
Jangan terkejut tapi inilah yang terjadi kepada orang Melayu di bawah Khalid Gagap. Baru-baru ini ketika turun di Sekinchan, Khalid Gagap, atas nasihat Lim Sue Lim Komunis, mengumumkan penduduk Cina di Sekinchan yang mendapat tawaran tanah kerajaan negeri hanya perlu membayar premium RM 1 sekaki. Kebanyakannya menerima 4000 kaki persegi. Ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM 4000.
UMNO Teluk Belanga's Fan Box
Followers
Monday, June 21, 2010
Melayu Bayar Sekaki RM 10... Cina Bayar Sekaki RM 1... Melayu Bayar Sekaki RM 10... Cina Bayar Sekaki RM 1...
HARTA TERBARU RAJA PASIR SRI MUDA...ADUN BUKAN EXCO PALING KAYA!!

GAMBAR DIATAS BUKAN DI EDIT!!!INI GAMBAR BETUL2 BUKAN COBAAN... SELEPAS MEMILIKI, NISSAN GRAND LIVINA, TOYOTA FORTUNER, RUMAH MEWAH DI PUNCAK ALAM... KERETA HONDA CRV DIATAS MERUPAKAN HARTA TERBARU RAJA PASIR SRI MUDA MERANGKAP ADUN KAWASAN SRI MUDA...
BEKAS PEKERJA KILANG OBAT INI BERUBAH DALAM SEKELIP MATA.. 2 TAHUN MENJADI WAKIL RAKYAT RAJA PASIR DAH MAMPU BELI APA SAJA...
INI HARTA YANG DILIHAT...BELUM LAGI KITA LIHAT HARTA YANG TIDAK DILIHAT..
BONUS 6 BULAN KUMPULAN SEMESTA.. DAN MACAM2 LAGI...
SUHAIMI RAJA PASIR TELAH MELANCARKAN TABUNG BENCANA UNTUK DUN SRI MUDA...TAK PERNAH DALAM SEJARAH WAKIL RAKYAT MINTA DUIT RAKYAT UNTUK DIBERI PADA RAKYAT...
TAK KAN DUN SRI MUDA TIADA PERUNTUKAN UNTUK BENCANA???SAMPAI SUHAIMI RAJA PASIR KENA BUAT TABUNG UNTUK MENAMPUNG MANGSA2 BANJIR DI BUKIT LANCHONG,JALAN KEBUN DAN LAIN2.. TAK KAN ADUN SRI MUDA TAK MAMPU NAK CARI DANA UNTUK DIJADIKAN PERUNTUKAN KHAS BENCANA? BAIK TAK PAYAH JADI WAKIL RAKYAT...
BAYANGKAN KALAU SUHAIMI JUAL KERETA DI ATAS... DUITNYA DIJADIKAN PERUNTUKAN KHAS UNTUK BENCANA SRI MUDA... AMACAM OK???
SETAKAT BILA BANJIR BAGI BERAS 5 KILO,SARDIN SETIN,SUSU SETIN,MILO SETIN... SEDIHNYA... SUHAIMI NI BUKAN MISKIN PUN..DULU MASA KERJA KILANG OBAT MEMANG DIA MISKIN..TAPI SEMENJAK JADI WAKIL RAKYAT NI..TGK LAH HARTA DIA...
*** Ihsan dr rakan FB = Anti PKR Club
Sunday, June 20, 2010
Mengapa pemimpin sekarang lebihkan politik?

Sejak akhir-akhir ini hanya isu politik diketengahkan saban hari. Apakah rakyat Malaysia sudah begitu maju sehinggakan semua lupa tentang tanggung jawab untuk meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup?
Kita sebagai rakyat pun kadang-kadang perlu fikir secara rasional tentang politik. Kadangkala terlebih politik sehinggakan ada yang hendak membawa bekas pengkhianat bangsa balik ke sini. Ada yang bercakaran sesama bangsa sehinggakan ada orang lain ingin melihat Melayu menuju kehancuran.
Ada yang beragama pun sanggup menabur fitnah kepada bangsanya sendiri. Apakah ini yang dituntut oleh Islam? Kita perlu balik ke jalan yang benar. Harap pihak atasan bersungguh-sungguh untuk membuat rekod bersih supaya hidup rakyat lebih tenang. Rasuah adalah penyakit yang paling aktif di negara kita sekarang. Negara kita memang kaya dengan slogan oleh pemimpin. Tapi setakat mana keberkesanan slogan itu?
Ada yang ingin menjadi pemimpin rakyat walhal itu hanya omong kosong yang dapat dilihat oleh semua rakyat. Mengapa kita tidak berusaha untuk menyatupadukan rakyat? Mengapa perlu politik yang berpanjangan sehinggakan suara rakyat tidak lagi di dengari?
Pemimpin harus sedar yang mereka dipilih oleh rakyat bukan mereka yang memilih rakyat. Semua kaum di Malaysia harus mendapat kesaksamaan dalam pelbagai aspek. Tingkatkan ekonomi negara supaya kita gah di mata dunia, tapi harus diingati aspek agama adalah paling penting dalam kehidupan seharian.
Ingatlah, berpeganglah pada agama insya-Allah selamat dunia dan akhirat. Yang bercakaran sesama Islam hendaklah berbaik dan cari jalan penyelesaian bukan jalan pergaduhan sehingga kita leka akan tanggung jawab kita.
Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan. Ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik. Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang.
Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk memperbetulkan segala persepsi salah yang dibuat oleh pembangkang dan tidak tunduk dengan sebarang ancaman. Perlu ada barisan yang ampuh untuk mempertahankan perjuangan UMNO dan mengembalikan kejayaan parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.
Bukan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak baik, tetapi mainan persepsi pembangkang menyebabkan rakyat menjauhkan diri. Berbanding suasana politik pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, bila kerajaan bagi peruntukan sahaja, rakyat sudah boleh menerimanya. Tetapi sekarang lain, mereka masih ada rasa tidak puas hati. Jadi ini yang perlu UMNO dan BN perbetulkan.
Prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu bukan kerana rakyat tidak berpihak pada UMNO dan BN tetapi kerana mereka menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat, tidak menunaikan janji serta bongkak.
Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat, UMNO tidak boleh ketinggalan dengan metodologi lama sebaliknya perlu menggunakan metodologi terkini supaya dilihat sebagai parti yang dinamik dan berkesan.
UMNO adalah parti yang terlalu lama, jadi pembaharuan adalah sangat perlu. Kita perlu cari jalan untuk menjadikan 'barang' yang lama itu lebih baik untuk dipandang dan kembali disukai.
Saturday, June 19, 2010
800 ahli DAP Malim Nawar keluar parti

