya kepimpinan kerajaan negeri terdiri daripada gabungan pakatan pembangkang, keputusan daripada segi dasar dan tindakan adalah didominasi DAP.
Thursday, November 11, 2010
Adakah Anwar seorang kawan........

Jika sebelum ini beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan secara lisan tentang perjanjian rahsia antara parti itu dan DAP yang tidak diketahui oleh Pas, hari ini seorang lagi mengakui mempunyai bukti mengenainya.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, terdapat rakaman percakapan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi telefon bimbit yang mengarahkan pemimpin-pemimpin parti itu supaya tidak memberi ruang kepada Pas dan DAP memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri. Rakaman kira-kira lima minit itu dibuat semasa satu mesyuarat dalaman PKR kira-kira dua tahun lalu.
Difahamkan rakaman ini akan didedahkan tidak lama lagi. Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dan DAP yang tidak diketahui oleh Pas.
Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri dimenangi parti itu. Dengan pendedahan rakaman itu, rakyat khususnya pemimpin dan ahli Pas akan dapat mengetahui sendiri siapa Anwar sebenarnya.
"Ketika itu, baru rakyat atau penyokong Pas akan tahu siapa Anwar. Adakah Anwar seorang kawan, mempergunakan kawan atau musuh dalam selimut...."
Sunday, October 31, 2010
PEMIMPIN ADALAH IKON INTEGRITI RAKYAT
Kes-kes skandal seks Presiden Bill Clinton di Amerika Syarikat dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Malaysia sebagai bukti kepincangan sistem demokrasi anjuran rejim Amerika Syarikat yang berleluasa di serata dunia.
Sistem demokrasi suara rakyat kini telah menghalalkan semua cara menurut kehendak manusia untuk mengetepikan persoalan integriti pemimpin sehingga melanggar falsafah pegangan agama-agama dunia, terutamanya Islam.
Seorang pemimpin yang berkerjaya sebagai ahli politik perlu sentiasa ingat bahawa dia adalah public figure (personaliti awam) yang secara tidak langsung meletakkan dirinya sebagai public property (hak awam) yang mana setiap tutur kata, tingkah laku dan cara hidup pemimpin tersebut sentiasa dipantau lantaran terdedah kepada kritikan rakyat terhadap integriti pemimpin.
Justeru, rakyat sememangnya berhak untuk mengkritik tentang kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu-isu berbangkit.
Sunday, October 17, 2010
Siapa bakal pengganti Taib?

Soalan cepu emas ini kini berkumandang lagi, selepas agak lama disenyapkan. Kenyataan terkini yang keluar daripada mulut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri mengenai kesediaannya berundur.
Ramai mengatakan saya sudah tidak diperlukan lagi. Jika benar saya tidak diperlukan lagi maka saya sedia untuk berundur.
Itulah kenyataan yang dilafazkan Abdul Taib apabila diajukan soalan apakah beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum tempoh DUN sekarang berakhir pada 24 Julai 2011.
Dalam kalangan wartawan dan pengamal media di Sarawak, cukup arif betapa soalan mengenai pengunduran Taib amat sensitif untuk ditanya kepada pucuk kepemimpinan negeri Sarawak sejak 29 tahun lalu itu.
Antara reaksi Abdul Taib yang paling digeruni apabila beliau membeliakkan matanya sebaik soalan diajukan kurang disenangi. Justeru, rata-rata pengamal media di Sarawak cukup berhati-hati dan pasti akan melihat mood Abdul Taib terlebih dulu, sebelum mengajukan soalan dianggap sensitif.
Namun bagi wartawan senior yang pernah duduk bersembang atau mengadakan wawancara eksklusif dengan ahli politik veteran yang mula aktif berpolitik sejak 43 tahun lalu dan menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 itu, Abdul Taib tidak segarang disangka.
Malah seorang pemimpin kanan Umno yang pertama kali mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdul Taib tahun lalu, turut memberitahu penulis betapa beliau amat terkejut melihat keperibadian sebenar Abdul Taib yang jauh berbeza daripada yang digambarkan.
Saya ingat beliau seorang yang sangat serius dan sukar untuk diajak berbicara. Rupa-rupanya bersemuka dan berbicara dengan beliau cukup menyeronokkan. Banyak pengalaman dan nasihat yang beliau kongsikan, kata pemimpin itu.
Hakikatnya, kedudukan Abdul Taib yang cukup lama dalam politik dan pernah berkhidmat di bawah kelima-lima Perdana Menteri setakat ini, meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup disegani, bukan ditakuti.
Mood Abdul Taib ketika ditanya pemberita kelmarin mengenai kedudukannya, sama ada akan bertanding lagi atau tidak pada pilihan raya negeri akan datang, cukup baik dan beliau nampak begitu ceria.
Abdul Taib secara terbuka menyatakan kesediaannya berundur jika tidak lagi diperlukan turut menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan parti.
Beliau menjadi Ahli Parlimen buat pertama kalinya di bawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1967 ketika berusia 31 tahun.
Kenyataan terkini Abdul Taib mengenai kesediaannya untuk berundur menyebabkan teka-teki siapa bakal pengganti beliau dan bakal menjadi Ketua Menteri kelima bagi Sarawak kini muncul semula.
Carta nama yang disebut-sebut bakal menggantikan beliau termasuklah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Penasihat Khas Ketua Menteri yang muncul semula dalam politik Sarawak setelah tenggelam seketika, Tan Sri Adenan Satem.
Adenan dikatakan pernah menjadi pilihan utama Abdul Taib juga bekas adik ipar Ketua Menteri Sarawak itu. Dengan latar belakang pendidikan undang-undang, Adenan seorang pemimpin yang pintar dan fasih berhujah, selain terkenal dengan tabiatnya sebagai ulat buku.
Adenan pernah menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat Pusat sejak Mac 2004, namun melepaskan jawatannya pada 2006 dan sejak itu hanya menumpukan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, dan namanya tenggelam selama enam tahun sehinggalah pada Mac lalu, apabila rombakan kabinet menyaksikan Adenan kembali diberi kepercayaan oleh Abdul Taib dengan jawatan Penasihat Khas Ketua Menteri, portfolio baru bertaraf Menteri.
Tepuk dada tanya selera...

Membaca tulisan terbaru Datuk Zaid Ibrahim dalam laman blognya yang bertajuk Hormatilah presiden dan perlembagaan parti maka kita dapat bayangkan bagaimana seorang peguam ternama dan pemilik syarikat guaman terbesar di negara itu nampak macam dah nak tenggelam punca dengan karenah PKR.
Mungkin luahannya kali ini juga dilihat satu bahan kempen untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.
Soalnya isu yang dibawanya cukup besar.
Malah dari pengakuannya dalam tulisan itu ,PKR mungkin satu-satunya parti dalam dunia ini yang secara terbuka menjadikan Presiden Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang sah dari segi perlembagaan parti sebagai lambang sahaja manakala ahli biasa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang paling berkuasa.
Bodoh sangatlah kalau ada siapa tak tahu Anwar ialah Sivaji The Boss PKR .Apa yang Zaid bising ialah dari sudut struktur parti.
Memang pedih hingga beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata : Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?
Kalau peguam besar seperti Zaid merasa begitu peliknya pada cacamarba parti yang baru disertainya Julai tahun lalu kesimpulan yang dapat dibuat pastinya tepuk dada tanya selera .
Sebagai orang yang mendakwa dirinya cukup berprinsip hingga sanggup letak jawatan Menteri waktu dalam UMNO kerana tidak setuju dengan isu penahanan ISA yang antaranya melibatkan wartawan, ramai yang sedang memerhati sejauh mana beliau berprinsip kali ini.
Lebih mengaibkan beberapa jam selepas tulisan dalam blognya tersiar,salah seorang orang kepercayaan Anwar yakni Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Ahmad terus memperlekehkan desakannya supaya dikembalikan kuasa Presiden, hanya sebagai satu gimik.
Budak baru main politik itu lantas mengajar Zaid supaya berpegang kepada disiplin dan tanggungjawab bersama pada parti.
Beliau cuba mengingatkan Zaid rentetan bagaimana Anwar diberi status de facto kerana masalah edah lima tahun tak boleh pegang apa-apa jawatan politik selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.
Edah itu sudah tamat pada April 2008 dan sekarang ialah bulan Oktober 2010. Soalnya apa lagi yang buat Anwar nak terus bergayut kepada Penasihat yang tidak ada dalam perlembagaan parti?
Polimek menjelang pemilihan PKR itu bukan ciptaan Barisan Nasional atau mana-mana musuh politik di luar sana.
Segalanya adalah pandangan Zaid dalam bentuk hitam putih.
Begitu juga dalam tulisan pertamanya yang mendedahkan bagaimana beliau diserang kiri kanan apabila menyatakan hasrat nak bertanding Timbalan Presiden PKR serta meluahkan tentang kemungkinan nasib politiknya dalam PKR jadi macam Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Melayu Hilang Kuasa

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.
Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com.
Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.
Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.
Wednesday, October 13, 2010
DAH PUAS KE DI BAWAH PEMERINTAHAN DAP?

INILAH REALITI JIKA DAP MEMERINTAH !
Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat DAP)
ISA dilaksanakan begitu keras dengan tahanan paling lama cecah 23 tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.
Badan kehakiman dikawal kerajaan.
Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).
Semua stesen TV dan suratkhabar adalah milik kerajaan. Pihak yang cuba bantah kerajaan PAP akan disaman sampai bankrap dan tidak ada mana hakim yang berani buat keputusan menentang kerajaan.
Rakyat diberikan saham yang boleh ditukar dengan wang tunai sehari sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah).
Penduduk di kawasan perumahan yang tidak menyokong kerajaan, tidak akan mendapat khidmat penyelenggaraan yang sempurna pada PRU 1997 (ugutan).
Kaum melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.
Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua cina.
Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989).
Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bila mana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.
Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.
Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahupun India.
Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi melayu.
Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia.
Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. dan buktinya sudah ada di Pulau Pinang.
Di Singapura, LKY juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.
Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam.. Hehehe..
dinasihatkan pada pengundi muda jangan silap langkah:-
JANGAN UNDI PAS PKR DAN DAP.....MEREKA ADALAH PAKATAN RAKYAT......YG DTERAJUI OLEH DAP.....PAS HANYALA PENCACAI DLM PAKATAN RAKYAT MMG MEREKA TAK BOLEH BUAT APA PUN......SBB KALAU MEREKA MENEGAK ISLAM SEBENAR..ORG2 BUKAN ISLAM TIDAK AKAN MENGUNDI MEREKA.....SBB TU KALAU KITA TENGOK PAS SKRG LEBIH LIBERAL...
SEBAGAI CONTOH PENGUNAAN NAMA ALLAH DLM GEREJA TELAH DPERSETUJUI OLEH PAS DAN NIK AJIS......itu baru satu....mereka(PAS) tidak sedar mereka dIperBODOHKAN oleh DAP....DAP PANDAI BERLAKON DEPAN MULUT MANIS TAPI BELAKANG...SAYA PERNAH ALAMI SENDIRI.....SEDARLAH KITA DI DALAM BAHAYA SKRG......................
Thursday, October 7, 2010
UMNO perlu lebih serius pertahan nasib Melayu

ANJAKAN pemikiran, sikap dan tekad perwakilan mesti dibuktikan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai manifestasi berlaku transformasi parti yang diumumkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, tahun lalu.
Tidak perlu lagi memaparkan kisah Si Kitol, Pak Kaduk atau Si Luncai mahupun lawak jenaka ketika perbahasan, sebaliknya perwakilan perlu lebih serius memikirkan soal 'hidup dan mati' parti. Mereka perlu memperjelaskan lagi hala tuju dan nasib bangsa Melayu serta ke mana anak cucu bangsa Melayu berlindung jika kerajaan sekarang kecundang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kelak.