DAP Perak menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila seramai 880 ahli DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar mengikut jejak wakil rakyat kawasan itu, Keshvinder Singh keluar dari parti tersebut.
Jika Keshvinder memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas, ahli-ahli DAP itu memilih untuk menyertai Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM) selepas hilang keyakinan terhadap DAP untuk membela nasib mereka.
Mereka terdiri daripada 200 ahli DAP Cawangan Batu Putih, Malim Nawar (300), Kampar Estate (180) serta Mambang Di Awan seramai 200 orang. Kesemuanya berbuat demikian kerana yakin PMSM dapat membantu membela nasib mereka selepas berjaya mendapatkan bekalan air bersih dan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Batu Putih di sini baru-baru ini.
Banyak permohonan daripada ahli-ahli pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampar dan seluruh Malaysia untuk menyertai PMSM.
Setakat ini, PMSM mempunyai lebih 16,000 ahli di seluruh Perak dan kini yakin dapat mencapai bilangan keahlian sebanyak 50,000 orang menjelang pilihan raya umum akan datang. Kebanyakan ahli yang menyertai PMSM terdiri daripada golongan muda dan pastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.
Dengan ini, Kita yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula kerusi DUN Malim Nawar yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti hanya 1,362 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.Thursday, June 17, 2010
Kami tahu siapa Anwar - Muhammad Zahid

Sikap berpura-pura dan 'talam dua muka' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan pelbagai kenyataan terhadap beberapa isu sememangnya sudah diketahui umum.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, daripada pembentukan 'Kerajaan 16 September' hingga kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, semuanya adalah palsu untuk menutup kes liwatnya yang masih dibicarakan di mahkamah.
''Terbaru sikap berpura-pura jelas dilihat dalam isu penentangan terhadap lesen pertaruhan sukan. Walhal, ketika masih dalam Kabinet dahulu, beliau adalah penyokong kepada syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum).
''Ini didedahkan sendiri oleh rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan yang jelas menampakkan lagi siapa dirinya yang sebenar. Pendedahan ini bagi saya tidak memeranjatkan kerana ia sudah diketahui,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan yang menyifatkan bekas rakan karibnya, Anwar tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.
Menurut Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.
Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.
Zahid berkata, dalam isu jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, Anwar kelihatan 'tidak berpijak di bumi nyata' kerana kerusi Parlimen PKR semakin berkurangan berbanding DAP.
''Sedangkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen pun diberikan kepadanya atas ihsan DAP.
''Kerusi Parlimen milik PKR sudah berkurangan dan saya tidak fikir DAP akan memberi laluan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika DAP menguasai nanti,'' jelasnya.
MEMAHAMI GAGASAN 1MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF AGAMA

Ketenangan dan keharmonian hidup yang kita kecapi semenjak lebih 50 tahun yang lalu terasa diganggu oleh gelora yang tidak pernah kita undang. Apa yang menyedihkan, gelora itu datangnya dari kalangan masyarakat kita sendiri yang tertutup akal budinya. Mereka seolah-olah tidak lagi kenal yang mana intan dan yang mana kaca. Bagi mereka, kata orang-orang tua dahulu itu tidak lebih daripada permainan bahasa untuk melunakkan hati yang rawan semata. Tanpa mereka sedar, mereka lebih rela memilih kaca yang bukan hanya melukakan diri mereka, bahkan masyarakat yang mereka sendiri adalah anggotanya.
Hakikatnya hari ini kita sering digemparkan dengan insiden-insiden yang merendahkan martabat manusia. Kes-kes saperti mogok lapar (satu perbuatan penganiayaan diri sendiri),penderaan majikan terhadap pembantu rumah,, penderaan ke atas anak-anak, kes-kes ragut dan seumpamanya, penganiayaan suami ke atas isteri dan antara suami isteri tiada lagi perasaan kasih yang disebut oleh al-Quran sebagai sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang), dan rahmah. Semuanya itu mencerminkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan semua umat manusia khasnya umat Islam sendiri.
Begitu juga dengan konsep kejiranan yang dianjurkan oleh Islam telah jauh diabaikan sehingga jiran sebelah rumah pun tidak kenal mengenal antara satu sama lain dan kalau kenal pun tidak bertegur sapa kerana perbezaan aliran politik dan sebagainya. Sedangkan dalam Islam kesempurnaan iman seseorang itu diukur sejauh mana ia dapat menghormati jirannya.
Cinta adalah akar daripada segala kebaikan dan keutamaan hidup manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Syaikhan)
Seorang mukmin yang mengagungkan sifat Ar-Rahman dalam kehidupannya akan selalu menyebarkan sifat kasih sayang pada semua orang.Ia mengasihi orang lain saperti ia mengasihi diri sendiri.Mengerat dan menjalinkan hubungan sosial sesama manusia membuktikan diri nya sebagai peribadi yang memberikan manfaat kepada seluruh anggota masyarakat
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya bagi manusia lain”(hadis riwayat At-Tabrani).
Namun, ketika peradaban manusia semakin memilih materialistik, sombong serta tamak haloba, masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi? Malah dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang itu jika dia tidur dengan perut yang kenyang di malam hari sedangkan dia tahu memang jirannya berlapar.” (Riwayat Abu Daud)
Demikian juga hari ini dalam hubungan antara saudara dengan saudara kandungnya, antara kerabat dan saudara dekatnya tidak ada lagi rasa kasih yang mengikat anggota keluarga yang satu, apatah lagi terhadap hubungan dengan sesama manusia di luar ikatan keluarga.
Orang yang memutuskan tali silaturahim dilaknat oleh Allah s.w.t. Kehadiran orang yang memutuskan silaturahim di tengah-tengah di antara kita, ia akan menularkan laknat itu kepada manusia di sekitarnya. Sebab itulah ketika Nabi s.a.w berada di Arafah pada waktu lsyak, di tengah-tengah para sahabat, tiba-tiba Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku tidak menghalalkan siapa pun yang pada petang hari ini dalam keadaan memutuskan tali silaturahim kecuali dia harus meninggalkan kami.”
Pada waktu itu seorang pemuda segera meninggalkan majlis Rasulullah s.a.w, dan tidak lama kemudian dia kembali menemui Nabi s.a.w. Ketika Nabi bertanya apa yang terjadi kepadanya, pemuda itu menjawab bahawa sudah lama dia bertengkar dengan ibu saudaranya, tidak saling menegur, dan tidak saling bertanya.
Ringkasnya, mereka memutuskan silaturahim. Apabila pemuda tersebut tahu Rasulullah benci kepada orang yang memutuskan tali silaturahim, dia pun segera menemui ibu saudaranya dan menjalin kembali persaudaraannya yang terputus.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada pemuda itu yang bermaksud:
“DudukIah engkau, engkau telah berbuat baik, kerana rahmat Allah tidak akan turun di suatu kaum yang di situ ada orang yang memutuskan silaturahim.”
Ini bererti kalau di tengah-tengah keluarga kita ada orang yang memutuskan silaturahim - misalnya, ada anak yang bertengkar dengan orang tuanya dan tidak mahu mengalah, ibunya tidak mahu memaafkan dia dan anaknya tidak mahu datang meminta maaf kepadanya maka kehadiran orang seperti itu akan mendatangkan laknat bagi orang yang ada di sekitarnya. Keluarga itu kemudian tidak memperoleh rahmat Allah s.w.t kerana rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang di sana terdapat orang yang memutuskan silaturahim. Oleh hal yang demikian itu, al-Quran berkali-kali mengingatkan kepada kita agar memelihara silaturahim.
Kalau orang yang memutuskan persaudaraan mendapat laknat, maka orang yang menghubungkan silaturahim mendatangkan barkah.
Sekiranya jika kita lupa kepada Allah, kita juga boleh lupa kepada kemanusiaan kita. Allah s.w.t sudah melihat hati kita yang sudah gelap kerana maksiat, tangan-tangan berlumuran dosa, dan tubuh-tubuh kotor yang penuh noda.
Pada hakikatnya, seluruh ajaran Islam dimaksudkan untuk menyucikan manusia, iaitu menampilkan kembali sifat kemanusiaan mereka.
Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi, berkat ilmu dan teknologi moden, adalah peradaban yang lahir daripada keadaan hati yang sedang membeku.
Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa moral.
Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu banyak jin dan manusia yang mempunyal hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat.”
(al-Araaf: 179)
Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana semestinya. Akibat kebekuan hati ialah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain.
Akibatnya, suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus. Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan dalam al-Quran sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda lain dan bangsa yang lebih diutamakan. Malah yang lebih malang, umat Islam semakin gemar untuk bernafsi-nafsi.
Akibat kebekuan hati manusia, kita dapat lihat dalam bentuk tindakannya yang rakus, baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan sesungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka. Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.
Malangnya hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditimbulkan oleh watak manusia yang rakus ini kerana ia ditutupi dengan dengan kekayaan dan kemewahan yang diraihnya.
Tujuh abad yang lalu, Jalaludin Rumi, penyair sufi besar pernah mengungkapkan: “Jika tiada cinta, dunia akan membeku.”
Cinta adalah ibarat lautan luas dan dalam, seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri. Cinta yang semestinya menjadi penghubung atau kunci utama bagi hubungan antara manusia, antara kebudayaan, dan antara sistem hidup yang berbeza.
Jelas sekali hari ini, akibat corak hubungan manusia yang terlepas daripada panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.
Contoh yang jelas peperangan yang berlaku sesama manusia adalah manifestasi daripada iklim hati yang membeku, kecuali perang untuk membela diri dan membela keadilan yang hakiki.
Manusia adalah makhluk yang sangat tinggi kerana itu ia harus dihormati. Oleh kerana itu pada peribadi kita masing-masing ini ada nilai kemanusiaan yang murni dan mulia. Kejahatan kita pada peribadi seseorang tidak dapat dibatasi sebagai kejahatan peribadi melainkan menurut al-Quran sebagai kejahatan pada kemanusiaan universal. Sehubungan ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Kami telah menetapkan bagi Bani Israil, bahawa siapa yang membunuh manusia tanpa sebenar, seolah-olah ia telah membunuh seluruh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (al-Maidah: 32)
Inilah pesan kemanusiaan yang bersifat universal agar setiap peribadi Muslim menghormati dan menjaga darah atau kehidupan manusia. Tetapi, hati nurani menjerit dan merintih. Betapa ajaran yang luhur untuk saling memelihara martabat manusia,terutamanya martabat sesama muslim telah dicampakkan dan tidak dipedulikan oleh umat Islam sendiri. Gossip, celaan, bahkan fitnah seringkali dijadikan senjata untuk saling menjatuhkan sesama saudaranya. Setiap kezaliman walaupun dilakukan pada orang kafir sekalipun merupakan penistaan nilai kemanusiaan.
Akibat terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan, kini telah lahir generasi yang amat tebal sifat-sifat individualistik, generasi muda yang bersikap tidak menghiraukan apa orang lain kata.
Kesatuan kemanusiaan yang sebenar itu akan lahir dan dapat membesar di atas dasar tauhid yang bertunjangkan keimanan, keadilan dan keikhlasan manakala pokok kesatuan ini akan hidup membesar, berbunga dan berbuah dalam diri dan hidup seseorang.
Dari hakikat ini nyatalah konsep atau gagasan “1Malaysia” itu juga, perlu difahami sesuai dengan garis panduannya yang sebenar. Kesatuan tersebut bukan dapat difahami sebagaimana yang telah disalahertikan oleh pihak tertentu - mereka menyamakannya dengan hak kebebasan atau dasar sama rata.
Oleh hal yang demikian itu, hari ini lahir berbagai-bagai cadangan dan saranan daripada pihak tertentu. Kata mereka, atas dasar kemanusiaan, kita diminta samakan fahaman komunis dan perbuatan keganasan yang telah dilakukan kepada rakyat selama ini, untuk dilupakan begitu sahaja. Ini semua boleh berlaku apabila kesedaran dan kefahaman seseorang itu ‘membeku’ dan sudah buta sejarah serta lari daripada dasar dan gagasannya yang sebenar .
Sehubungan itu, kita perlu menjadi masyarakat yang ‘pandai berterima kasih’ kepada sejarah yang mencelikkan akal budi kita, bahawa sifat yang mahu menjadi ‘perosak’ seharusnya dinyahkan daripada jiwa kita yang dahagakan keharmonian hidup.
Sesungguhnya, gagasan “1Malaysia” membuka ruang dan peluang bagi Muslim, juga non-Muslim untuk saling hormat-menghormati, hidup dalam suasana rukun, aman damai, dan jauh daripada sifat saling berprasangka. Apa alasan untuk menidakkan usaha murni ini?
Tuesday, June 15, 2010
Kita Cabar Anwar Kemuka Bukti!!!!!!!!!!..........

Kita cabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan bukti bahawa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menerima rumah dan kereta baru daripada pihak tertentu sebagai ganjaran keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zahrain yang merupakan salah seorang ahli Parlimen dari Konsensus Bebas berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah lagi untuk mengemukakan bukti terhadap segala dakwaannya itu. Konsensus Bebas yang dianggotai wakil rakyat Bebas itu menganggap semua dakwaan Anwar itu sebagai pembohongan dan dusta semata-mata.
Anwar tidak perlu terus ‘bermain wayang’ dengan membuat tuduhan demi tuduhan tanpa ada bukti. Ini semua sudah jadi politik kebudak-budakkan saja.
Jika tidak ada bukti tolong diam. Hentikan segala tuduhan itu dan bersikaplah seperti seorang Ketua Pembangkang.
Kita juga mendesak Anwar mengemukakan bukti-bukti berhubung dakwaan pembentukan kerajaan 16 September yang pernah dijaja Ketua Pembangkang itu.
Anwar bagaimanapun enggan mengemukakan bukti yang diminta sebaliknya menyindir Zahrain dengan berkata: “Tahniah, kereta baru, rumah elok. Semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu".
“Saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar. Saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti.’’
REALITI, SEJARAH TERAS 1 MALAYSIA