Kalau UMNO sudah sedar ia berada di dalam keadaan berbahaya, maka kepemimpinan parti harus menentukan sebabnya keadaan menjadi begitu dan mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan.
Menggunakan platform perhimpunan bagi membahaskan secara mendalam Bajet 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 15 Oktober, mencerna dasar dan semangat Model Baru Ekonomi (MBE), mempertingkatkan peranan Melayu dalam Model Ekonomi Luar Bandar (MELB) serta mengambil tahu entiti perniagaan, perusahaan serta korporat Melayu pada era kebangkitan ekonomi Asia tidak menjadi kesalahan kerana yang penting isi perbahasan perlu dikendalikan dengan bijak supaya UMNO dilihat menjuarai kepentingan Melayu dan melindungi rakyat keseluruhan.
Pemilihan bahan dan pembahas yang bagus mesti dilakukan supaya standard pemikiran UMNO tidak jadi bahan ketawa. Siri perbincangan pre-council yang dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein wajar diadakan supaya perbahasan lebih fokus dan idea yang diketengahkan boleh diambil untuk menyokong pelaksanaan dasar berkaitan.
Perbahasan masih tertumpu kepada ucapan dasar Presiden serta tiga usul; agama, pendidikan dan ekonomi. Slot baru perhimpunan dengan menganjurkan forum antarabangsa 2 hari membabitkan wakil lebih 40 parti politik pula untuk mendedahkan UMNO dengan pengalaman parti terbabit, termasuk kejatuhan Parti Liberal Demokrat (LDP) dari Jepun dan Parti Kongres, India. UMNO perlu berubah tanpa meninggalkan nilai murni dan perjuangan. Parti mesti memperhebatkan penganjuran siri kursus ilmu dan kepemimpinan untuk menjadikan ahli UMNO sentiasa bermaklumat serta mengikuti perkembangan arus politik perdana mahupun global.
Tahun depan dianggap gerbang baru memasuki fasa pertama ke arah merealisasikan Wawasan 2020 melalui pelbagai program mega transformasi pengurusan dan pentadbiran kerajaan serta strategi ekonomi. Ini turut menuntut perubahan pemikiran dan sikap rakyat termasuk ahli serta pemimpin UMNO supaya melihat kepentingan parti adalah yang teratas, manakala kepemimpinan sedia mendengar teguran pemimpin bawahan serta akar umbi.
Jangan jadi The Emperor without clothes dan pada tahap itu pun ada orang tidak menegur mengenai perkara sebenar.Perhimpunan ini untuk menentukan ke mana arah tuju parti, bangsa dan negara sekurang-kurangnya sehingga 2050. Ia juga mungkin menggamit pandangan perwakilan mengenai penilaian mereka terhadap kepemimpinan presiden sejak dua tahun lalu.
Ketika ini UMNO di ambang transformasi dari segi mental dan fizikal, sekali gus perlu tahu membezakan antara sikap oportunis dan optimistik. Kita berdepan dengan keadaan yang dicetuskan kelompok di luar parti yang berpolitik secara radikal dan beremosi. Ia mesti mampu menyuburkan kesedaran mutlak untuk ahli dan pemimpin UMNO benar-benar bersetia, berbakti dan berkhidmat. UMNO mesti menyahut gagasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Parti juga perlu mempertingkatkan perjuangan dalam pendidikan sebagai alat penyatuan dan menyuntik semangat nasionalisme yang tertinggi.
Kita mahu Melayu bersaing dengan kaum lain dan UMNO mesti berupaya menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan orang Melayu
PKR parti gengster

Kekecohan serta ugutan oleh sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga menyebabkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman membatalkan sidang akhbarnya semalam jelas membuktikan PKR merupakan sebuah parti gengster. Sehubungan itu, pihak polis diminta membuat siasatan terperinci serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbukti membuat kecoh serta mengugut Muhamad Rahimi dalam kejadian itu.
Insiden tersebut tidak boleh dibiarkan kerana jelas mereka menghalang Muhamad Rahimi daripada membuat sidang akhbar melalui cara kekerasan. 'PKR kata mereka juara kebebasan bersuara. Mengapa apabila Muhamad Rahimi hendak mengadakan sidang akhbar, ada ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar cuba menghalang beliau dan paling dikesali mereka berlagak samseng.
Adakah ini yang diajar oleh pemimpin-pemimpin PKR? Kejadian seperti ini tidak boleh dibiarkan. Tindakan samseng puak-puak PKR ini perlu dihentikan. Sebaik sahaja sidang akhbar hendak dimulakan, salah seorang daripada kumpulan lelaki itu mula menjerit-jerit meminta Muhamad Rahimi berhenti dan tidak mengaibkan Anwar.
Keadaan semakin kecoh apabila rakan-rakan lelaki itu turut menjerit, memaki hamun dan mengugut Muhamad Rahimi agar tidak meneruskan sidang akhbarnya. Selama ini Malaysia bebas daripada budaya samseng tetapi PKR nampaknya telah memulakan budaya tersebut terhadap mereka yang cuba mendedahkan kebenaran sama ada PKR atau Anwar.
Sunday, October 3, 2010
DASAR BAIK, PELAKSANAAN BERMASALAH

Hari ini, melalui gandingan mantap Najib-Muhyiddin kita dapat melihat adanya suatu kekuatan yang kukuh bagi Melayu dan negara menongkah gelombang abad ke-21 dengan penuh jaya. Namun persoalan yang sering dibangkitkan oleh rakyat sejak dahulu lagi adalah kita sering menggubal dasar yang berasaskan falsafah dan manifestasi yang baik namun masih gagal dalam pelaksanaan.