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan.
Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.
Gundah-Gulana
Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi negara manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nasional. Oleh yang sedemikian janganlah mana-mana kaum menjadi gundah-gulana kerana 1 Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang-orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang-undang tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak-hak Istimewa Melayu/bumiputera).
Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri pula ialah keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat Malaysia kepada realiti bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat.
Walaupun DEB telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar-dasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Ia ibarat sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup.
Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihan yang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang gagal berkembang secara sihat dan mapan. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup memikir di luar dari kotak kelaziman.
Malaysia hari ini berada di persimpangan jalan sementara kita bukan lagi sebuah pusat pelaburan menarik untuk sektor pembuatan yang berkos rendah namun kita juga belum mencapai tahap sebuah ekonomi yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi yang berasaskan inovasi dan kreativiti. Sehubungan dengan itu semua pihak mempunyai kepentingan di dalam memastikan ekonomi Malaysia meningkat ke rantaian seterusnya dan kekayaan negara bertambah.
1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada perpaduan nasional. Janganlah kita membiarkan sentimen politik jangka pendek mewarnai cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Adalah satu kepelikan di negara ini apabila kita mendapati bahawa terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tetapi pada hakikatnya adalah jauh dari sifat kemajmukan. Jika parti-parti ini bersifat pelbagai kaum maka sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta tersebut. Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli-ahli dan kepimpinan mereka datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.
Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif konsep 1 Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir, mencari rezeki dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah juga langit dijunjung. Yakinlah bahawa pelaburan yang kita buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah pelaburan yang berbaloi kerana masa depan anak-anak kita dan kelangsungan negara kita bergantung kepadanya.
Sunday, June 13, 2010
Politik Sate!!!!!!!!!!!!

Ahli UMNO perlu berhenti mengamalkan budaya ‘politik sate’ yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan.
Sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi. Semua organisasi tidak kira parti politik atau syarikat korporat mempunyai masalah masing-masing yang perlu ditangani secara bijaksana.
Jangan amalkan politik sate. Sate ada daging sama ada ayam atau lembu, ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan.
Inilah yang sedang berlaku dalam parti. Jangan ada ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk, kini adalah masanya untuk kita bersatu.
Musuh akan kutip untuk dijadikan peluru membunuh kita. Dalam politik, di kalangan sahabat ada musuh tetapi di kalangan musuh tiada sahabat. Kalau tidak suka pemimpin, jangan lontar kata-kata kesat hingga orang lain benci kerana bila pemimpin itu kalah, kita pun kalah juga.
Sudah tiba masanya semua jentera dalam komponen BN bekerjasama bagi mewujudkan keakraban. Setiap parti komponen BN ada jentera masing-masing tetapi mereka ini jarang disatukan dalam mana-mana program.
Selepas ini, mana-mana parti yang buat program sama ada majlis rasmi atau tidak, jemputlah sama parti lain kerana keakraban itu lebih penting.
Saturday, June 12, 2010
Impak Laman Sosial
Semua negara yang sedang membangun telah menerima hakikat bahawa komunikasi begitu penting sebagai alat dasar dan bertindak sebagai wahana dalam merencanakan pembangunan. Negara kita, Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Kini, dalam era globalisasi yang kian rancak, komunikasi boleh dilakukan melalui pelbagai saluran. Penggunaan media baru seperti internet dan blog telah menyebabkan komunikasi melalui perantaraan komputer semakin pantas mengorak langkah.
Semakin ramai pengguna terutamanya golongan remaja mula memilih untuk menggunakan laman sosial sebagai medium interaksi sesama mereka. Antara laman sosial yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini ialah Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan Tagged. Jika dibandingkan semua laman sesawang yang tersenarai, Facebook dan Twitter menjadi dua rangkaian komunikasi sosial masa kini yang paling digilai ramai. Malahan saya sendiri turut mempunyai akaun Facebook dan aktif melayarinya.
Pada asasnya, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai proses yang berlaku apabila seseorang (atau lebih) menghantar atau menerima mesej yang disalurkan dalam konteks tertentu, serta berkesan dan menyediakan peluang untuk maklum balas (feedback). Kadangkala proses penyaluran mesej menerima gangguan. Oleh itu, pada dasarnya Facebook dan Twitter agak jelas menepati takrifan ini sebagai satu medium komunikasi.
Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia, mereka nyata lebih selesa menggunakan Facebook berbanding Twitter. Bersumberkan rangkaian pengiklanan dalam talian berasaskan carian iaitu Chitika, kajian mendapati pengguna Twitter mahukan berita manakala pengguna Facebook biasanya lebih berminat kepada topik-topik semasa.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Facebook dan Twitter ini sebenarnya membantu kepada pembangunan sosial sesebuah komuniti. Dengan hanya melayarinya, pengguna dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Pengguna boleh menambah rakan-rakan yang mereka inginkan sama ada mengenalinya ataupun tidak.
Kini, penggunaan Facebook dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Laman ini turut menjadi satu cara untuk kerajaan terutamanya pemimpin menyelami masalah rakyat dan mendekati golongan masyarakat. Bayangkan betapa besarnya pengaruh laman sosial kepada sesebuah negara. Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga membuat akaun Facebook. Di sini, jelaslah kita bahawa laman sosial sememangnya menjadi penggerak kepada pembangunan sesebuah negara.
Media baru telah dijadikan medium antara kerajaan dengan rakyat. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2009, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Facebook terus melonjak apabila sehingga pukul 4 petang pada hari tersebut seramai 24,052 pengguna telah mendaftar sebagai peminat beliau. Peminat Perdana Menteri meningkat begitu mendadak berbanding ketika beliau mengumumkan penyertaannya dalam laman itu pada 16 November 2009.
Peminat beliau di Facebook telah menggelarkannya sebagai Perdana Menteri 1Malaysia selaras dengan gagasan 1Malaysia untuk menyatukan rakyat negara ini yang bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Oleh itu, segala pandangan dan pendapat baik yang bersifat positif mahupun negatif dapat digunakan oleh Perdana Menteri dalam agendanya untuk membangunkan negara. Beliau dapat menilai pandangan rakyat terhadap kepimpinannya melalui laman ini, seterusnya mencorakkan pemerintahan dan pembangunan mengikut kehendak rakyat.
Di sebalik kebaikan yang terserlah daripada penggunaan laman sosial yang semakin meluas, kita tidak dapat menolak bahawa laman ini juga membawa impak negatif kepada pembangunan sosial dan masyarakat. Penggunaan laman Facebook dan Twitter turut mempunyai isu dan kesan yang mendalam kepada komuniti.
Salah satu daripadanya ialah membuang masa dan melalaikan. Bayangkan jika golongan remaja asyik terperap di depan komputer peribadi mengadap Facebook dan Twitter, peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan negara pasti tercalar.
Selain itu, penggunaan laman sosial sebagai rangkaian komunikasi yang tidak terbatas telah berpotensi menyebabkan wujudnya penyebaran berita dan fitnah yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Tidak mustahil pembangunan negara akan terjejas dengan tersebarnya fitnah yang melampau. Hal ini berikutan satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 14 Januari 2010. Laporan itu mengatakan, “Bukit Aman sedang memantau laman sosial popular, Facebook yang digunakan individu atau kumpulan tertentu bagi menyebarkan provokasi bertujuan menghasut orang ramai berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja sebelum ini”. Laporan akhbar tersebut menyiarkan, seorang lelaki berusia 25 tahun telah mengaku terlibat dalam rancangan membakar gereja di laman tersebut. Lanjutan daripada kes tersebut, pihak polis telah menyiasat perkara berkenaan menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Laman sosial yang disalah guna oleh pihak tertentu mengundang gejala kurang sihat yang berleluasa seperti seks bebas dan pergaulan bebas. Lantaran itu, wujud pula masalah pembuangan anak. Masalah ini jika berterusan pasti akan membawa kesan yang negatif kepada pembangunan social. Kebanyakan “chatters” laman sosial, menggunakan laman itu untuk bersosial. Justeru, tidak mustahil sekiranya ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan terhadap laman ini untuk tujuan tertentu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, 62 peratus “chatters” adalah lelaki yang memberi nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan bersosial dan selebihnya adalah perempuan. Kajian itu turut mendapati 45 peratus penggunanya lebih gemar membicarakan tentang seks.
Hakikat yang perlu kita terima, Facebook dan Twitter telah menjadi kegilaan sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Jika diaplikasi secara berhemah, penggunaannya jelas mampu berfungsi sebagai agen pembangunan sosial kerana melibatkan sebahagian besar masyarakat. Rakyat pada masa ini pula dekat dengan media baru. Namun, impak negatif yang wujud juga harus diberi perhatian serius. Kita boleh mencontohi apa yang baik, dan sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal, pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Begitu jugalah dalam soal ini, Facebook dan Twitter dapat mempercepat pembangunan namun apa yang negatif haruslah dihindari agar norma-norma dalam masyarakat terus terpelihara.
ETNISITI DI MALAYSIA