Menurut pengamatan saya, lapisan penggubalan dasar adalah di peringkat kepimpinan tertinggi negara. Pemimpin di lapisan seterusnya perlu bertindak sebagai agen pelaksana dasar dan tidak perlu mempertikaikan dasar yang dibuat kecuali dalam keadaan wujudnya kepincangan dalam proses pelaksanaan. Dan kesemua pelaksanaan ini pula perlu dipantau hingga peringkat tertinggi.
Inisiatif Dasar Ekonomi Baru (DEB) misalannya begitu jelas berniat baik, tetapi adanya kepincangan tertentu menyebabkan objektifnya belum di gapai 100 peratus.
Orang Melayu memang masih perlu dibantu malahan hak ini tidak perlu dipertikai. Namun saya melihat 'sistem' yang ada hari ini telah gagal menerbitkan minda Melayu 'kelas pertama' pada skala yang diperlukan.
Di sinilah kegagalan kita; mengubah Melayu kepada mentaliti yang bersifat 'kombatif' sebaliknya kekal dengan perangai 'terlalu' bergantung. Sesetengahnya pula lebih kepada hendak cepat kaya. Ada jugalah kelibat-kelibat yang berjaya ke level yang ditagih, tetapi jumlahnya tidak ramai.
Dengan kita sudah sedekad di abad ke-21, anjakan paradigma dan minda bukan lagi sekadar dituntut malahan menjadi kewajipan khusus andai Melayu masih mahu kekal progresif dan kompetitif. Perkara-perkara sebegini sepatutnya menjadi sebahagian dari kriteria dasar dan pelaksanaan juga. Untuk itu cadangan dan suara hati rakyat perlu dilihat. Betul ataupun salah, tidak menjadi hal kerana yang penting akan wujud suatu 'perkongsian jambatan' antara rakyat dan kerajaan.
Saturday, October 2, 2010
Apa erti jadi orang Melayu

Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.
Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.
Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.
Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu ialah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.
Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.
Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama untuk diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini seperti antaranya ialah mufti dilantik oleh Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja.
Kekuatan "Nun" dan "Mim"

SIRI adegan jenaka dalam karya P. Ramlee yang tak kunjung lekang dari siaran televisyen tempatan rasanya bagai tak lapuk dek hujan, sentiasa segar dan masih mampu mencuit hati untuk membuatkan kita tertawa.
Dalam satu adegan filem Nujum Pak Belalang misalnya, soalan ditanyakan berkenaan kekuatan di sebalik nama ‘Hang Tuah’ dan jawapan yang sebenarnya adalah huruf ‘Ta’. Jika diganti dengan huruf lain seperti ‘Ba’, akan jadilah nama lain seperti ‘Hang Buah’!
Begitulah jenakanya, pintar dan berisi. Hari ini kalau kita mengambil kira perihal UMNO pula, mungkin menarik jika kita kaitkan kekuatan UMNO kini yang terletak pada dua huruf iaitu ‘nun’ dan ‘mim’. ‘Nun’ dan ‘mim’ yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah gandingan Najib dan Muhyiddin.
Apa tidaknya, sejak dilantik ke kerusi utama peneraju negara, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membuktikan kekuatannya untuk mengembalikan semangat perpaduan di atas jenama 1Malaysia. Hadirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula selaku pembantu, melancarkan segala polisi merakyat dan pembaharuan dalam UMNO-BN, sekali gus menggentarkan pemimpin pembangkang !
Kurang setahun lalu, pakej rangsangan ekonomi negara yang diperkenalkan Perdana Menteri dalam dua peringkat dikatakan bakal membazir dan menemui kegagalan. Kini, pakatan pembangkang terpaksa menelan bulat-bulat kembali melihat keberkesanannya dalam menjana kestabilan ekonomi semasa.
Ia bakal dipersembahkan dalam Belanjawan 2011, sebagai bukti betapa kerajaan serius dalam memacu negara menongkah arus kegawatan sejagat. Lebih membanggakan, Havard Business School di Boston dikatakan menggelarkan usaha reformasi ekonomi bersifat nasional itu sebagai Najibnomics dan diletakkan sebagai salah satu bahan penyelidikan.
Perubahan kepimpinan Petronas pula menjadi petanda hasrat Perdana Menteri yang mahukan Petronas terus segar dengan idealisme terkini dan kekal dalam lingkungan New Seven Sisters. Inisiatif F1 1Malaysia yang dipelopori oleh gabungan Proton dan Lotus pula dijangka mampu menobatkan Proton dalam industri kereta dunia jika kena pendekatannya.
Sementara dari aspek memulihkan semangat ‘bangsa Malaysia’, Najib dengan berani mengumumkan konsep 1Malaysia yang juga sebagai ‘pengubat’ kepada perpaduan masyarakat yang seringkali ditimbulkan pembangkang. Di sebalik kata-kata sinis dan prejudis yang diluahkan, alhamdulillah hari ini, ia terbukti membawa semangat perpaduan rakyat ke aras pencapaian yang lebih cemerlang.
Tidak hanya pada kata-kata lisan, Najib-Muhyiddin mengambil inisiatif walk-about iaitu menjalankan usaha tinjauan kehidupan masyarakat bangsa lain seperti kumpulan peniaga, lawatan ke kampung dan kawasan perumahan masyarakat India serta perkampungan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, dasar kerajaan perpaduan dengan kepimpinan Pas pula tidak pernah ditutup. Demikian juga sebarang usahasama demi kebaikan rakyat dengan parti-parti politik lain.
Jika usaha Najib lebih tertumpu kepada penyatuan masyarakat berbilang kaum dan menjamin kestabilan serta momentum ekonomi bersifat global, gandingan Muhyiddin pula begitu gigih memastikan usaha dan idea Najib terlaksana dalam bentuk hakiki.
Program pembaharuan, mendekati rakyat dan menjuarai siri-siri by-election sepanjang tahun lalu membuktikan track record beliau sepanjang tahun. Paling manis, apabila kalendar by-election tahun lalu disudahi dengan kemenangan meyakinkan di Bagan Pinang. Ia sekali gus petanda kepercayaan rakyat kepada kepimpinan UMNO-BN telah berjaya diraih semula. Ini dalam kata lain juga bererti sokongan rakyat yang padu terhadap gandingan ‘nun’ dan ‘mim’ ini.
Kerja keras Muhyiddin juga terlihat dalam memantau usaha menangani krisis H1N1, meningkatkan penguatkuasaan maritim dan isu pendatang haram. Isu-isu sampingan itu dilihat faktor penting yang memungkinkan krisis ekonomi sejagat tidak membarah
.
Dalam portfolio pendidikan pula, isu PPSMI yang begitu hangat diperkatakan, berjaya diselesaikan sehingga tiada lagi sebarang suara-suara protes. Masalah PPSMI dilihat dapat diselesaikan dalam keputusan profesional yang penuh berjustifikasi berdasarkan fakta dan angka, bukan sekadar sentimen dan keputusan politik semata-mata.
Dengan tema reformasi pendidikan bersifat ‘mengukuhkan bahasa Inggeris, memartabatkan bahasa Melayu’, majoriti masyarakat menerima idea itu dengan persetujuan penuh.
Dengan barisan kepimpinan lawan (seperti PKR) yang kini bagai berlumba-lumba kembali kepada perjuangan suci UMNO, saya tidak lihat begitu mustahil untuk UMNO-BN kembali bertakhta secara mutlak selaku ‘arkitek’ pembangunan negara.
Pembangkang kini sudah gentar dan berdebar-debar. Jadi, yang tinggal kini cumalah untuk kita merapat, melurus dan mengukuhkan barisan, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang anasir perpecahan dan insya- Allah, PRU-13 nanti, pasti sudah ada rezeki yang menanti !
Wednesday, September 22, 2010
Kepemimpinan utama perlu ambil sikap diplomasi selesai krisis politik, satukan ahli

PEPATAH Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Demikian juga dengan pepatah berikut, sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.
Kedua-dua pepatah Melayu yang disebutkan tadi pada dasarnya mengajak kita lebih berwaspada ketika mengeluarkan pandangan mahupun kritikan terhadap sesuatu perkara. Adalah kurang bijak untuk pihak tertentu beranggapan kata-kata dilafazkan mereka tidak memberi makna atau mencetuskan impak. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu datang daripada mulut orang politik. Sebagai pemimpin politik, sudah pasti percakapan mereka menjadi perhatian umum. Dalam negara yang didiami masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang masing-masing mempunyai sensitiviti, ia menuntut pemahaman jitu daripada si pelaku untuk bertindak dalam batasan dibenarkan agar tidak membangkitkan perselisihan faham.
Dewasa ini, kebanyakan pemimpin politik kalaupun tidak semua begitu cenderung bercakap di hadapan wartawan mengenai isu yang dekat dengan hati mereka. Semuanya dibuat dengan harapan suara dan buah fikirannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar.
Bagaimanapun, dalam keghairahan meluahkan pandangan mereka, wujud kemungkinan mereka akan terlepas cakap sehingga membangkitkan kemarahan pihak lain.
Justeru, apabila Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengeluarkan beberapa kenyataan panas mengenai isu sensitif baru-baru ini, pelbagai pihak berkepentingan sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan, orang perseorangan mahupun pemimpin politik berasa tersinggung dan marah. Reaksi daripada pihak ini sebenarnya bukan baru, malah sudah dijangka.
Kelantangan MCA bersuara terhadap isu sensitif seperti pemansuhan ekuiti Bumiputera 30 peratus, mengamalkan sikap yang agresif terhadap UMNO dengan menuduhnya menggunakan agama sebagai alat meraih sokongan Melayu serta dikatakan sanggup bersekongkol dengan DAP dalam isu bersama, ternyata membuka mata segelintir pihak.
Jika ketika kepemimpinan Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Ka Ting MCA dilihat lebih diplomatik dan menyelesaikan isu berbangkit secara tertutup, MCA di bawah kendalian Soi Lek pula nampaknya lebih agresif.
Tidak salah sesebuah parti politik dan pemimpinnya meluahkan pendirian mengenai isu tertentu kerana dalam sistem demokrasi semua individu mempunyai kebebasan berbuat demikian. Namun, kebebasan sedia wujud itu harus dimanfaatkan dengan diskusi politik yang rasional lagi objektif.
Sebagai tokoh politik yang lama berkecimpung dalam arena politik, Presiden MCA itu sebenarnya sedar implikasi yang bakal menyusul sejurus selepas kenyataan pedas itu keluar daripada mulut beliau.
Malah, bekas Menteri Kesihatan itu tentu membuat perhitungan terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan. Mahu atau tidak, beliau terpaksa mengimbangkan antara kepentingan parti diterajuinya dengan kepentingan pakatan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.
Dalam apa situasi sekali pun, kelantangan ditunjukkan harus bertempat dan kena pada masanya. Ini bermakna jika sesuatu situasi menuntut MCA bersifat lantang pada ketika itu, maka gunakanlah peluang berbuat demikian, bukan menunggu ke saat lain.
Pemilihan masa untuk bersifat lantang juga memainkan peranan. Apa gunanya parti politik seperti MCA bersifat lantang memperjuangkan isu rakyat tatkala amarah serta kekecewaan mereka masih belum reda?
Bukankah lebih baik pucuk kepimpinan parti memanfaatkan kesempatan ini mengenal pasti dengan lebih tuntas, melakukan bedah siasat terhadap punca di sebalik penolakan masyarakat Cina, serta cara memenangi mereka kembali daripada terus berpolemik?
Jika dianalisis dengan lebih mendalam mengenai isu ini, Soi Lek hakikatnya tidak mempunyai pilihan. Boleh dikatakan beliau dalam keadaan kalah-kalah. Dalam konteks ini, beliau mengambil risiko besar jika terus menunjukkan kelantangannya.