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara yang sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada satu negara yang mampu berdiri kukuh setaraf dengan negara maju yang lain ini berlaku dalam tempoh selama 50 tahun (1957-2008) iaitu satu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah. Rentetan dan kronologi peristiwa yang berlaku dalam negara ini secara tidak langsung telah mendewasakan negara dan mematangkan masyarakatnya dalam menjalani kehidupan sebagai satu bentuk masyakat yang berbilang kaum atau dalam erti kata lain wujudnya Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia. Daripada pengalaman yang lepas, kerajaan khasnya dan rakyat amnya telah sedar bahawa kemajuan dalam setiap lapangan sosial yang sedia ada sebenarnya tidak akan lengkap selagi mana Etnisiti tidak diorganisasi dengan betul berlandaskan peraturan dan norma-norma yang telah disepakati umum.
Walaubagaimanapun, satu persoalan yang harus dijawab secara bersama melalui kerjasama dan perbincangan pelbagai kaum ialah sejauhmanakah pengaruh Etnisiti dapat dilihat dalam sistem sosial di Malaysia. Ianya, secara konseptual ilmiah mangajak kita semua untuk menilai akan keadilan, kebenaran serta keberkesanan pengaplikasian Etnisiti dalan sistem sosial tersebut. Sememangnya , banyak yang boleh diperjelaskan dalam merungkai setiap peranan dan tanggungjawab pelbagai kaum dengan berlandaskan batas-batas tertentu untuk dinilai kerelevenannya dalam sistem sosial di Malaysia. Maka dengan itu, segala isi kandungan perbincangan yang terkandung dalam esei ini, secara keseluruhannya akan menyentuh tentang sejauhmana pengaruh Etnisiti dapat dilihat dan dijelaskan dalam sistem sosial di Malaysia.
Perkataan Etnisiti adalah berasal daripada kata akar Etnik yang bermaksud sekelompok manusia yang mengamalkan budaya. Oleh yang demikian, konsep Etnisiti boleh didefinisikan sebagai rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya melalui nilai,sejarah, sikap, paradigma dan tingkahlaku yang sama. Dan jika konsep Etnisiti ini diaplikasikan ke dalam sistem sosial, maka secara praktikalnya kita dapat melihat wujud satu kelompok manusia berasaskan kaum yang berkerja dalam pelbagai lapangan pekerjaan di malaysia. Dalam kehidupan tersebut pula, jelas manampakkan semangat kekitaan setiap kaum.
Sebenarnya, terlalu banyak pengertian tentang Sistem Sosial ,hasil daripada santapan ilmu para cendiakawan itu sendiri dalam mendefinisikan makna dan konsep tulin akan sistem sosial. Namun, apa yang pasti pengertian konsep Sistem sosial tersebut adalah disandarkan serta dilandaskan kepada ciri dan nilai sesebuah budaya, sejarah serta pemikiran sesebuah masyarakat.
Satu aspek penting dan utama yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah elemen keagamaan. Kepelbagaian agama dalam kalangan penduduk malaysia merencamkan lagi pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Hakikaktnya, agama merupakan penanda jati diri yang kuat dalam menentukan aras pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Namum demikian, apakah pengaruh Etnisiti terhadap agama yang boleh diperhati dan difahami kita semua?. bagaimanakah Etnisiti tersebut berlaku dalam keadaan masyarakat yang pelbagai latar belakangnya?. Persolan seterusnya yang perlu dirungkaikan ialah mengapa dan apakan justifikasi kepada pengaplikasian Etnisiti tersebut terhadap masyarakat Malaysia?. Terlalu banyak tanda tanya berkaitan hal Etnisiti dalam agama yang sudah pastinya memerlukan jawapan rasional, logik dan adil. Maka dalam memahami hal ini, satu yang boleh dikongsikan secara ilmiah dan bersama ialah setiap agama di negara ini, mahupun di negara lain sebenarnya mempunyai keperluan untuk berkorban terhadap kepentingan agama masing-masing.
Mereka akan sentiasa berpegang kepada perjuangan berasaskan ajaran agama tersendiri. Justeru, situasi tersebut secara tidak langsung menampakkan rupa bentuk dan mekanisma Etnisiti dalam agama. Setiap masyakat bebas untuk mengamalkan ajaran yang terkandung dalam agama masing-masing. Ini termasuklah aspek Ibadah, Sambutan perayaan dan Ketuhanan. Jika sekiranya kepercayaan yang dianuti itu cuba diganggu oleh pihak tertentu, maka sudah pastilah ianya akan mewujudkan satu suasana negatif dalam masyarakat tersebut. Penganut agama tersebut akan cuba mempertahankan sistem kepercayaan mereka dengan sanggup melakukan apa sahaja sama ada melalui undang-undang mahupun kekerasan. Jika semua ini berlaku, maka jelas dapat dilihat oleh kita semua akan pengaruh Etnisiti dalam sesebuah. Walaubagaimanapun, pengaruh Etnisiti juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya masyarakat mengawalnya secara adil dan saksama.
Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi masyarakat bukan melayu. Justeru, apakah penilaian yang patut diberikan terhadap pengaruh Etinisti dalam aspek adat dan budaya?. Di sini, sesuatu yang boleh diperhati dan ditanggapi kita semua ialah wujudnya satu bentuk kebudayan campuran yang menjanjikan banyak manfaat serta faedah terhadap masyarakat Malaysia. Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, harmoni dan aman disebabkan wujud persefahaman dalam mengamalkan adat dan budaya masing-masing tanpa menyentuh kesensitiviti kaum lain. Masing-masing mempamerkan keunikan adat dan budaya tersendiri seperti cara hidup, cara berpakaian, makanan dan sebagainya. Misalnya, kaum Melayu sentiasa berbangga dengan cara hidup mereka yang sering dilabel umum sebagai sopan santun dan peramah. Mereka juga sentiasa menonjolkan pelbagai jenis adat sebagai ukuran kepada nilai-nilai ketinggian budaya yang dimiliki mereka. Kaum Cina dan India juga semestinya turut mengagung-agungkan adat serta budaya masing-masing. Keadaan ini pastinya akan menggalakkan lagi keharmonian amalan hubungan etnik di Malaysia.
Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahwa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita termasuklah pengaruhnya terhadap Sistem sosial di Malaysia. Namun demikian, kita perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan sebarang bentuk masalah etnik seperti pengaruh Etnisiti yang tidak terkawal tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain. Masyarakat kita mestilah mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan rasional sebagai persediaan kepada pembentukan masyarakat malaysia yang lebih bersatu padu, kukuh dan sejahtera dimasa yang akan datang. Berkenaan dengan pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia, saya secara peribadinya beranggapan bahawa perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum.
Sebenarnya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang ianya daripada berlaku, malah besar kemungkinan ianya akan bertransformasi mengikut keadaan semasa. Tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi membendung pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial tersebut daripada menjadi negatif. Nah! apa yang boleh kita lakukan? bagaimanakah proses tersebut? berkesankan ia?. Pertamanya, setiap kaum mestilah mencapai kata sepakat dan persetujuan terhadap hak-hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang bersumberkan daripada Kontrak sosial. Hasil pemahaman itu, kemudiannya dipraktikkan ke dalam setiap aspek kehidupan dalam Sistem sosial untuk membolehkan kita mengawalnya dan mentadbir Etnisiti secar adil dan saksama berdasarkan pertimbangan yang wajar. Selain itu, proses penerangan terhadap masyarakat dipelbagai peringkat mestilah juga diteruskan melalui langkah-langkah tertentu seperti dialog, seminar, mahupun kempen-kempen yang berkaitan.
Friday, June 11, 2010
Agensi Persekutuan dinafi hak guna aset di negeri pembangkang