Sekiranya terus menyuarakan pandangan dengan lantang, MCA mungkin akan kehilangan sokongan daripada rakan komponen lain. Malah penghormatan kepada MCA sejak kebelakangan ini oleh pihak tertentu seperti NGO kian terhakis. Ini terbukti dengan peringatan dan cabaran yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin Perkasa kepada MCA agar tidak membangkitkan isu panas.
Ternyata, masa menjadi musuh utama kepada Soi Lek dan kepemimpinannya. Krisis politik MCA baru saja tiga bulan berlalu dan yang pasti luka serta parut daripada krisis itu masih belum pulih sepenuhnya. Beliau perlukan masa untuk merapatkan kembali saf parti yang berpecah.
Wednesday, September 15, 2010
Antara perpaduan, penjenamaan, rombakan
TIGA perkara penting menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini. Pertama cadangan perbincangan kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan UMNO yang telah ‘dikebumikan’ sebelum diberi peluang untuk bernyawa.
Memanglah mungkin orang Melayu tidak akan dapat bersatu padu. Dalam Pas sendiri cadangan tersebut ditentang oleh barisan pemimpin sendiri. Apatah lagi di kalangan sekutu Pas, DAP dan PKR. Sehinggakan Hadi terpaksa melupakan hasrat untuk berbincang tentang kerajaan perpaduan.
Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan di kalangan Pas dan UMNO menyebabkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam blognya mengemukakan persoalan kepada masyarakat Cina sama ada MCA patut keluar daripada BN atau tidak. Mengikutnya 75 peratus mengatakan persetujuan kewajaran tersebut.
Apakah tujuan sebenar Tee Keat membuat kajian tersebut di kala Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap tentang Satu Malaysia? Mungkin beliau ingin menggunakan keputusan kajian tersebut bagi membantu beliau membuat sesuatu keputusan.
Ketiga, Tee Keat juga menyatakan tidak ada salahnya kalau MCA berbincang tentang perpaduan dengan DAP atau sesiapa pun. Dah kalau dengan DAP pun boleh berbincang, mengapa tidak dengan Gerakan atau abang kepada DAP iaitu PAP?
Jangan sampai orang Melayu jadi “menang sorak kampung tergadai”. Ini yang membuatkan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyuruh mencontohi parti Cina yang sanggup melupakan ideologi parti demi perpaduan mereka.
Pas dengan UMNO memang sudah tidak jadi. Sememangnya betul kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidak wajar bagi satu bangsa sahaja dalam negara berbilang bangsa mentadbir negara.
Bagaimanapun, sejak kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, macam-macam suara timbul seperti kajian ringkas bertanyakan patutkah MCA keluar daripada BN dan polemik tentang kontrak sosial yang dipersetujui semasa penubuhan Malaysia dulu.
Seruan yang terbaru sekali daripada anggota komponen BN ialah meminta dibenarkan ketua pengganas komunis, Chin Peng kembali ke negara ini. Ini semua adalah provokasi untuk menguji tahap kesabaran kita.
Pepatah Melayu mengatakan: “Lalu jarum lalu kelindan”. Dan apabila Pemuda Pas menyarankan agar Dasar Ekonomi Baru jangan dihapuskan, kita mendengar tentangan daripada MCA sendiri.
Ramai orang mungkin tidak sedar siapa sebenarnya yang untung besar sejak Rancangan Malaysia Pertama hingga Kesembilan. Kalau kita andaikan setiap rancangan lima tahun itu bernilai RM100 bilion tiap-tiap satu, kita dah lalui lapan rancangan. Ini bererti kita sudah belanja RM800 bilion.
Kita tahu RMK-9 bernilai RM220 bilion jadi kesemuanya berjumlah RM1.02 trilion. Orang Melayu dan Bumiputera dikatakan ada bahagian sebanyak 18 atau 19 peratus sahaja. Jadi siapa yang dapat sebahagian besar daripada RM1.02 trilion ini?
Kita semua tahu jawapannya. Habis kenapa hendak bising-bising lagi?
Adakah ini ekoran daripada cakap-cakap penjenamaan yang kerap kita dengar selepas pilihan raya tersebut? Apakah penemuan-penemuan daripada kajian yang dijalankan atas kekalahan teruk BN yang membuatkan parti-parti komponen ingin menjenamakan parti masing-masing?
Selain daripada UMNO yang presidennya telah bertukar dan disahkan di Perhimpunan Agung lepas, ada parti-parti komponen lain ibarat “tasik yang di atasnya nampak tenang tetapi di bawahnya berkocak kuat”.
Ada presiden yang tidak baik dengan timbalannya, ada presiden yang tak mahu bagi orang lain mencabarnya, ada yang sengketa dalaman terpaksa diselesaikan dengan keputusan Pendaftar Persatuan.
Penjenamaan ialah branding atau diberi nama baru tetapi penjenamaan sahaja tidak mencukupi kerana apa yang diperlukan ialah rombakan.
Kunci kepada rombakan ini ialah punca ketidakpuasan rakyat terhadap beberapa perkara berkaitan dengan kehidupan mereka, yang utamanya kos sara hidup yang melonjak dan janji yang tidak ditepati.
Kita boleh membuat andaian bahawa keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri selepas mengambil alih kepimpinan iaitu meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan dan juga sektor kewangan yang mana ekuiti minimum Bumiputera tidak lagi disyaratkan adalah manifestasi daripada apa yang mungkin diperolehi daripada penemuan-penemuan kajian tentang kekalahan BN tersebut.
Begitu juga dengan perubahan kepada kementerian-kementerian yang antara lain telah melenyapkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, satu-satunya yang dianggap lubuk pembangunan kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Pada sebuah seminar tentang Satu Malaysia yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu dan kerajaan Terengganu, ada panel yang menyatakan mungkin gagasan Satu Malaysia lahir disebabkan rasa bersalah orang Melayu. Ia kerana kewujudan ‘peruntukan-peruntukan’ dan keutamaan yang diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera seperti biasiswa, kuota, lesen, penyertaan dalam perkhidmatan awam, kepimpinan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan sebagainya yang sebahagian besarnya termaktub dalam Perlembagaan.
Sama ada pandangan tersebut betul atau tidak wallahualam. Bak kata Nabil Raja Lawak: “Lu fikirlah sendiri”.
Tuesday, September 14, 2010
Pemimpin kena tunjuk kesungguhan

Sehingga saat ini, parti-parti pembangkang terus mengganggu-gugat ketenteraman negara dengan pelbagai isu dan "desakan yang bukan-bukan".
Kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menunjukkan kepimpinan positif dalam membawa senario politik negara ke arah fasa penyelesaian isuisu berbangkit secara menyeluruh dan bukannya secara pendekatan jangka pendek (fire-fighting) seperti yang disangka dan diharapkan oleh parti pembangkang.
Pendekatan menyeluruh ini amat penting kerana ia secara langsung menggagalkan strategi pembangkang untuk menghalakan kerajaan BN ke arah satu sudut yang mampu memusnahkan imej BN-UMNO itu sendiri.
Kita juga tidak boleh lupa bahawa sebilangan besar rakyat terdiri daripada kelompok rakyat rasional yang tidak mudah terbuai oleh hujah-hujah pesona ahli-ahli politik. Kelompok ini sentiasa menilai dan menitikberatkan pencapaian para pemimpin dan parti yang disokong mereka bagi memastikan ia mengotakan janji-janji yang dibuat semasa kempen PRU12 lalu.
Kesungguhan mengotakan janji
Persoalan sama ada janji-janji itu sudah dikotakan atau tidak, kesungguhan untuk merealisasikannya dinilaikan sebagai usaha di landasan yang tepat.
Rakyat ingin melihat kesediaan pemimpin untuk "menyinsing lengan dan membanting tulang" dalam usaha memenangi hati mereka.
Bagi para pemimpin berjiwa rakyat, usaha mereka perlu dibuat dalam bentuk fizikal dan nyata. Aktiviti bersama rakyat tidak boleh menjadi aktiviti waktu senggang yang hanya bermusim.
Demikian juga dalam hal beramah mesra dengan masyarakat serta mengambil tahu susah senang rakyat bawahan. Setelah mengenal pasti isu rakyat, laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh kejujuran serta kegigihan.
Rakyat hari ini mendambakan keringat yang keluar daripada setiap pengorbanan yang telah mereka curahkan. Setiap titisan keringat itu sebenarnya mewakili setiap undian dan sokongan ke atas wakil rakyat tersebut. Inilah terjemahan lahiriah kepada slogan yang menyuruh wakil rakyat 'turun padang'. Ia perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Pendefinisian semula istilah 'turun padang'
Puas saya mendengar istilah menyuruh wakil-wakil rakyat untuk 'turun padang'. Pada fikiran saya, jikalau pemimpin tersebut dipilih oleh rakyat dan proses pemilihan itu juga dibuat di kalangan rakyat maka istilah pemimpin 'turun padang' tidak seharusnya terus wujud.
Sesungguhnya, pemimpin dan rakyat adalah dari 'padang' yang sama dan tidak perlu diumpamakan seperti golongan dewa-dewa yang hidup dalam dunia double standard sehingga dipisahkan daripada rakyat.
Pemimpin harus sedar bahawa majikan mereka sebenarnya adalah rakyat. Pemahaman mendalam ini melahirkan konsep "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".
Jika istilah 'turun padang' masih lagi terus digunakan, pastikanlah tujuan program 'turun padang' adalah tulus untuk bertemu, mendengar rintihan dan membantu rakyat.
Yang patut diutamakan ialah memastikan negara kekal berdaya saing dalam memacu ke arah kemajuan dan kemakmuran.
Kepada semua wakil rakyat, jalankanlah tugas seperti tiada esok, secara bersungguh-sungguh, jujur serta jangan lari daripada tugas itu. Ingatlah, usaha yang gigih dan istiqamah perlu sentiasa disulami dengan ketelusan, keikhlasan dan kepimpinan berhemah.
Apa erti jadi orang Melayu

Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.
Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu. Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.
Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu ialah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.
Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu. Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama untuk diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini seperti antaranya ialah mufti dilantik oleh Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja.
Tuesday, September 7, 2010
Lambat laun rakyat pasti sedar
SINDROM rakyat mengundi pembangkang kerana membenci kerajaan sering kita saksikan baik pada pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
Seperti sudah diagak, kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor juga dijadikan sebagai bahan oleh pembangkang agar rakyat terus membenci kerajaan Barisan Nasional.
Begitu juga para blogger propembangkang yang mengeluarkan 'cereka fiksyen' yang diolah penuh dramatik mengenai "bagaimana berlakunya kematian mendiang Beng Hock". Ia seolah-olah penulis blog itu ada bersama dan melihat saat-saat akhir sebelum Beng Hock menemui ajalnya!
Reaksi dan tabiat buruk pembangkang dan para blogger yang propembangkang semasa berdepan dengan pelbagai senario dan isu sememangnya sudah boleh diramal. Sering kali ia memualkan kerana mereka cuba mengambil kesempatan ke atas sesuatu isu secara keterlaluan sehingga seolah-olah mencabar dan menghina kebijaksanaan kita!
Begitu juga sewaktu pengundian di Manek Urai. Pemimpin-pemimpin UMNO dikatakan berkempen menggunakan politik wang, ditohmah membazir, berjoli dengan wang rakyat dan sebagainya. Walhal, hakikat sebenar di belakang kekalahan sipi BN baru-baru ini ialah kerana kerajaan Pas tidak menjalankan amanah rakyat kepadanya.