Pada kebiasaannya aset Kerajaan Persekutuan adalah bangunan, jalan raya dan hartanah belum dimajukan. Utiliti tidak lagi menjadi aset milik Kerajaan Persekutuan secara langsung sebab dimiliki syarikat kerajaan atau swasta.
Praktis sekarang ialah semua aset Persekutuan dimiliki kementerian berkaitan dan kementerian ini sama ada menguruskan aset secara sendirian atau melantik agensi tertentu seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi ejennya. Jadi, tidak seperti perancangan atau pelaksanaan projek, tiada agensi pusat yang dipertanggungjawabkan secara langsung bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan set Persekutuan pada masa ini.
Sekiranya projek sesuatu kementerian bermasalah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) boleh memberi ulasan, tetapi sekiranya penyelenggaraan aset Persekutuan tidak sempurna tiada suatu agensi pusat boleh berbuat demikian. Misalnya penyelenggaraan 16,000 km jalan raya Persekutuan tidak dilakukan dengan baik maka tidak ada agensi pusat boleh beri ulasan sebagaimana UPP boleh memberi ulasan terhadap kelewatan penyiapan sesuatu projek.
Jadi beban penyelenggaraan merupakan beban sesuatu kementerian sahaja dan kementerian ini secara bersendirian menangani segala masalah penyelenggaraannya. Jadi, apabila kelemahan berlaku dalam penyelenggaraan sesuatu aset, kita cuma boleh salahkan kementerian berkenaan padahal adakalanya agensi pusat sendiri kurang memberi keutamaan dari segi pengagihan peruntukan terhadap penyelenggaraan aset Persekutuan tersebut.
Kalau diperhatikan kelemahan besar agensi Persekutuan dalam menyelenggarakan aset Persekutuan ialah tidak menekankan keperluan mendapatkan surat hak milik atau pewartaan setiap aset yang dimilikinya di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Akibatnya tanpa instrumentasi ini tindakan untuk menghalang pencerobohan terhadap aset Persekutuan tidak dapat dilakukan sebab aset ini masih lagi hak Kerajaan Negeri, walaupun pembayaran pampasan atau premium telah dibuat.
Apabila BN kalah Pilihan Raya Umum ke-12 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PKR) telah menghalang JKKK Persekutuan dan agensi Persekutuan untuk menggunakan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, kompleks sukan dan balai raya di negeri berkenaan, terutama di Selangor. Agensi Persekutuan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap Kerajaan Negeri berkenaan sebab kemudahan awam ini bukan hak milik Persekutuan, walaupun terdapat kemudahan awam ini dahulunya dibina dan dibiayai Kerajaan Persekutuan.
Sebenarnya melalui instrumentasi pewartaan dan surat hak milik ini sahaja sesuatu aset layak dikategorikan sebagai aset Persekutuan. Pendapat yang mengatakan aset Kerajaan Persekutuan yang dibina agensi persekutuan ini tidak perlu memperoleh surat hak milik atau diwartakan di bawah KTN sebab tapak aset ini telah diambil balik melalui Akta Pengambilan balik Tanah 1960, adalah tidak benar. KTN secara jelas menyatakan suatu aset menjadi milik Persekutuan, setelah aset tersebut sama ada pewartaan atau menerima surat hak milik di bawah KTN.
Setelah diamati, isu tidak mewartakan atau mendapatkan surat hak milik sesuatu aset Persekutuan boleh terjadi berpunca dari pemikiran kementerian yang bertanggungjawab terhadap aset Persekutuan bahawa aset Persekutuan akan terus selamat dalam jagaannya walaupun tanpa pemilikan melalui KTN.
Kedua, agensi Persekutuan sendiri kurang peka tentang perlunya pemilikan aset di bawah jagaannya kerana jarang sekali ditegaskan agensi pusat. Ketiga, agensi pusat sendiri tidak tahu kaedah bagi memohon hak milik dan mewartakan aset sebagai rezab Persekutuan dan sehingga kini tiada pekeliling mengenainya dikeluarkan agensi pusat.
Suatu perkara lagi yang menjadi tabiat agensi Persekutuan adalah memandang remeh terhadap penyelenggaraan aset Persekutuan dan biasanya aset Persekutuan dalam bentuk kemudahan awam tidak diguna secara optimum. Di mana-mana kita pergi kita ternampak kompleks sukan yang lengang, dewan orang ramai dan balai raya sentiasa kosong, pusat latihan jarang berpenghuni dan ruang pejabat masih kurang minat menggunakan konsep ‘open space.’
Sebenarnya tabiat ini suatu yang tidak baik untuk diamalkan. Di negara maju bangunan pejabat kerajaan yang berusia bukan sahaja akan terus digunakan tetapi menjadi kebanggaan sebab nilai estetiknya meningkat mengikut usianya. Contohnya No 10 Dawning Street terus menjadi kediaman dan pejabat Perdana Menteri British sejak beberapa kurun lalu.
Pengurusan aset Persekutuan terus bertambah kompleks setiap tahun. Permasalahan yang besar dalam penyelenggaraannya ialah berpunca dari tiadanya rekod yang lengkap mengenai aset milik Kerajaan Persekutuan.
Beri-ribu aset Persekutuan seperti dewan orang ramai, balai raya, kompleks pejabat, sekolah, kuarters di seluruh negara belum pasti sama ada sudah diwartakan atau tidak. Walaupun JKR telah dilantik untuk mengetuai penyelenggaraan aset Persekutuan, tetapi agensi ini berkepakaran mengenai kaedah penyelenggaraan bangunan dan jalan raya bukan strategi pengurusan aset terutama hartanah. Jadi penyelenggaraan aset Persekutuan bukan setakat memastikan insiden sedih seperti bumbung runtuh di Galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak berlaku, tetapi untuk memastikan pengurusan aset Persekutuan secara berstrategi terjadi.
Oleh sebab bilangan dan nilai aset Persekutuan terus bertambah besar, maka suatu agensi pusat perlu diwujudkan. Agensi ini yang pasti bukan JKR, tidak perlu besar tetapi diberi tanggungjawab pengurusan strategik seperti penyediaan pelan induk penyelenggaraan, penggubalan dasar, bajet, memantau kerja penyelenggaraan atau pembangunan semula dan latihan.
Monday, June 7, 2010
Israel Buat Lawak