Tidak pernah saya bayangkan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik, pembinaan jambatan utama dan surau serta masjid masih gagal disediakan oleh kerajaan Pas walaupun selepas berkuasa hampir 20 tahun.
Ternyata "tepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri".
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa menjadi mangsa setiap kali keputusan pilihan raya tidak memihak kepada pembangkang. Namun suara sumbang seperti itu tidak kedengaran pada pilihan raya kecil yang dimenangi oleh pembangkang.
Menabur Kebencian Vs Menawan Hati
Sesungguhnya, kempen pilihan raya bagi pembangkang adalah "medan menabur kebencian" terhadap kerajaan. Itulah modal mereka sejak dahulu untuk menarik sokongan. Memang terbukti, mengajak rakyat membenci kerajaan adalah lebih mudah berbanding usaha menawan hati pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang yang kini semakin bercelaru.
Tanpa ada niat mempertikaikan kemampuan kumpulan professional yang ada dalam kem pembangkang, taktik kempen mereka sehingga kini masih intim menggunakan modal kebencian.
Misalnya di Manek Urai. Pembangkang berkempen agar rakyat tidak mengundi BN di atas alasan kerajaan BN tidak pernah adil dan sebagainya. Ia berbeza berbanding kempen BN yang lebih bersih dengan cuba menawan hati rakyat dengan menawarkan pembangunan.
Akhirnya, terbukti rakyat tidak termakan 'racun kebencian' buat selama-lamanya. Sebahagian besar pengundi di Manek Urai mula menerima tawaran pembangunan anjuran BN/UMNO.
Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna termasuk BN. Malah "tiada gading yang tidak retak". Kelemahan kepimpinan BN sebelum ini merupakan antara penyumbang kepada kegagalan Pilihan Raya Umum Ke-12.
Rakyat berhak menilai 50 tahun pembangunan di bawah BN. Cacat-cela itu wujud dan kerana 'beberapa titik nila' ini maka 'rosak susu sebelanga'.
Kerajaan terpaksa menelan bulat-bulat kesan daripada beberapa kegagalan program tertentu sekalipun adakalanya ia disebabkan faktor luaran dan ekonomi dunia.
Sesungguhnya, ramai yang termakan "racun kebencian" yang disemai pembangkang sehingga 'menutupi' majoriti jasa BN selama ini kepada negara dan bangsa.
Masyarakat pelbagai kaum terus-terusan diajak membenci kerajaan. Kaum Cina dan India terpengaruh dengan tuduhan UMNO sebagai parti rasis. Kaum Melayu pula dijaja dengan modal bahawa UMNO ini tidak Islamik dan mengamalkan rasuah. Dalam hal ini, media Internet ternyata suatu platform utama menanam rasa benci terutama di kalangan generasi muda.
Dalam hal ini, sekalipun pihak pembangkang menang pada pilihan raya, ia hanya disebabkan faktor orang benci, menyampah dan marah kepada kerajaan BN hanya kerana hal-hal tertentu sahaja. Kemenangan mereka bukan atas faktor keyakinan kepada pakatan pembangkang.
Apakah kita buta dan tidak dapat melihat bahawa kesatuan Pas, DAP dan PKR yang berlainan kutub ini semakin serabut dengan pelbagai masalah dalaman?
Bagaimanapun kita percaya lambat-laun rakyat pasti sedar. Rakyat Malaysia yang sebenarnya matang berfikir, mempunyai intelek tulen dan betul-betul sayangkan negara akan nampak perkara ini. Siapa yang sebenarnya berusaha dan siapa juga yang membangunkan negara.
Berbanding dengan kumpulan pembangkang yang lebih sibuk berminat untuk menyemai sindrom kebencian tetapi jasa pembangunan yang dibawa tidak ke mana. Mereka berterusan menjaja isu-isu yang tidak sepatutnya demi meraih sokongan rakyat.
Sunday, September 5, 2010
'PADANG POLITIK MELAYU' DISEMPITKAN

Saya terkilan apabila memikirkan nasib Melayu yang tersekat di fasa survival kini ada kaitan dengan 'padang permainan politik dan ekonomi' yang adakalanya 'disempitkan' oleh bangsa sendiri juga!
Kenapa perlu disempitkan? Sedangkan hari ini wujudnya dunia alam maya yang melipat-gandakan keluasan padang politik dan ekonomi kita!
Kita perlu juga sedar dengan senario yang berlaku di mana hak orang Melayu untuk berniaga di beberapa tempat dirampas dan berlaku juga kejadian di mana perarakan meraikan Maulidur Rasul tidak dibenarkan.
Itu belum mengambil kira kes-kes lepas lagi. Kalau hendak dikira semuanya, pasti tidak cukup sepuluh jari. Kononnya hendak mengajar kuasa untuk menegakkan agama dan keadilan. Tetapi dalam proses itu, suatu yang sudah menjadi hak pula terlepas daripada genggaman!
Tak usahlah asyik mendendangkan pesona keagungan empayar Islam untuk meraih sokongan murahan. Ataupun bernostalgia dengan kehebatan empayar Melaka dan legenda Hang Tuah yang menjadi lambang keagungan Melayu suatu ketika dulu.
Apa gunanya kalau hakikatnya kita masih bermentaliti sempit dan asyik bertikam sesama sendiri? Kita sepatutnya telah lama bergerak ke arah mentaliti Melayu Baru yang lebih radikal, enthusiastic dan berlandaskan modal iman sejati?
Lantaran itu kita seharusnya berwaspada menilai 'bisikan syaitan' yang berniat untuk memberi gambaran mengelirukan. Jauhkan dari provokasi yang ingin melaga-lagakan. Jika memberi sokongan, pastikan baik untuk kemaslahatan rakyat dan masyarakat.
Jika menerima nasihat pula, pastikan ia diterima dari mereka yang beriman. Kalaulah yang diniatkan di hati itu sesuatu yang baik dan cara sudah ternyata betul, apa lagi yang mesti dikhuatirkan?