Di seluruh dunia, orang ramai masih mengadakan protes, pemimpin dunia terus berbincang langkah perlu berhubung isu serangan konvoi kemanusiaan ke Gaza dan aktivis yang baru dibebaskan menceritakan peristiwa pahit lagi mencemaskan itu.
Dalam keadaan menyedihkan itu, Israel masih mengeluarkan pelbagai kenyataan 'menghalalkan' serangan berdarah itu kerana kononnya, mereka diserang dengan ‘keganasan terancang’.
Ini bermakna aktivis di atas kapal didakwa sudah merancang taktik berperang dengan Israel, iaitu menggunakan kerusi, batang kayu dan apa sahaja barang boleh dicapai. Kalau benar itu ‘keganasan terancang’, ia pastinya rancangan paling tidak masuk akal.
Rejim Zionis mendakwa tentera yang ‘turun dari langit’ dipukul aktivis ketika turun ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa 10,000 tan barangan ke Gaza.
Mereka tidak malu menggunakan alasan terpaksa menembak aktivis kononnya mempertahankan diri, sedangkan mereka sedar tindakan menyerang kapal konvoi itu menjadikan mereka lanun dan penjenayah.
Menurut laporan forensik Turki, Furkan Dogan, rakyat Amerika Syarikat berdarah Turki yang berada di atas Mavi Marmara, ditembak lima kali, termasuk di belakang kepala dan muka. Adakah itu tindakan mempertahankan diri askar Israel?
Rejim itu juga mendakwa terdapat aktivis di atas kapal itu yang merampas senjata api askar dan menembak ke arah tentera, meletakkan nyawa tentera Israel dalam bahaya sehingga terpaksa membunuh aktivis. Walhal angkatan tentera rejim itu sering disenaraikan sebagai terbaik dunia. Mana boleh diterima akal orang awam yang diserang menewaskan seorang komando tentera terlatih sehingga senjata api bertukar tangan. Jika benar, askar Israel tidak sehebat dicanang. Sungguh melucukan.
Seperti kebiasaannya, Tel Aviv menggunakan media bawah kawalannya sebagai alat propaganda. Rakaman Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menunjukkan tentera dipukul aktivis disiarkan media Barat untuk meraih simpati dunia. Selain gambar kabur, rakaman itu boleh dipersoal kerana setiap video disiarkan dikawal IDF.
Pendedahan itu hanya menunjukkan kelemahan askar rejim itu. Pertama, ia menunjukkan tiada perancangan rapi apabila Israel menurunkan tentera kecil untuk berhadapan ratusan orang awam yang dilabel Tel Aviv sebagai pengganas.
Kedua, tidak pernah dunia melihat anggota tentera sanggup terjun dari kapal untuk mengelak daripada diapa-apakan, bermakna askar Israel memilih untuk lari dari medan pertempuran dan tidak sanggup mati untuk negaranya sendiri.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan rasmi mengenai insiden itu menegaskan, Israel tidak akan membenarkan askarnya dibunuh ‘penyokong Iran dan Hamas ini’.
Beruntung sungguh tentera Israel. Mereka dilayan seperti putera raja sehingga tidak boleh diapa-apakan. Jika Netanyahu tidak mahu askarnya dicederakan, mungkin mereka patut disolek dan dihantar menyertai pertandingan ratu cantik. Tetapi jika terjatuh semasa ‘catwalk’ di atas pentas, risiko mendapat kecederaan tetap ada.
Semua aktivis yang ditahan sudah dihantar pulang selepas tiada dakwaan dibuat terhadap mereka, termasuk yang dituduh memukul tentera Israel. Namun, Netanyahu tetap dengan kenyataannya, bahawa terdapat kumpulan pengganas dalam konvoi itu.
Israel cuba menegakkan benang basah, namun ia tidak mungkin berjaya kerana dunia sudah muak dengan keganasan rejim Zionis yang baru 62 tahun wujud di muka bumi, tetapi mengakibatkan kehancuran bangsa Palestin dan Lebanon yang akan mengambil masa ratusan tahun untuk diperbaiki.
Sunday, June 6, 2010
Masalah Golongan Muda Akan Diatasi

Resolusi Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) yang dijangka dibentang awal Julai ini dijangka menyentuh mengenai beberapa masalah golongan muda termasuk membeli rumah untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Selain itu, masalah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sukar mendapat pinjaman bagi memulakan perniagaan juga akan disentuh pada sesi pembentangan itu.
Kedua-kedua masalah berkenaan merupakan antara contoh isu-isu berkaitan orang muda yang telah dibincangkan secara mendalam di dalam makmal berkenaan.
Ada banyak lagi resolusi lain yang akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semuanya berkaitan empat teras utama melibatkan orang muda iaitu tentang soal hidup, pendidikan dan biasiswa, demokrasi dan perpaduan.
Makmal Pemuda BN ditubuhkan Januari lalu untuk memahami kehendak golongan muda, sekali gus membantu kerajaan membentuk dasar terbaik untuk golongan itu. Semua lapan kumpulan fokus di bawah Makmal Pemuda BN itu sedang giat membuat perbandingan maklumat yang diperoleh daripada perbincangan dan kajian, sebelum tampil dengan resolusi masing-masing.
Selain kumpulan fokus, satu lagi kumpulan terdiri daripada 30 anak muda yang dipilih secara rawak daripada pelbagai golongan dan taraf hidup yang tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti sedang menyiapkan resolusi masing-masing.
Usaha memahami denyutan nadi golongan muda tidak akan berakhir dengan sesi pembentangan resolusi tetapi perlu disusuli sesi bersemuka antara golongan itu dengan Perdana Menteri.
Mereka yang hadir akan dipilih secara rawak bagi mewakili semua peringkat golongan muda tanpa mengira fahaman politik.
Perlu diingat bahawa terdapat tujuh juta golongan muda layak menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang dan cabaran kita adalah untuk memastikan mereka memilih UMNO dan BN.
Hentikan Projek Aniaya Rakyat

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengarahkan projek perumahan Perda yang dalam pembinaan di kawasan Kuala Sungai Pinang dihentikan sementara kerana masalah perparitan disifatkan satu perbuatan untuk menganiaya rakyat.
Berikutan arahan tersebut, peluang golongan miskin untuk mendapatkan rumah lebih cepat tersekat sedangkan punca sebenar berlakunya kejadian banjir kilat di sebuah taman perumahan berhampiran projek tersebut 18 Mei lalu disebabkan pintu tali air rosak.
Guan Eng dan kerajaan negeri harus berhenti menuding jari kepada Perda sebaliknya bertanggungjawab membaiki pintu tali air tersebut yang sehingga kini masih belum dibaiki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.
Punca banjir bukan disebabkan parit itu tetapi pintu tali air yang rosak. Untuk menyiapkan parit, ia tanggungjawab Perda dan sedang jalankan kerja-kerja infrastruktur tersebut.
Tetapi kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab membaiki pintu tali air tersebut. Kenapa Ketua Menteri mahu lepas tangan dan meletakkan kesalahan tersebut kepada Perda pula.
Selagi pintu tali air itu tidak dibaiki, parit macam mana sekalipun yang dibuat tidak akan berjaya menghalang kejadian banjir kerana bila air dari parit masuk ke tali air, pengalirannya juga akan tersekat.Guan Eng telah mengarahkan Perda menghentikan projek mereka sehingga sistem perparitan diperbaiki kerana kedudukannya yang berdekatan dengan taman berkenaan dikatakan menjadi punca kejadian tersebut berlaku. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan supaya Perda memberhentikan kerja-kerja berkenaan sehingga sistem perparitan dibaiki.
Kerja-kerja infrastruktur di projek perumahan kos rendah yang dibangunkan Perda itu kini hanya tinggal empat peratus lagi untuk disiapkan dan dijangka selesai sepenuhnya bulan ini juga.
JPS berada di bawah kerajaan negeri, patutnya bila berlaku banjir, salahkan mereka. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Perda pula dipersalahkan.
Friday, June 4, 2010
ROS tolong siasat PKR!!!!!!

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda hari ini mendakwa parti itu melakukan penipuan dalam penyediaan laporan tahunannya. Aduan telah dibuat kepada ROS agar dapat menjalankan siasatan bahawa selama ini PKR adalah sebuah parti yang menipu.
Rakyat harus sedar, PKR sudah tenat dan mereka tidak harus tertipu dengan menyokong parti didokong oleh pemimpin berkepentingan diri sendiri. Kebanyakan cabang PKR Perak yang menjalankan mesyuarat agung tahun lalu tidak sah kerana tidak cukup kuorum.
Ada cabang-cabang yang tidak menjalankan mesyuarat tetapi menghantar laporan palsu kepada ROS kononnya mereka sudah mengadakan mesyuarat. Laporan yang diberikan oleh cabang-cabang berkenaan, adalah palsu dan hanya direka-reka bagi memenuhi kehendak ROS untuk mengelak kedudukan mereka dibatalkan.
Kongres Nasional Tahunan PKR yang berlangsung pada 28 hingga 30 Mei lalu di Kelantan juga terbatal kerana perwakilan yang hadir adalah tidak sah. ROS didesak supaya menggantung parti itu daripada beroperasi sehingga siasatan menyeluruh dijalankan.
PKR Ipoh Barat dibubarkan kerana lebih daripada dua pertiga Ahli Jawatankuasanya (AJK) termasuk sayap Wanita mengambil tindakan keluar parti.
Presiden PPP diminta hormati keputusan PM

Senator Datuk T. Murugiah mahu Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas menilai dirinya terlebih dahulu dan menghormati keputusan Perdana Menteri yang masih mengekalkan beliau dalam Kabinet.
Kayveas sepatutnya menilai peranannya dalam parti dan keberkesanan PPP sebagai komponen Barisan Nasional (BN) sebelum mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Apakah niat beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini. Jika tidak berpuas hati, beliau seharusnya bersemuka dengan Perdana Menteri sendiri. Tidak sepatutnya beliau membuat kenyataan terbuka yang menggambarkan seolah-olah tidak wujud persefahaman dalam BN.
Kenyataan Kavyeas yang keliru dengan tindakan Perdana Menteri mengekalkan Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas membuat rombakan kecil dalam Kabinet.
Menurut Kavyeas, beliau ingin mengetahui atas dasar apa Murugiah dikekalkan walaupun telah dipecat sebagai ahli PPP. Kavyeas sepatutnya menggunakan masa yang ada untuk memperkemaskan partinya yang dilanda masalah berpanjangan termasuk ketidakupayaan PPP untuk memenangi beberapa kerusi semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Beliau perlu memperbaiki dirinya yang telah ditolak oleh pengundi di Taiping pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti sebanyak 11,298 undi. Ia merupakan rekod buruk bagi seorang Presiden parti. Kavyeas harus bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi peluang kepada wakil PPP untuk berada dalam Kabinet dengan pelantikan Datuk Maglin Dennis D'cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sunday, May 23, 2010
Selepas MCA, kini MIC pula

MIC diminta untuk menyelesaikan segera kemelut kepimpinan yang melanda parti itu ketika ini. Sebagai salah sebuah komponen parti dalam Barisan Nasional (BN), kepimpinan MIC yang utuh dapat memberi kebaikan kepada BN untuk meraih keyakinan dan sokongan rakyat.
Nampaknya semakin hangat. Banyak juga pemimpin MIC yang berpendapat bahawa perlu berlaku perubahan. Perkara ini harap dapat diselesaikan MIC. Apa yang penting, MIC sebagai komponen parti dalam BN turut berperanan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong BN.
Desakan beberapa pemimpin parti terbesar kaum India itu supaya Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur lebih awal berbanding pada September tahun depan. Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan telah mendesak Samy Vellu supaya berundur lebih awal, bukan lapan atau sembilan bulan dari tarikh penggalnya tamat pada Mei 2012.
Bagaimanapun, Mugilan memberitahu, beliau telah menerima surat pemecatan serta-merta daripada parti ekoran desakannya itu. Dua Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP. Samy turut menyokong desakan Mugilan yang meminta Samy Vellu bersara awal.
Pergolakan yang melanda MIC ketika ini diharap boleh ditangani dengan baik oleh kepimpinan parti itu kerana ia bukanlah terlalu serius. Barisan kepimpinan tertinggi BN tidak akan campur tangan dan membiarkan ia diselesaikan secara dalaman.
Yang penting jangan parti berpecah. Kalau perpecahan berlaku, ini akan melemahkan kedudukan BN.

